Teaser 4

1.4K 30 0
                                    

For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
.
"PEREMPUAN mana lagi kalau bukan yang dah lama kau simpan dalam hati," sergah Khairi bila dilihat si sahabat 'menghilang' tanpa berpijak di dunia nyata.

Dia masih lagi terpacak di hadapan mata, boleh pula si sahabat melamun mengenangkan cinta lama. Itu pun masih mahu menafikan.

Berpura-pura tidak faham konon!

"Kau ingat aku tak tahu ke? Gambar dia pun kau simpan lagi, kan?" sindir Khairi sinis.

Bukan dia tidak pernah melihat gambar si cantik yang terselit di dalam dompet sahabatnya itu setahun yang lalu. Tidak hairanlah si sahabatnya sukar untuk lupa. Gadis yang bertakhta di hati bukan main lawa orangnya.

"Macam cakap dengan batu!" dengus Khairi bila tiada respons dari si sahabat yang kini kembali fokus pada laporan di atas meja.

Mata mencerun tajam memandang si sahabat yang sepatutnya dikelilingi ramai gadis. Bukan tiada rupa. Kacak orangnya. Kekayaan usah disebut. Tiada apa yang kurang. Malangnya hati yang pernah terluka sukar untuk diubati.

Sesungguhnya dia tidak faham soal cinta pertama. Apa yang terlalu sukar untuk melupakan? Dia sendiri biasa bercinta. Malah berkali-kali bertukar pasangan. Tidak pula susah untuk lupa.

"Bro, kalau kau tak cuba cari pengganti... macam mana kau nak jumpa perempuan yang lebih baik? Selagi kau terperuk kat pejabat ni, mana nak datang pengganti yang lama?" soal Khairi masih belum berputus asa.

"Susah nak jumpa, huh?" soal Nizar sinis.

Seingatnya, walaupun dia hanya menghabiskan masa di syarikat, masih ramai gadis yang cuba datang menempel.

Bukan setakat pekerja di syarikatnya sendiri. Malah perempuan yang diperkenalkan oleh Khairi sendiri bukan sedikit jumlahnya. Tidak lupa pada keluarga sendiri yang giat menggesanya berkahwin.

Khairi tersengih menayang barisan gigi yang tersusun rapi. Kepala yang tidak gatal digaru kala dibelit rasa bersalah bila dipersoalkan si sahabat.

"Bukan salah aku kalau kau yang degil sangat. Aku ajak keluar kau tak nak. Aku terpaksa..."

"Kalau kau tak berminat dengan projek Lumut, kau boleh teruskan dengan usaha kau tu," balas Nizar memberi amaran serius.

Dia tidak punya masa untuk melayan perempuan yang bermata duitan. Tiada perempuan yang akan dekat dengannya jika bukan kerana wang dan status.

"Itu namanya main kasar, bro. Dengan kawan-kawan pun kau nak berkira," tingkah Khairi tidak berpuas hati. Dia cuma berniat baik. Mahu si teman menamatkan zaman bujang secepat mungkin. Tidaklah kesunyian seperti sekarang.

"Main kasar? Kau sendiri pun masih membujang. Nak aku tolong carikan pasangan untuk kau ke?" tembak Nizar memulangkan paku buah keras.

Ada hati mahu menyibuk tentang status bujangnya sedangkan si teman sendiri masih lagi belum berniat memilih isteri. Tidak jemu berjoli di luar bersama pasangan yang berbeza setiap bulan.

"Aku... tak bersedia lagi. Rambang mata, bro," balas Khairi gugup. Makin panjang sengihannya cuba menutup khilaf sendiri.

"Oh, kau belum bersedia? Kau ingat aku dah bersedia?" soal Nizar sinis.

"Kau bukannya tak bersedia. Kau tu langsung tak berminat!" bedil Khairi.

"Projek Lumut tu mungkin aku patut pass pada..."

"No!" pantas Khairi memotong.

Projek yang sudah berada di dalam genggaman mana mungkin dilepaskan ke tangan orang lain. Itu namanya menolak rezeki!

Jika projek membina kilang itu terlepas dari genggaman, teruk dibambu keluarganya nanti. Kilang kedua milik Global Works. Membina kilang bukan projek kecil yang boleh dilepaskan begitu sahaja.

"Get out," tutur Nizar tenang. Menghalau sit eman tanpa belas. Masanya begitu berharga untuk dihabiskan dengan topik

"Okey. Tapi aku belum give up," tingkah Khairi sebelum menghilangkan diri. Sempat lagi tu!

Nizar tergeleng kecil dengan gelagat teman baiknya. Jika tidak dianggap teman baik, sudah lama tidak dibenarkan muncul di hadapan mata mengganggu ketenangan di pagi hari.

SANG PERMAISURIWhere stories live. Discover now