SKC[The Hacker]
Episode 10"Weyh! Tengok ni! "
Rakan-rakannya yang lain mula mendekati dirinya. Kertas yang dipegang oleh Taehyung itu dirampas oleh Jin. Kertas itu dibaca dengan teliti.
"Shit... "
Jin berlari anak naik ke biliknya. Butang merah di dinding ditekan lalu rak-rak buku di dalam biliknya bergerak ke tepi sehingga menampakkan ruang.
Ruang yang diterangi lampu itu dilalu oleh Jin. Jin mula menuruni tangga sehingga ke bawah. Pintu itu dibuka oleh Jin. Terdapat banyak komputer-komputer yang menunjukkan rakaman CCTV di dalam bilik ni.
Jin mula duduk dihadapan satu komputer ribanya."Mana kau... "
Jari-jarinya sibuk menekan-nekan papan kekunci. Mencari seseorang yang amat dia kenali.
"Shit.... Aku tak boleh kesan dia, telefon tu ada dekat dalam rumah ni.."Ucap Jin seorang.
Jam ditangan dipandang sekilas.
9:30 A.M.
Dia beralih pada komputer sebelahnya pula. Jari-jemarinya mula menekan-nekan papan kekunci.
"What the fuck! Asal gelap! "
Jin mula keluar dari bilik itu dan berjalan ke arah 6 sahabatnya.
"Mana dia? "Soal Namjoon.
"Aku tak boleh detect dia.. telefon yang aku dah aktifkan pengesan tu ada dekat sini. Dua, aku dah try cari dekat semua CCTV lapangan terbang, tapi ada semua CCTV dekat lapangan terbang aku tak boleh tengok, semuanya sudah dirancang oleh seseorang. Aku akan cuba detect dia.."
"Kenapa lapangan terbang? "Soal Jungkook.
"Sebab dalam kertas ni dia kata dia nak pergi jauh "Jawab Taehyung.
"Kalau kita tak cari dia, aku takut dia sebarkan tentang kita. "Ucap Jimin pula.
"Tch, kau takut? Dia takkan beritahu sesiapa pasal kita "Kata Suga pula.
"Kau yakin? "
"Tak payah cari dia, buat penat korang je.. Dia takkan datang sini balik sebab dia dah tahu kita pembunuh "Kata Hoseok pula.
"Betul"Jawab Suga.
"Kenapa pula? "Soal Jin.
"Sebab dia nampak aku bawa mayat keluar semalam "Ucap Suga. Suga mula menceritakan semula kejadian semalam.
Suga keluar dari bilik bawah tanah. Tangan masih erat menggendong keratan mayat di belakang.
"Berat gila minah ni "Kata Suga sendiri.
"Yoongi? "
Suga menoleh, perempuan itu memandang ke arahnya. Suga tersenyum sinis.
"Awak bawa apa tu? "
"Ni? Ni mayat, aku nak pergi buang dekat sungai. Nak ikut? Boleh aku bunuh kau juga nanti "Balas Suga sinis.
Terus pucat wajah Jihee dibuatnya.
"Awak.. Awak pembunuh--"
"Kami bertujuh pembunuh, aku minta kau keluar dari sini. Aku taknak tengok muka kau lagi. Lagi satu, kalau orang lain tahu pasal kami, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau macam dia ni"
Guni itu ditunjuk oleh Suga. Suga terus meninggalkan ruang tamu itu. Jihee seakan mati kata-kata. Dia terus berlari masuk ke bilik.
"Kenapa kau bagi tahu dia?! "Marah Jin.
Sudah dia kena hantar Jihee tu pulang ke abangnya, sekarang Jihee hilang pula..
"Dah dia tanya, aku bagitahulah dia"
"Kau tahu tak aku kena hantar dia balik harini? "
"Maksud kau? "Soal Hoseok.
Jin mula menceritakan tentang dia, Jihee, Jaehoon dan Daniel.
"Owh.. So, plan kau? "Soal Namjoon.
"Aku kena pergi jumpa diorang--"
"Kami ikut hyung"Potong Jungkook.
"Tak payah, korang semua duduk rumah. Diorang bahaya"
"Apa yang bahayanya? Kita lagi bahaya.. Setakat mafia, petik jari dah tumbanglah "Ucap Taehyung serius.
Jin menghela nafas perlahan.
"Aku pergi dulu, ingat jangan masuk campur urusan aku"
Jin berjalan keluar dari rumah. 6 orang lelaki itu hanya memandang.
Suga mula memandang Taehyung."V.. Kau tahu kan apa yang kau perlu buat? "
Taehyung mengangguk.
"Apa-apa update dekat kitaorang "
"Okay"
-----
"Jihee.. Bangun, kita dah sampai"Badan Jihee digerakkan dengan perlahan.
Jihee membuka matanya perlahan, wajah Jane dipandang sebelum senyuman nipis diberikan kepada gadis itu.
"Jom"
Mereka berdua mula keluar dari pesawat. Beg bagasi milik Jane diambil lalu ditarik. Mereka menuju ke kereta mewah milik Jane. Dari awal lagi Jane sudah menelefon orang suruhannya untuk hantar kereta dia ke lapangan terbang ni.
"Kita balik rumah appa aku dulu "
"Nae.. "
Jane mula memandu menuju ke rumah appanya. Apabila mereka sudab sampai di rumah besar lagikan luas itu, mata Jihee terus membulat.
"Besarnya... "
Jane tersenyum nipis.
"Jom masuk"
Mereka pun masuk ke dalam banglo mewah itu.
"Appa"
YOU ARE READING
[C] SCK ; The Hacker
Fanfiction[ C O M P L E T E D ! ] "I know you and I know everything" -KSJ "Aku akan pastikan kau mati ditangan aku, ingat tu" -PJH "Maaf, saya terpaksa pergi dari sini" -KJH Tinggal dengan 7 jejaka tampan memang semua nak kan? Tapi, ia tidak bagi Kang Jihee...