For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
@
EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
.
KAMILA mendengus kasar. Menghalau bayangan lelaki itu pergi. Lelaki itu pasti tertawa galak ketika ini. Masakan tidak bila dia sanggup meninggalkan lelaki itu demi perkahwinan yang terlalu singkat.Jika dia berada di tempat Nizar, dia sendiri akan ketawa besar. Sanggup melukakan namun apa pula pengakhiran yang diterima setelah tega mengecewakan lelaki itu. Bukan bahagia!
Dia menarik nafas dalam-dalam. Menghembus perlahan. Cuba membuang kekusutan fikiran.
Untuk apa dia kisah tentang apa yang lelaki itu fikirkan? Perkara itu sudah pun berlalu. Bahagia atau tidak, bukan ada kaitan dengan lelaki itu. Mereka langsung tidak punya sebarang hubungan!
Dia melangkah kembali ke katil. Perlu melelapkan mata. Esok masih banyak kerja yang menanti. Jika tidak cukup tidur, bimbang kerjanya terjejas.
Dia cukup menjaga kualiti tidur. Tidur awal. Bangun kala dinihari. Menunaikan kewajipan sebagai hamba sebelum memulakan hari yang penuh mencabar.
TAWANYA meledak memecah keheningan malam. Terasa lucu dengan apa yang berlaku.
Takdir benar-benar ingin menguji. Dia tidak pernah cuba mencari. Tidak pernah ambil tahu setelah perpisahan terjadi. Siapa sangka malam ini sang kekasih muncul sendiri.
Dan dia sama sekali tidak menyangka saat mereka bertentang mata kembali, dia tidak dapat menahan diri untuk mendominasi. Apatah lagi bila Kamila berpura-pura tidak punya sebarang hubungan dengannya.
Kemarahan yang menjentik buatnya ingin mengingatkan wanita itu tentang kisah yang wujud di antara mereka. Tidak membenarkan wanita itu lupa.
"Nur Kamila." Nama itu bermain-main di bibir. Menjadi mantera di malam yang sunyi. Sepi.
"You sanggup kecewakan I demi lelaki yang tak tahu menghargai you, huh?"
Ada rasa gembira menjentik memikirkan kenyataan itu. Mendoakan kebahagiaan bekas sang kekasih? Mustahil untuk itu berlaku.
Sudah cukup baik dia tidak mendoakan kehancuran rumah tangga wanita itu. Malah dia telah membenamkan sebaris nama itu jauh ke dasar hati. Tidak membenarkan muncul semula di layar ingatan.
Siapa sangka yang hubungan wanita itu berakhir sendiri tanpa perlu dia berbuat apa-apa. Hubungan yang berlandaskan wang ringgit pastinya tidak kekal lama.
Lelaki yang tidak mengenal cinta tak mungkin pandai menjaga hati seorang suri. Dan lelaki yang terluka pastinya menuntut pembalasan.
Niat itu tidak pernah wujud sebelum ini. Malangnya wanita itu dengan sendiri muncul di hadapannya tanpa dipinta.
Mungkin itu satu petanda. Petanda untuknya membalas kembali luka yang dihadiahkan padanya.
Buat baik dibalas baik. Buat jahat, bersedialah untuk dibinasakan. Jika takut dibadai ombak, usah berumah di tepi pantai. Andai tidak mahu dilukai, jangan pernah melukakan.
Bibir terlorek senyuman sinis. Terlalu sinis untuk dipandang. Apatah lagi oleh bakal si mangsa.
"Don't blame me, darling. You deserved it," bisiknya penuh misteri. Berbicara sendiri kala kepala ligat merancang segalanya.
YOU ARE READING
SANG PERMAISURI
RomanceFor your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. SINOPSIS "So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak...