SKC [ Hacker ]
Episode 17"Jungkook"
"Ada apa kau datang sini? Baik kau berambus sebelum hyung aku yang lain nampak "Ucap Jungkook dingin.
"Jungkook, dengarlah noo--"
"Tak ada apa yang perlu diperjelaskan lagi, baik kau berambus. Aku tak nak tengok muka kau, sebab kaulah Jin dengan Taehyung hyung hilang! Kalau Jin hyung tak jumpa kau masatu, tentu semua ni tak berlaku! Tolong pergi... Kalau taknak jadi mangsa kami semua.. "Potong namja dingin itu. Pandangan tajam dihadiahkan kepada yeoja itu.
Yeoja itu hanya mampu menunduk mengalirkan air mata.
"Kook, kenapa--Jihee? "Soal Hoseok yang baru datang dengan tongkatnya.
Jihee mengangkat wajah. Wajah sembabnya dipandang dua manja itu.
"Apa kau buat dekat sini? "
"Saya datang sini... Sebab... Saya nak tolong korang semua cari Jin dan Taehyung. Saya tahu diorang dah hilang. "Jelas Jihee.
Hoseok dan Jungkook berdecit. Senyuman sinis mula beraja di bibir.
"Kau? Nak tolong kami cari diorang? Apa saja yang kau boleh buat? Hey.. Jangan nak tambahkan masalah. Jangan nak menyerabutkan otak kami lagi "Ucap Jungkook lagi, sinis.
"Saya boleh buktikan yang saya boleh cari mereka berdua, kalau saya gagal. Korang semua boleh bunuh
saya "Ucap Jihee yakin. Tatapan tajam diberikan kepada dua lelaki itu.Dua lelaki itu terkedu.
"Apa yang bis-- " Suga terkejut akan kehadiran Jihee itu terus berubah marah.
"Buat apa kau buat dekat sini?! Aku dah warning kau dah kan jangan datang sini lagi??! "Jerkah Suga.
Memerah telinga dia dibuatnya. Bengang akan yeoja ini. Nak je dia ambil samurai lalu membelah otak gadis itu kepada dua. Lepastu bagi Jigger dan Yeontan makan. Haa.. Baru puas hati. Then, badan pula dia campak dalam lautan pasifik sana bagi jerung makan.
"Relax bro.. Dia datang sini nak tolong kita "Tenang Hoseok berkata.
"Tolong? Hey perempuan! Kitaorang tak perlukan pertolongan kau lah! Tak luak pun! Lebih baik kau balik sebelum aku kelar leher kau "Hambur Suga.
"Saya takkan pergi selagi awak semua benarkan saya tolong awak detect lokasi mereka berdua. "
Jihee berjalan dan duduk di tepi padang bersama Jigger. Bulu lebat Jigger disuap lembut, entah bila dia suka bermain dengan haiwan ini. Jigger elok menempel manja dengan gadis itu. Senang melihat Jihee kembali mungkin. Jihee ketawa kecil, teringat saat dia bersama Taehyung dan Jigger.
"Taehyung, ni susu Jigger "Botol susu itu disua ke arah lelaki yang sibuk bermain PS4 di ruang tamu itu.
"Huh? Jigger minum susu? "Soal Taehyung. Wajah Jihee dipandang sekilas sebelum meneruskan bermain game.
Jihee menghela nafas panjang.
"Tadi awak cakap dia minum susu! Then, saya buatlah! Awak sendiri yang bagi susu tepung dekat saya tadi! Lepastu boleh pula awak buat-buat lupa! Aish! "Marah Jihee. Taehyung ketawa mengekek.
"Mianhae, aku melawak je. Nak
emo-emo apeshal? Bulan mengambang ke cik..? Ke emosi orang
mengandung? "Soal Taehyung sambil berjalan ke arah pintu. Memerah wajah Jihee dibuatnya."Yah!! "Jerit Jihee lalu berlari mengejar Taehyung. Taehyung juga turut berlari keluar dari rumah.
"Hahahahahahah" Ketawa Taehyung lalu terus berlari dengan botol susu ditangan.
"KIM TAEHYUNG! "
Penat berlari, mereka berbaring di tengah padang. Taehyung memanggil harimau kesayangannya.
"Jigger!! Mooo!!! Mooo!!! Kok! kok! kok! kok! Meow! Meow! Mbekkk! mbek!! Uuu arghh! Uuu argh!! Ssssssss! Ssssss! JIGGER KIM ALIEN KESAYANGANKU!!!! WHERE ARE YOU BABY!! COME HERE TO DADDY YANG HOT MELETOP NI! "Jerit Taehyung memenuhi ruang padang ini.
"Macam ni ke awak panggil harimau awak? Bunyi lembu, ayam apa semua ada, tapi mana bunyi harimau? "Soal Jihee.
"Kau nak dengar ke? "Soal Taehyung balik.
Jihee mengangguk perlahan. Taehyung mendekati gadis itu. Bibirnya di dekatkan ditelinga gadis itu. Muka Jihee yang sudah merah tadi semakin merah dibuatnya.
"Aumm~ Aumm~ Aumm~, Jihee babygirl aumm..I like you, baby... Aumm~ "Ucap Taehyung seksi di telinga Jihee.
Nafas Taehyung dapat dirasakan gadis itu di lehernya. Taehyung menjauhkan bibirnya dari telinga Jihee. Senyuman nakal terukir di bibir. Wajah Jihee yang sudah tidak pasti sama ada muka atau tomato itu dipandang Taehyung. Terkaku Jihee di situ.
"Ssh... Ni rahsia kita.. Hahahha"
Lelaki itu ketawa kecil."Yah!! "
Dalam beberapa minit, Kelihatan Harimau milik Taehyung berjalan keluar dari rumahnya menghampiri mereka berdua. Taehyung mengusap kepala harimau itu. Susu pula Jihee berikan. Masih malu pula nak bersemuka dengan Taehyung ni, mana nak letak muka.. Kang Jihee. Dalam baju boleh?
"Erm.. Taehyung "
"Bwo? "
"Kenapa bela harimau? Haiwan lain kan banyak? "Soal Jihee, tidak mahu keadaan sunyi dan janggal.
Taehyung memandang langit biru itu, senyuman nipis diukir.
"Entahlah, aku tak tahu kenapa aku bela harimau. Ya, mesti semua orang akan kata harimau ni haiwan yang bahaya. Tapi, aku bela harimau.. Mana ada bahaya. Harimau macam kucing juga, manja. Lagipun harimau lebih besar dari kucing, bolehlah aku peluk puas-puas harimau ni. Lainlah aku bela beruang, mahu pecah kepala main dengan makhluk sekor tu. Harimau lain dari yang lain. Kucing pun akan tewas kalau nak bermanja tau. Kesimpulannya, harimau ni unik, comel, manja dan senang untuk bermain. Lagipun... Harimau ni aku bela dari kecil, Jigger pemberian dari senpai aku. "Terang Taehyung sambil tersenyum tawar.
Jihee juga tersenyum. "Aumm! "Jigger berbunyi, petang itu mereka bermain bersama Jigger.
"Jihee "Panggilan seseorang membuatkan dia tersedar dari lamunan.
"Nae, Hoseok. Ada apa? "
"Kami dah berbincang, kami benarkan kau masuk dalam rumah. Jihee, pastikan kau boleh lakukan okay? "
"Baik, saya akan lakukan dengan
baik "-----
"Jin hyung, kita nak ke mana ni? Jalan keluar dekat mana? "Soal Taehyung yang elok dipapah oleh Jin.
"Arah sana "Jin memapah Taehyung ke jalan lurus itu. Penjara-penjara yang penuh di kiri dan kanan mereka redah. Syukur kerana tak ada pengawal di bawah tanah ni.
"Hyung, berhenti.. Aku penat "Ucap Taehyung lalu merebahkan badan.
"Tae, kita kena cepat--"
"Jin, Taehyung.. "Panggil seseorang di dalam penjara belakang Jin.
Terlopong luas mulut mereka berdua bila melihat gerangan yang memanggil mereka. Dia yang sudah berlumuran darah dan teramat lemah dipandang. Hanya tinggal nyawa-nyawa ikan saja. Bibirnya memberikan senyuman lemah. Dengan sedikit tenaga yang dia ada, dia merangkak perlahan ke pagar besi itu. Jin dan Taehyung masih lagi terkejut.
"To... Tolong aku.. "
YOU ARE READING
[C] SCK ; The Hacker
Fanfiction[ C O M P L E T E D ! ] "I know you and I know everything" -KSJ "Aku akan pastikan kau mati ditangan aku, ingat tu" -PJH "Maaf, saya terpaksa pergi dari sini" -KJH Tinggal dengan 7 jejaka tampan memang semua nak kan? Tapi, ia tidak bagi Kang Jihee...