───────•••───────
───────•••───────
Minyoung , gaeul , aria , aerin , yuha dan sooya masuk ke dalam bilik mesyuarat untuk memberitahu mengenai rancangan mereka . selepas sahaja mereka melabuhkan punggung , aerin meletakkan komputer rbiba di atas meja .
" aku dan sooya ada rancangan " ujar aerin , jarinya menekan tetikus dan membuka satu file .
" apa dia ? " gaeul menyoal , tidak sabar mahu mengentahui rancangan dua orang ahli itu .
" Kita menyelinap masuk dalam bangunan mereka yang ketiga . kali ini , semua masuk cuma kita kena berpecah . satu kumpulan dua orang " balas sooya lalu memandang wajah setiap seorang ahli.
" Aku dengan gaeul , Minyoung dengan aria dan Yuha dengan Sooya " sambung aerin , mereka mengganguk perlahan.
Peralatan untuk misi disimpan kemas di dalam bonet kereta milik mereka , dan beberapa minit kemudian , kereta itu meluncur laju menuju ke lokasi .
───────•••───────
Minyoung dan aria menjadi pasukan pertama yang bergerak . mereka berjalan dengan langkah yang perlahan , untuk mengelakkan bunyi bising .
Prak !
Minyoung mencarut , bibirnya digigit perlahan. geram apabila dia terpijak kayu yang bertaburan di atas lantai itu.
" Aku rasa ada orang masuk , aku dengar suara orang bercakap tadi " kata seorang pengawal , jaraknya dengan minyoung dan aria semakin hampir , mereka berpecah.
aria memeluk erat pistol yang dipegangnya , nafasnya turut ditahan .
Mata minyoung mula meliar dan terhenti pada beberapa paku besi yang tersimpan kemas di dalam kotak .
Paku itu diletak pada alat memanah sebelum memanah paku itu ke arah bertentangan.
" mereka dekat sana , mari ! " keluhan lega dilepaskan apabila sekumpulan pengawal itu mula bergerak menjauhi mereka .
" arah sana , cepat " ujar aria perlahan , mereka mula berjalan menuju ke lokasi mengikut rancangan .
───────•••───────
" Aku yakin kita boleh menang kali ini ! " ujar gaeul teruja sambil memasukkan peluru ke dalam pistol sebagai langkah persediaan .
" Jangan nak yakin sangat , kita tak tahu mereka macam mana " balas aerin , matanya fokus meneliti setiap satu peralatan mereka .
Mereka pergi agak lambat daripada ahli yang lain disebabkan mereka ingin membawa beberapa peralatan tambahan .
Satu beg hitam diambil dan dibuka , berbaris - baris pistol tersusun kemas di dalam beg itu .
" Pilih " kata aerin , serta merta gaeul tersenyum sebaik sahaja melihat pistol kegemarannya .
" team b , boleh masuk "
───────•••───────
Siren amaran berbunyi secara tiba-tiba . Yuha dan sooya yang sedang berada di lobi itu mula panik apabila beberapa orang bawahan bangtan boys tiba .
Sooya dan yuha mula memegang tangan erat , nafas dihembus sebelum memandang mereka dengan pandangan yang tajam .
" yuha ambil ni dan tolong aku lawan mereka " kata sooya , tangannya menghulurkan buku besi .
Seorang lelaki mula menghampiri mereka membuatkan sooya tersenyum dan memulakan permainan.
Tendangan kuat diberikan pada perut dan kaki sebelum sooya mula menjatuhkan lelaki itu dengan sekelip mata .
" Lemah " kata sooya sinis apabila lelako itu pengsan selepas terhantuk pada almari besi .
Yuha mula menumbuk wajah beberapa orang lelaki itu dengan kuat , ditambah pula dengam tendangan pada leher .
Lelaki itu mula menyeringai kesakitan apabila uratnya seakan - akan berbelit dan terseliuh , darah mula membasahi lantai lobi itu .
Dengan gabungan hebat sooya dan yuha , 20 orang lelaki yang mengeoung mereka pada awal minit tadi sudah tewas .
mereka mula menghifive sambil tersenyum puas sebelum kembali menuju ke lokasi .
tetapi perjalanan mereka terhenti apabila kepala mereka mula dihentuk dengan kayu oleh dua orang lelaki .
dan sudah tentu , mereka adalah ahli bangtan boys .
" Mari bawa mereka berdua ke bilik bawah tanah " arah lelaki itu , orang bawahan yang berada di sebelah hanya menurut .
" Rancangan kita menjadi seperti yang dirancang " sambung seorang lelaki seraya tertawa sinis .
Telefon yuha dan sooya yang berada di lantai itu diambil , peti pesanan mula dibuka . jarinya laju menekan keyboard telefon .
" Datang ke S-175 , aku dan sooya ada sesuatu untuk diberitahu "
" kami datang sekarang "
Senyuman sinis terukir pada bibir dua orang lelaki itu apabila mangsa - mangsa mereka mula memakan umpan .
───────•••───────
YOU ARE READING
❝𝐒.𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓❞ ❪✔❫
Mystery / Thriller𝗧𝗵𝗲𝘆 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗼𝘂𝗿 𝗻𝗲𝘅𝘁 𝘁𝗮𝗿𝗴𝗲𝘁 ㅡ 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝟭𝟰𝟬𝟴𝟭𝟵 𝟮𝟵𝟬𝟵𝟭𝟵 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗞𝗘 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗢𝗡 ㅡ 𝟭𝟲𝟭𝟭𝟮𝟬 𝟮𝟬𝟬𝟭𝟮𝟭 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 ©𝗑𝗏𝗂𝗇𝖼𝖾𝗇𝗌𝗒𝗉𝗁𝗎𝗌 ⋮ 𝟐𝟎𝟏𝟗