Teaser 9

1.1K 19 2
                                        


ICE QUEEN. Gelaran pertama yang pasti diberikan saat mata tertancap pada wanita yang mengenakan dress merah darah berwajah dingin tanpa senyuman di bibir. Seolah segaris senyuman terlalu mahal untuk ditayangkan pada sesiapa.

"Tak boleh senyum ke, babe?" selar Dahlia geram.

Muka si teman serius benar macamlah semua orang berhutang emas dengannya. Kedekut sangat. Mujur sahaja si teman punya wajah menawan. Jika tidak tiada siapapun sudi memandang.

"Untuk siapa?" soal Kamila sinis.

Dia tidak peduli pada tanggapan orang. Lebih selesa membina tembok agar tiada kumbang berani terbang bebas menghampiri mengganggu hidupnya.

Makhluk bernama lelaki tidak lagi memberi makna apa-apa dalam kamus hidup seorang Kamila. Pengalaman mengajarnya untuk berfikir lebih jauh dan matang.

Mengecewakan dan dikecewakan buatnya lebih senang meletakkan fokusnya pada perkara yang mampu dikawal oleh tangan sendiri. Bukan pada manusia lain atau sekadar berserah pada takdir.

Biar dia yang menentukan jalan hidup sendiri. Biar dia yang memutuskan tindakan yang perlu diambil.

Cukup sekali dia membiarkan tangan lain menentukan nasibnya. Dan dia tidak mahu lagi memberi harapan mahupun meletakkan harapan pada sesiapapun.

"Senyum tu kan sedekah," tegur Dahlia.

Tawa sinis terletus di bibir Kamila. Mata menjeling pada si teman yang begitu seksi di sisi. Pandai pula berbicara tentang sedekah.

"Sedekah tu biar kena pada tempatnya," balas Kamila senada.

"Fine!" dengus Dahlia tidak kuasa mahu terus menegur.

Masing-masing punya cara tersendiri. Tiada siapa mampu memaksa insan lain untuk mengikut caranya.

Jika tidak mana mungkin hadir keunikan itu. Kepelbagaian itu perlu wujud juga, kan?

"Yang penting jangan lupa bawak balik sorang mamat hot!" Sempat lagi Dahlia berpesan seraya melangkah ke ballroom mewah. Meneruskan misi mencari mamat hot!

SANG PERMAISURITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang