[Kim Seokjin]3 Tahun Kemudian...
Aku memandang gambar di dalam kaca itu. Perlahan-lahan air mata jatuh ke pipi. 3 tahun... 3 tahun tanpa seorang ahli. Kim Namjoon, lelaki yang banyak melayan semua karenah ahli lain. Sekarang dah tak ada.. Jimin, Jungkook, Suga, Hoseok dan Taehyung sudah dapat terima pemergian Namjoon. Mereka sudah hidup seperti manusia lain. Maksud aku.. Kami semua dah berpindah ke tengah bandar Seoul. Mereka sudah kembali seceria dulu setelah selama setahun memurungkan diri. Tapi, satu saja yang tidak berubah.. Membunuh, ya membunuh masih lagi menjadi hobi masing-masing. Setiap pukul 12 malam ke atas, mereka akan cari mangsa masing-masing. Cara membunuh pun dah semakin kejam. Mereka juga dah bekerja. Pagi bekerja malam membunuh, itulah rutin harian mereka.
Aku? Aku dah berhenti membunuh. Pernah aku suruh ahli lain berhenti bunuh orang yang tak bersalah. Tapi... Mereka tetap dengan pendirian masing-masing, bagi mereka... Bunuh dapat menenangkan hati. Pelik kan? Tapi itu yang terjadi.
"Awak.. Dah lama ni, jom balik.. Nanti kita datang lagi, nae?"
Kedengaran suara wanita disebelahku. Ya.. itu Kim Jihee, isteri aku. Dah 3 tahun berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak kembar iaitu Kim Seokhee dan Kim Heejin. Perkahwinan ni kami rahsiakan dari keluarga Jihee. Entah sampai bila ia akan bertahan aku pun tak tahu. Jihee wanita pertama yang dapat terima aku. Walaupun dulu aku sukar untuk berhenti untuk membunuh, tapi perlahan-lahan dia cuba mengubahku. Dan sampailah kedua anak aku dilahirkan, aku dah tekad untuk berhentikan semua ni. Aku taknak digelar 'ayah pembunuh' oleh anak sendiri.
Kenal Daniel dan Jaehoon? Of course lah kenal kan? Watak antagonis dalam fanfic ni kot.. Hmm... Mereka dah mati, Jihee dah dapat terima pemergian abang dia. Jadi, Jungkook dah bunuh Jaehoon dan Suga dah bunuh Daniel. Masa malam tu, aku dah tekad nak bunuh mereka dengan tangan aku sendiri tapi lain pulak yang jadi. Kang Daniel, kawan baik aku masa kecil.. Kami banyak bermain dan bergurau senda bersama-sama ahjussi dan Junho hyung. Tapi, tak sangka Daniel menyimpan perasaan benci terhadap ahjussi sehingga dia bunuh lelaki tua itu. Dalam kesedihan dia ada kegembiraan. Dia cemburukan aku semata-mata selalu dapat pujian dari ahjussi? Dan... Ahjussi mengutuknya di belakang aku.. Aku, aku tak sangka ahjussi akan berkata begitu pada Daniel.
Maaf Daniel, aku terpaksa...
Jaehoon? Dia kawan kepada Daniel, dia orang yang bunuh mak kandung aku. Aku berdendam dengan dia sebab perkara itu. Aku tak tahu apa yang tak puas hati dengan aku.. So, aku malas nak ambil tahu sebab dia watak tambahan je.. Heheh..
"Nae.."
Aku mengesat air mata, pinggang Jihee aku rangkul dan berjalan ke arah kereta.
Kereta berjenama Audi milik aku bergerak laju meluncur di jalan raya.
Sampai saja di rumah aku dan Jihee, kami disambut oleh sorakan riang dua kanak-kanak. Siapa lagi kalau bukan Seokhee dengan Heejin.
"Appa dengan omma dah balik!!"
"Heyy, anak appa!" Aku mencium ubun-ubun kedua-dua si kembar berumur 3 tahun itu.
"Mana uncle Yoongi dengan uncle Jimin?" Soal Jihee.
"Tuu!"
Aku dan Jihee memandang ke arah dua manusia itu. Kami berdua menahan tawa. Lampin yang tersangkut di kepala Jimin dan puting dimulutnya membuat kami tak tahan, maka terletus ketawa kami. Suga yang sudah terkangkang di lantai bersama dengan pakaian kanak-kanak itu pula mengeluh penat.
"Macam mana aku boleh terima permintaan korang untuk jaga dua budak ni?!" Kata Jimin penat.
"Menyesal aku ambil cuti semata-mata sebab nak jaga anak kau!" Kata Suga pula.
YOU ARE READING
[C] SCK ; The Hacker
Fanfiction[ C O M P L E T E D ! ] "I know you and I know everything" -KSJ "Aku akan pastikan kau mati ditangan aku, ingat tu" -PJH "Maaf, saya terpaksa pergi dari sini" -KJH Tinggal dengan 7 jejaka tampan memang semua nak kan? Tapi, ia tidak bagi Kang Jihee...