SCK[The Hacker]
Episode 11"Appa " Panggil Jane sebaik sahaja dia nampak kelibat ayahnya.
Tuan Mark menoleh ke arah dua gadis itu sebelum tersenyum nipis.
"Datang pun kamu, "
Jane berlari anak ke arah Tuan Mark lalu badan ayahnya dipeluk erat. Jihee hanya mampu memerhati.
"Mana nenek? Omma? "Soal Jane.
"Nenek dengan omma kamu dekat dapur. "
Jane hanya meng 'O' kan saja sebelum pandangannya menoleh ke arah sahabatnya. Dia berjalan ke arah Jihee sebelum tangan Jihee ditariknya ke hadapan Tuan Mark.
"Appa, ni la Kang Jihee. Appa kenal kan? "
"Oh semestinya appa kenal, Jihee apa khabar? "Soal Tuan Mark.
"Baik, ahjussi. "Balas Jihee dengan senyuman.
"Appa bagi kan Jihee tinggal sini? Boleh kan?? "
"Appa benarkan lagipun appa tahu Jihee perlukan masa, kan? "Soal Tuan Mark.
"Nae.. ermm"
"Thank you appa! Okaylah, kami nak pergi naik ke bilik "Pamit Jane.
Dua gadis itu menaiki tangga. Sesampainya di bilik Jane, mereka masuk ke dalam ruangan besar itu.
"Besarnya bilik kau... "Ucap Jihee.
"Kau buatlah rumah ni macam rumah kau, lagipun kita kan dah lama kenal. Keluarga aku tak kisah pun, lagi suka adalah"
Jane melabuhkan punggungnya di katil bersaiz king itu. Jihee juga turut melabuhkan punggung di sebelah Jane. Wajah masing-masing berubah serius.
"Kau rasa...diorang tahu tak aku kat mana? "Soal Jihee.
Gusar hatinya bila dapat tahu 7 orang lelaki itu pembunuh.
"Tak perlu takutlah.. Aku pasti diorang takkan tahu kau dekat mana.. Semuanya aku dah rancang elok-elok"
"Rancang? Rancang apa? "
"Erm....Betul kau nak tahu? "
Jihee mengangguk perlahan. Jane mengeluh kecil sebelum memandang wajah rakannya.
"Kau tahu kan mereka semua pembunuh? "
"Ya, aku tahu itu"
"Sebenarnya... "
-----
"Mana Jihee? "Soal Daniel dingin.
Sedikit pun dia tak takut akan si lelaki dihadapannya. Malah, lebih berani.
"Dia dah lari "
Daniel ketawa sinis. Wajahnya serius kembali.
Buk!
Tumbukan Daniel terus kena pipi kiri milik Jin. Jaehoon yang ada di situ hanya tersenyum sinis sebelum dia pergi dari situ.
"Semua jangan masuk campur "Ucap Daniel kepada anak-anak buahnya. Mereka hanya mengangguk tanda faham akan arahan.
Dari belakang tong-tong minyak, Taehyung memerhati mereka berdua.
"Shitlah! Kenapa tak tumbuk
balik! "Marah Taehyung secara berbisik. Matanya terus tertumpu kepada mereka berdua."V, ada apa-apa yang berlaku ke? "
Soal Yoongi dari alat penghubung.
"Mereka bermesyuarat tingkap dan Jin kena tumbuk, tu je aku nampak"
YOU ARE READING
[C] SCK ; The Hacker
Fanfiction[ C O M P L E T E D ! ] "I know you and I know everything" -KSJ "Aku akan pastikan kau mati ditangan aku, ingat tu" -PJH "Maaf, saya terpaksa pergi dari sini" -KJH Tinggal dengan 7 jejaka tampan memang semua nak kan? Tapi, ia tidak bagi Kang Jihee...