For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
.
"JATUH cinta bukan pilihan I," balas si jejaka tenang.Redup pandangannya jatuh pada wajah mulus yang memukau pandangan. Wajah yang sering menghiasi mimpi. Ingin dijadikan realiti. Biar setiap pagi dapat membuka mata dengan permandangan indah.
Jemari runcing si gadis diramas lembut. Tidak ingin dilepaskan biarpun belum punya hubungan yang halal di sisi agama.
Dia masih perlukan masa untuk mengikat si gadis di sisi buat selamanya. Waktu tiada siapa boleh mempertikaikan hubungan di antara mereka.
"Oh, bukan pilihan you?" soal si gadis menjongket kening. Matanya mendarat pada jemari yang berada kemas di dalam genggaman sang kekasih.
Jika bukan pilihan, kenapa jemarinya dibuat harta? Tiada gaya mahu melepaskan!
"Erm, bukan pilihan I, sayang," akui si jejaka jujur.
Sememangnya jatuh cinta tidak pernah berada di dalam kamus hidupnya. Dia bukan seperti lelaki lain yang sibuk mengejar perempuan di kala usia masih muda.
Fokusnya pada ijazah yang ingin digapai. Pencapaian cemerlang matlamat utama. Kemudian membina nama. Mencipta kejayaan yang mampu membanggakan keluarga.
Satu impian tipikal seorang pelajar. Itu yang dikejarnya. Bukan soal cinta.
Siapa sangka tiba-tiba sahaja hatinya terpaut kala mata jatuh pada wajah ayu yang mampu memukau pandangan mana-mana lelaki. Dia yang tidak pernah tertarik dengan mana-mana perempuan rupanya masih sama seperti lelaki lain.
Hati yang tidak pernah terusik, berdetak hebat untuk gadis yang kini bermukim di hati. Jatuh cinta nyata bukan pilihan. Hadirnya tanpa diduga. Dan kala hati sudah terpaut, mana mungkin dia rela melepaskan.
Lalu si gadis pantas sahaja ditawan. Dia yang tidak tahu berbicara manis, dengan mudah bertukar menjadi buaya tembaga. Bibir ringan sahaja mengucap cinta.
Segala bicara manis melata di bibir hingga akhirnya si gadis tewas dalam cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang datang dari hati. Bukan sekadar ingin mempermainkan.
"Kalau I bukan pilihan... you tak perlu lagi muncul depan I," tutur si gadis mencebik bibir merah yang selalu membuat iman si jejaka hampir tertewas. Bengang!
Direnung tajam bibir merah yang begitu berani menghalaunya pergi. Ingin dipagut biar bibir itu tidak lagi berbicara yang bukan-bukan. Menghukum.
Kalaulah sudah menjadi isteri, tahulah dia mengajar bibir merah yang cukup menggoda di mata. Seksi!
Jemari yang berada di dalam genggaman ditarik hingga tubuh genit si gadis hampir terdorong ke dalam dakapannya. Dibalas dengan jelingan tajam si gadis.
"Jatuh cinta mungkin bukan pilihan I, Mila. Tapi mencintai you... perkara terindah dalam hidup I, sayang," bisik si jejaka syahdu. Mencairkan hati si gadis yang mendengar.
"You..."
"I love you, Kamila. Only you," bisik si jejaka romantis. Meruntun jiwa sang kekasih. Merekahkan senyuman di bibir merah menggoda.
Tiada balasan yang diperlukan. Cukup senyuman manis yang jarang kelihatan di bibir si gadis dihadiahkan untuknya. Membahagiakan harinya. Indah.

ANDA SEDANG MEMBACA
SANG PERMAISURI
RomantizmFor your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. SINOPSIS "So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak...