18

153 27 1
                                    

SCK | The Hacker
Episode 18

Jihee masih fokus pada macbook berwarna silver itu. Manakala empat orang lelaki hanya mampu memerhati.

"Lama lagi ke? "Soal Jimin yang elok berbaring di sofa. Luka yang berselindung dengan bajunya dipegang perlahan.

"Kejap... "Balas Jihee.

"Yah! Kau boleh buat ke tak? Dah 2 jam kitaorang tunggu kau. Sampai sekarang tak dapat detect! "Marah Suga.

"Kejaplah.. Ingat nak detect ni ambil masa 5 minit je ke? "Soal Jihee. Jari-jemarinya masih sibuk menekan-nekan keyboard di macbook.

Empat orang jejaka itu mendengus kasar.

"Done! Saya dah dapat detect! "Ucap Jihee riang. Badan disandarkan pada penyandar. Menghela nafas lega.

Suga dan Hoseok mula memerhati skrin macbook yang terdapat lokasi Jin dan Taehyung.

"Weh! Aku nak tengok juga! "Rengek Jimin yang masih berusah mahu bangun tetapi dihalang oleh Jungkook.

"Jangan nak mengada! "Marah Jungkook. Jimin mencebik.

"Nampaknya jauh juga lokasi ni.. Kita kena bertindak cepat! "Ujar Hoseok.

"Betul juga! Kita kena pergi tempat tu.. "Kata Suga pula.

"Aku nak ikut! "Ucap Jimin.

Keempat-empat manusia itu memandang Jimin tajam.

"No way, kau tu sakit lagi. Stay dekat sini dengan perempuan ni "Ucap Suga memandang Jihee. Membulat mata gadis itu.

"Bw.. Bwo?! Andwae! Saya kena ikut juga! Mana aci! "Bangkang gadis itu.

"Kau perempuan, biar kami--"

"Apa? Ingat saya perempuan tak pandai lawan ke? Yah, ni Kang Jihee lah! "Potong Jihee.

Suga mendengus.

Degillah minah ni!

"Ikut kau lah! Kalau jadi apa-apa kitaorang tak akan
bertanggungjawab "Ucap Suga mengalah.

Entah kenapa dia mudah mengalah dengan gadia didepannya ini.

Jihee bersorak riang.

"Yah... Habistu aku? "Soal Jimin.

"Kau duduk rumah! "Tiga jejaka itu berucap serentak.

"Mana aci! Aku nak ikut... Okay! Aku janji aku duduk dalam kereta je, nanti kalau ada apa-apa aku inform la kat korang.. Jebal! "Rayu Jimin yang sudah bersandar pada sofa.

"Jimin hyung, kami--"

"Yah.. Aku nak tolong juga, diorang pun kawan aku.. "Kata Jimin memotong ayat Jungkook.

"Okay! "Balas tiga jejaka itu. Haih.... Ni pun satu, keras kepala! Sakit-sakit pun nak pergi!

"Jap... Namjoon macam mana? "Soal Jimin.

"Saya pasti Namjoon ada tempat yang sama.. "Ucap Jihee yakin.

"Dah, bersiap! Pukul 3 kita
gerak! "Ucap Suga lalu berjalan ke biliknya. Hoseok dan Jungkook juga turut berlalu pergi.

"Yah, Jihee "Panggil Jimin.

"Bwo? "Jihee yang sibuk main counter strike itu memandang Jimin sekilas.

"Macam mana kau boleh pandai pasal hack semua ni? Kau hacker?  "Soal Jimin pelik.

Jihee tersenyum nipis. Skrin laptop pink disebelah macbook masih diperhati tekun.

"Saya bukan hacker, cuma masa sekolah menengah tinggi lagi saya memang dah daftar masuk kelas komputer. Banyak cara hack yang saya belajar. Tapi, bukan ayah saya yang masukkan saya ke kelas tu. Tapi, saya sendiri yang masuk. Tanpa pengetahuan dia. Then, lepas saya jumpa korang semua, saya buat-buat saya seorang yang lemah dia depan awak semua, tapi hakikatnya ia bukan apa yang korang semua
fikir "Jelas Jihee.

"Habistu, yang kau kata kau pandai berlawan? "Soal Jimin lagi.

"Saya belajar teakwondo. "

"Oh.... "

"Yah, tolong bawa aku masuk
bilik. "Pinta Jimin.

"Ngengada awak ni, boleh je kan jalan? "Soal Jihee setelah habis bermain game.

"Yah, nak tolong ke taknak? Kalau taknak tolong bawakan baju aku. "

"Buat apa? "

"Aku nak tukar baju kat sini, disebabkan kau taknak tolong aku ke bilik aku "Jimjn mencebik.

"Yah! Okay.. "

Jihee mengeluh lemah sebelum memapah Jimin ke biliknya. Setelah sampai dibilik, dia meletakkan Jimin di katil.

"Yah, tolong ambilkan baju "

Jihee mengeluh sebelum membuka almari baju milik Jimin. Baju T-shirt putih diberikan kepada lelaki itu.

"Gamawo "

"Okay, saya keluar dulu "

Belum sempat Jihee melangkah keluar, Jimin memanggilnya.

"Yah, taknak tolong pakaikan aku baju ni ke? "Soal Jimin dengan nada gatalnya.

"Yah!! Pervert! "Jihee melangkah keluar. Jimin ketawa mengekek.

-----

"To.. Tolong aku.. "Rayu lelaki itu memandang dua sahabat dihadapannya.

Jin dan Taehyung masih terkejut..

"Tak... Tak mungkin.. Ke.. Kenapa kau.. "Ucap Taehyung tergagap-gagap.

"Nam..joon... "Ucap Jin. Lututnya menyembah tanah menghadap rakannya yang seorang itu.

"Ma.. Maafkan aku, bu... Bukan aku yang khianati korang, aku dipukau.. Dia.. Dia pukau aku "Jelas Namjoon.

"Siapa? "Soal Taehyung pula.

"Jaehoon.. "

Jin dan Taehyung menggengam penumbuk masing-masing.

"Tolong bawa aku keluar dari
sini.. "Ucap Namjoon.

Segugus kunci yang berada dalam poket Taehyung dikeluarkan. Dia cuba berusaha membuka mangga yang berkunci pagar itu.

"Ppalliwa, kita dah kesuntukan
masa.. "Ucap Jin.

"Sabarlah... "Taehyung masih berusaha.

Namjoon memegang besi penjara itu.

"Ppalli--"

"Yah! Korang buat apa ni! "

Lima orang lelaki tiba-tiba berlari ke arah mereka berdua.

"Taehyung, teruskan cari kunci. Biar aku settle "Ucap Jin.

Jin berlari ke arah lima lelaki itu. Mereka bergelut dengan Jin. Jin dengan tangkasnya menumbuk salah-seorang dari lima lelaki itu. Lelaki yang lain pula cuba menyerang Jin dengan menggunakan pisau. Pisau diacukan ke perut Jin, namun pantas dia mengelak.

"Ppalli ppalli! "Ucap Taehyung. Tangan cuba memasukkan kunci.

Mangga itu terbuka. Taehyung menghela nafas puas hati. Dia berjalan perlahan ke masuk ke dalam penjara. Badan Namjoon dipapah. Paha yang berbalut dia hiraukan rasa sakit. Yang penting dia dapat menyelamatkan rakannya.

"Kajja! "Ajak Taehyung.

Dia memapah Namjoon keluar. Kelihatan Jin masih bergelut. Taehyung mendudukkan Namjoon di tanah. Namjoon mengeluarkan sepucuk pistol dari belakang seluarnya.

"Taehyung, pakai ni "Taehyung memandang pistol ditangan Namjoon.
Tangannya mencapai perlahan pistol itu.

"Thanks dude! "Taehyung tersenyum sebelum mengacukan pistol ke arah Jin dan lima orang lelaki yang sedang bergelut itu.

Bang!

[C] SCK ; The Hacker Where stories live. Discover now