Special update (02)

147 23 32
                                    

SU of SCK | The Hacker
Part 2

[ Kang Jihee ]

Aku dan encik suami berdiri di hadapan rumah besar lagikan luas ini. Di sini, tempat aku membesar dengan pelbagai masalah yang menimpa keluarga aku. Tangan kanan aku genggam tangan suami aku erat. Takut, itu yang aku rasa. Wajah aku dibuat-buat tenang namun hati... Haih! Aku pandang Seokjin. Wajah si suami dapat aku baca yang di sudah resah. Aku tersenyum nipis.

"Gwaechana, saya ada" Ucapku lembut. Dia menghela nafas panjang.

"Kajja"

Aku menariknya masuk ke pagar. Dua orang pengawal berkot hitam memandang ke arah kami.

"Siapa kau? Apa urusan kau ke sini?" Soal salah seorang dari mereka.

Okay, dia masih belum kenal aku. Maybe pekerja baru.

"Saya Kang Jihee, kod 03. Your boss daughter" Kataku mendatar. Tangan Seokjin aku masih genggam erat.

"Maaf. Silalah masuk, cik" Mereka menunduk hormat kepadaku. Aku mengangguk.

Aku dan Seokjin berjalan menyusuri taman bunga. Pintu utama aku buka, kaki melangkah masuk ke dalam 'istana' milik appa. Appa yang duduk di kerusi ruang tamu aku dekati. Tangan Seokjin aku lepaskan.

"Appa"

"Baru jumpa jalan balik rumah? Ingatkan dah mati macam abang kau" Ujarnya dingin. Langsung tak pandang kami suami isteri.

-----

[ Kim Seokjin ]

"Baru jumpa jalan balik rumah? Ingatkan dah mati macam abang kau"

Aku genggam penumbuk kosong. Jihee menunduk.

"Appa, Jihee dah kahwin.. Dengan Seokjin, tolong restukan kami berdua appa"

Tuan Kang mendengus kasar sebelum dia bangun dari duduknya. Matanya tajam memandang anak mata aku. Aku terkedu.

Bang!

"Argh!" Aku mengeran kesakitan.

"Awak!" Jihee mendekati aku. Darah yang mengalir di bahagian betih aku tahan guna tapak tangan.

Aku pandang Tuan Kang.

"Sampai mati pun aku takkan terima menantu macam kau! Ingat tu! Kau tahu kan? Hutang darah dibayar darah"

Aku pandang beberapa orang yang datang mendekati kami. Jihee ditarik menjauhi aku. Aku baru nak bangun ada satu tumbukan singgah di bahagian wajah aku. Aku dipukul oleh orang-orang ayah mertua aku sendiri.

-----

"Seokjin!"

Jihee ditarik oleh appanya menjauhi Jin yang sudah dipukul. Niat hati Jin memang nak membalas tumbukan anak-anak buah Tuan Kang, tapi dia tak nak keruhkan keadaan.

"Kau ikut aku!" Jihee ditarik masuk ke dalam satu bilik. Bilik itu dikunci oleh Tuan Kang.

"Appa! Appa! Jangan pukul suami Jihee!!" Jerit Jihee bersama tangisan.

Pintu bilik diketuk berkali-kali.

"Awak.... Hiks"

Sementara itu..

[C] SCK ; The Hacker Where stories live. Discover now