Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
───────•••───────
Loceng kecemasan berbunyi , beberapa orang atasan menuju ke bilik mesyuarat dengan pantas .
sampai sahaja di sana , Tuan Lee merangkap sebagai ketua agent sedang duduk di kerusi . Wajahnya kelihatan seakan - akan berang .
" Ada apa , tuan ? " tanpa balasan , Tuan Lee terus membuka televisyen yang memaparkan berita mengenai kes - kes pembunuhan yang berlaku semalam .
" Bangtan Boys , kumpulan mafia yang paling bahaya sudah kembali " ujar Tuan Lee , matanya memandang tajam kaca televisyen .
" Sepasangsuamiisteritelahdijumpaidalamkeadaan yang sungguhmengerikan . Dagingmerekabertaburan di ㅡ "
" Bagitahu agent kita , ada misi baharu " arah Tuan Lee , matanya memandang setiap seorang dari mereka .
" Baiklah , kami akan panggil kumpulan agent yang terbaiㅡ " pantas Tuan Lee memotong percakapannya , fail yang berada di atas meja dibuka seraya menyelak setiap helaian dengan teliti .
" Saya nak agent - agent baharu yang laksanakan tugas ni . panggil mereka turun " sambungnya lagi , kali ini nadanya kelihatan tenang .
" Tapi tuanㅡ "
" SEKARANG ! " sergah Tuan Lee , fail itu dihempas kuat di atas meja menyebabkan tiga orang atasan itu tersentak untuk seketika . walkie - talkie diambil dengan segera .
" Panggil agent baharu turun "
───────•••───────
Kumpulan agent baharu dengan pantas menuju ke bilik mesyuarat tanpa sebarang petunjuk . Mereka dapat merasakan aura yang agak menyeramkan sebaik sahaja masuk ke dalam .
" Duduk " ujarnya perlahan , Tuan Lee mengimbas setiap seorang agent itu dengan pandangan tajam , mereka menelan air liur .
" Awak semua kenal bangtan boys ? " soal Tuan Lee selepas lama mendiamkan diri .
" Tahu , mereka kumpulan mafia yang selalu diburu " balas sooya .
" Sudah lama tiada berita mengenai mereka tapi sekarang , mereka sudah kembali . Jadi , saya nak awak bertujuh yang lakukan misi menangkap mereka " terang Tuan Lee . Wajah agent - agent itu kelihatan sungguh terkejut .
" Tapi tuan , kami ahli baharu " kata aria , nadanya seakan - akan menggigil .
" Jadi ? "
" K-kami rasa tuan patut bagi misi ini dekat agent yang lebih bagus " hyun menyambung , dia menggigit bibir perlahan , takut untuk bertembung mata dengan Tuan Lee .
" Saya nak awak semua yang buat , inilah peluang awak semua untuk buktikan yang ahli baharu pun boleh berjaya , cuma awak semua perlukan latihan untuk mengasah kebolehan awak " ujar Tuan Lee , dia memberi segaris senyuman .
" B-baiklah tuan , kami akan terima misi ini " balas yuha dengan yakin , dia turut membalas senyuman . Peluang yang baik hanya datang sekali sahaja .
" Saya akan panggil beberapa agent untuk melatih awak semua sebelum awak semua pergi membuat misi itu "
" Sebelum itu , saya mahu awak semua lihat maklumat tentang bangtan boys " Mereka melihat ke arah skrin dengan fokus .
" Saya serahkan tugas ini untuk awak , saya percayakan awak semua " kata Tuan Lee .
" Kami akan buat yang terbaik dan tak akan menghampakan tuan " balas aerin . Tuan lee mengangguk perlahan sebelum beredar .
" Nampaknya kita perlu membuat perancangan yang betul dan teliti memandangkan bangtan boys adalah kumpulan jenayah yang paling sukar untuk dilawan . Dan jika kita tersilap langkah , silap - silap kita boleh terbunuh . "
ujar min young , matanya seakan - akan penuh dengan keazaman disebabkan ini adalah misi rasmi mereka .
" Setahu aku , bangtan boys ialah ketua semua penjenayah , orang - orang yang sedang berada di dalam penjara semua budak bawahan mereka " terang gaeul menyebabkan mereka terkejut .
" Kita akan tunjukkan yang kita boleh buat , agent , hwaiting!! "