For your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k.
BOSAN. Jika bukan kerana mahu menjaga hubungan baik di antara rakan bisnes, dia tidak akan menjejakkan kaki di sini malam ini. Tiada apa yang menarik. Lagi-lagi bila ada sahaja gadis yang cuba mengganggu malamnya.
Dia meneguk koktail di tangan. Mengharap masa berlalu sepantas mungkin. Baru 15 minit berada di majlis ini dia sudah tidak keruan. Ingin cepat pulang ke pejabat.
Timbunan laporan yang menanti lebih menarik perhatian dari diganggu bunga-bunga yang tidak seharum mana.
Hanya sekuntum bunga...
Bibir terlorek senyuman sinis kala layar ingatan mula ingin meneroka ke daerah terlarang. Mengingatkan pada sebuah pengkhianatan yang menyakitkan!
"Encik Nizar." Suara lunak manja yang terasa dibuat-buat itu menjengkelkan pendengarannya.
Kala mata mendarat pada sekujur tubuh menggoda yang tidak cukup kain, dahinya mula bertaut rapat. Jelas tidak suka dengan godaan yang tidak langsung melemahkan iman.
"I don't know you," tutur Nizar dingin dan beku. Mengejungkan si gadis yang baru sahaja ingin menggeselkan tubuh di bahu lebar si jejaka yang menjadi sasarannya.
"But I know you," balas si gadis seksi masih ingin mencuba nasib.
Pun begitu, dia tidak lagi berani untuk menggeselkan tubuh pada lelaki tinggi lampai di hadapan mata saat renungan dingin lelaki itu membuat seluruh tubuhnya terasa seram sejuk. Garang benar!
Gay ke apa ni? Jarang benar godaannya ditolak lelaki. Dengan rupa dan tubuh yang dimiliki, terlalu ramai lelaki yang ingin merapati.
Lelaki di hadapannya ini jauh berbeza. Baru ingin mengusik sudah dihadiahkan dengan renungan maut. Patut diteruskan atau angkat kaki?
"Leave!" Suara garau Nizar sudah mula menderam marah.
Bertaut dahi licin si gadis seksi dihalau begitu. Jika bukan kerana rupa dan status yang dimiliki lelaki itu, jangan harap dia sudi menyerahkan diri. Berlagak sangat!
"Encik Ni..."
Nizar bingkas bangun. Tidak betah untuk melayan perempuan gedik yang jelas cuba mengintai ketebalan poketnya.
Tak cukup dengan rasa bosan berada di majlis yang tidak mendatangkan manfaat buatnya, datang pula langau mengganggu merosakkan malamnya.
Lebih baik menghabiskan waktu di pejabat dari melayan perempuan yang hanya tahu mengharap harta dan wang lelaki. Masanya terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja.
"Awek tu baru nak usik sikit kau dah lari," tegur Khairi menghalang langkah si teman.
Dia hanya melihat dari jauh kala ada yang berani mendekat temannya itu. Ingin melihat reaksi Nizar. Mana tahu malam ini berbeza. Sudi melayan bunga-bunga yang hadir menyerah diri.
"Not interested," balas Nizar senada. Langkahnya diteruskan. Ingin pulang sahaja ke pejabat.
Sudah cukup rasanya masa yang dihabiskan di sini. Sekurang-kurangnya dia sudah datang menayang muka. Dia membuka langkah meninggalkan majlis yang kian meriah dengan tetamu-tetamu yang hadir.
Khairi hanya mampu menggeleng tidak cuba menghalang. Tahu tiada gunanya membantah sedangkan orang tidak sudi. Sudah menjadi tugasnya untuk meminta maaf bagi pihak si sahabat demi menjaga reputasi lelaki itu.
YOU ARE READING
SANG PERMAISURI
RomanceFor your info Muna tengah open preoder untuk Sang Permaisuri. Boleh wasap Muna @ 0175003365 untuk dapatkan versi cetak. Limited print tau. Lelajus wasap Muna k. SINOPSIS "So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak...