08

200 30 0
                                    

SCK[The Hacker]
Episode 08

Jin membetulkan topi nya sebelum keluar dari bilik.

"Jin?? Awak nak pergi mana? "Soal Jihee yang berada di ruang tamu.

"Aku nak keluar, kau duduklah rumah main dengan arnab kau tu"

"Nak ikut! "

"Tak payah, kau duduk je rumah. Aku keluar sekejap je"

Jin terus keluar dari rumah. Jip dipandu laju melalui hutan tebal itu.

-----

"Kau nak apa jumpa aku? "Soal Jin serius. Wajah lelaki itu dipandang dengan perasaan marah.

"Kau tak datang, Jihee mati. Kau ingat aku tak tahu dimana Jihee berada? Kau ingat esok pukul 4 petang aku nak kau ada dekat lokasi yang aku bagi"

Teringat bait-bait kata yang lelaki ini semasa si bercakap di telefon haritu.

"Chill bro, kau tahu apa yang aku nak kan? "Soal Jaehoon sinis.

"Apa maksud kau? "

"Kang Jihee, adik aku"Ucap seorang lelaki yang baru masuk ke dalam gudang lama itu.

"Kau.... Kang Daniel? "Soal Jin.

Daniel tersenyum sinis memandang lelaki berbahu lebar itu.

"Kau dengar sini, disebabkan kau, aku dengan Jihee putus tunang. Aku bagi kau tempoh seminggu untuk pulangkan Jihee. Kalau tak....tunggulah nasib kau"Ucap Jaehoon serius.

"Aku takkan biarkan dia jatuh ke tangan kau. " Jin bersuara lalu berlalu pergi. Buang masa saja datang ke sini.

-----

"Bosan gila duduk rumah ni! "Gumam Jihee sendiri.

Dahlah semua orang dalam rumah ni menghilang entah ke mana. Dia pula ditinggalkan seorang diri. Kalau ada pun si Taehyung tu.

"Lapar lah pula" Jihee berjalan ke arah dapur.

"Argh! "Jerit Jihee apabila nampak lelaki pelik di dapur. Mukanya penuh tepung, dapur pula berselerak.

"Arghh!!! "Jerit lelaki itu. Dua-dua menjerit macam kena histeria.

"Yah! Taehyung! Kau buat apa ni?!"Tegur seseorang yang baru masuk.

Jihee dan Taehyung memandang ke arah lelaki berhoodie itu.

"Pfftt.. Apasal muka kau tu hah?Hahahahaha"Ketawa lelaki itu dibuatnya. Mana taknya, muka si Taehyung penuh dengan tepung!

"Yah Namjoon! Ni mask lah! I jaga muka okay? Bukan macam you! Muka macam tapak kaki sajat"Ucap Taehyung dengan suara gediknya. Jihee masuk memandang mereka berdua.

"Eh eh dia ni... Aku sepak kang! Terus mandul nanti! "Marah Namjoon.

"You nak sepak I?? Hah! Mehlah.. I sumpah you jadi kodok baru tau!"Taehyung buat acah-acah mahu menumbuk Namjoon.

"Yah! Yah! "Ucap Jihee kuat. Dua lelaki itu mula memandang Jihee.

"Taehyung, awak buat apa dekat dapur sampai bersepah ni? "Soal Jihee.

"Aku buat susu dekat harimau aku, si Jigger tu "

Balas Taehyung selamba sambil mengacau adunan tepung yang cair di dalam besen menggunakan pembaris. Namjoon dan Jihee memandang pelik ke arah Taehyung.

"Jigger minum susu?"Soal Namjoon.

"Yelah, dia pun nak juga minum susu!Takkan kau je yang nak minum susu!"

"Tapi yang awak bancuh tu bukan susu, tu TEPONG!!! AIGOO!!! "Ucap Jihee pula

"Ye ke? Aku ingat susu tadi "Sengih Taehyung.

"Aigoo, apa bersepah ni?Ni kalau Jin hyung balik, habislah korang.."Hoseok mula masuk ke dalam dapur.

"Dahlah, Taehyung. Awak kemas dapur ni. Biar saya buat susu dekat harimau awak tu"Arah Jihee.

"Pakai susu tu tak boleh ke? "Soal Taehyung sambil memandang tempat lain.

"Yah!!! Sepak kang! "Jihee terus menutup dada nya menggunakan kedua tangan. Terletus ketawa tiga lelaki itu.

"Byuntae! "Jerit Jihee. Lagi kuat mereka gelak.

Tok!

Tok!

Tok!

"Aduh! "Raung tiga lelaki itu sambil menggosok kepala sendiri. Ha.. Kan dah kena pukulan senduk Jihee.

"Dah habis dah gelak? Ke nak kena lagi? "Senduk diacah-acahkan oleh Jihee. Nak je dia tu ketuk sampai berlubang.

"D-dah... "

"Seok, jom teman aku gi tengok
Jimin" Ajak Namjoon.

"Jomlah, aku pun nak jumpa dia juga"

Mereka berdua pun keluar dari dapur. Jihee dan Taehyung memandang sesama sendiri.

"Taehyung, awak kemas dapur ni balik. Nanti lepas dah kemas baru saya tolong awak buatkan susu Jigger.Cepat kemas, nanti Jin balik dia marah pula "Kata Jihee.

"Ala... Tolonglah aku...Aku tak pandai lah bab-bab mengemas ni"Rungut lelaki itu.

"Haih... Tapi tolong jawab satu soalan dulu "

"Apa dia? "

"Soalan: Jin pergi ke kedai kerana dia kehabisan barang dapur, dia membeli gula dan garam. Soalannya, apakah X? "

Taehyung ternganga luas mendengar soalan itu.

"Apakah X....? "

"Ya, kalau awak bijak. Jawablah"Jihee cuba menahan tawa.

"Aku tak tau jawapannya, apa jawapan dia? "

"Jawapannya adalah..... Saya pun tak tahu! Hahahahahahahaha"

Taehyung:*kennot brain*

"Okay aku pula tanya soalan: Jimin pergi pantai untuk tenangkan diri, soalannya, Jimin pakai boxer warna apa semalam? "

"Mana saya tahu dia pakai warna apa.. "

"Jawab lah dulu.. "

"Hijau?? "

"Salah! Semalam dia tak pakai boxer dia!! Hahahahahaha! "

"Habistu? Dia pakai apa? "

"Dia pakai boxer Jin hyung warna pink bercorak kucing"

"What da.... Pfft--hahahahhahahaha!!Awak stalk dia eh setiap malam.. Hahahaha"Terletus ketawa Jihee dibuatnya.

"Mana ada, Hahahahahaha"

"Woi, korang mengumpat aku ke hah??! "Marah Jimin yang masuk ke dalam dapur.

"Erm... Eh eh Taehyung susu tepung dekat mana?? "Soal Jihee tiba-tiba.

"Aku lupa yang rumah ni mana ada susu tepung, Heheh jap aku pergi beli dulu, bye! "Taehyung terus berlari naik ke atas bilik.

"Erm... Awak nak air ke? "Soal Jihee sambil tersenyum kekok.Jimin memandang dia atas bawah.

"Kalau aku nak kau, kau bagi tak? "

"Yah!!"

"Hahahahahaha lek, aku gurau je"

"Hmm.. "

Jihee meneruskan kan kerja mencuci pinggan mangkuk di sinki. Taehyung la ni lari awal sangat!

[C] SCK ; The Hacker Where stories live. Discover now