───────•••───────
───────•••───────
Minyoung dan sooya membuat rengangan kecil di dalam bilik latihan memanah itu . Mereka menunduk hormat sebaik sahaja senior agent mereka masuk .
" Hai , saya choi beomgyu "
" saya choi seung cheol , boleh panggil saya scoups "
Mereka memperkenalkan diri sambil berjabat tangan .
" awak berdua dah panaskan badan , betul ? " soalan scoups dibalas dengan anggukan .
" saya nak tanya , awak berdua pernah memanah atau pun tidak ? " soal beomgyu , wajah sooya dan minyoung dipandang lama .
" saya pernah masuk kelab memanah sewaktu sekolah dan saya menyertai latihan memanah sebagi hobi " balas minyoung tenang .
" Saya baru sahaja menyertai latihan memanah beberapa bulan yang lepas " sambung sooya .
" Baiklah , pertama sekali kami akan lihat kemampuan awak dalam memanah , minyoung boleh mulakan " arah beomgyu , dia memberikan alatan memanah pada minyoung .
Sebaik sahaja selesai , minyoung berdiri di belakang garisan , tangannya berada di dalam posisi yang lurus , sebelah mata ditutup untuk menyasarkan anak panah .
Zzap !
Beomgyu melihat ke arah ulangan tayangan di skrin , anak panahnya terkena di bahagian bewarna merah , hanya beberapa cm sahaja daripada warna kuning .
" ah sikit lagi , cuba lagi , awak boleh buat " beomgyu memberikan kata - kata semangat . Matanya kembali serius apabila minyoung melepaskan anak panah .
" wah , awak bagus dalam memanah " beomgyu memuji minyoung , senyuman manis diberikan . Anak panahnya berada tepat di dalam sasaran .
" Terima kasih , tuan " balas minyoung seraya tersenyum ceria apabila dipuji oleh senior , terutamanya beomgyu . Senior agent yang amat dikagumi olehnya .
Selepas selesai , minyoung merebahkan diri di atas kerusi , minuman yang diberikan oleh beomgyu diambil dengan senyuman .
" Sooya , hwaiting ! "
───────•••───────
Sooya mula memakai pakaian memanah , tiba - tiba scoups bangun dan membantu sooya , disebabkan sooya seakan tidak tahu cara memakainya .
" Awak okay ? dah sedia ? " soal scoups prihatin , sooya mengangguk dan tersenyum .
Dia mula menuju ke garisan dan mengambil posisi , baru sahaja dia mahu melepaskan anak panah , scoups pantas memberhentikan perbuatannya .
" sooya , kaki kiri awak perlu berada 2 cm di luar garisan , kaki kanan perlu dua cm belakang garisan dan sebaris dengan sasaran awak , iaitu bulatan yang bewarna kuning "
terang scoups , dia memegang kaki sooya untuk membetulkan posisi .
" posisi tangan awak pastikan lurus dan dalam linkungan 90° darjah , rapatkan anak panah dengan pipi . Kalau tak awak boleh tercedera " sambung scoups , sooya mendengar penjelasan dengan teliti
Zzap !
Sayang sekali , anak panahnya tersasar daripada papan , sooya mencuba untuk kali yang kedua dan tiga disebabkan peluang untuk dia memanah adalah selama lima kali .
Scoups mula mengerutkan wajah , dia kelihatan tidak puas hati dengan prestasi sooya .
Matanya tajam memerhati sooya yang ingin melepaskan anak panah itu , tiba - tiba scoups mula menjerit .
" Na sooya ! tangan ! saya cakap apa pasal posisi tangan tadi ! " disebabkan sooya gementar , dia telah melepaskan anak panah itu tanpa sengaja menyebabkan tangannya cedera .
Scoups pantas menuju ke arah sooya dengan wajah risau , begitu juga dengan minyoung dan beomgyu .
Scoups melihat luka pada tangan sooya sebelum berlari untuk mengambil peti kecemasan .
───────•••───────
Beomgyu dan minyoung menunggu di luar bilik latihan , sementara scoups merawat lengan sooya yang tercedera .
" awak gementar sangat ke ? maaf sebab saya buat awak rasa macam tu , saya tak nak awak semua tercedera dan kalah dalam tangan bangtan boys " luah scoups , sooya memandang wajah scoups lama .
Wajahnya yang kelihatan serius dan tegas sewaktu latihan bertukar menjadi lembut , pandangan matanya kelihatan amat risau sepanjang merawat luka sooya .
───────•••───────
Selepas beberapa minit , mereka keluar daripada bilik rawatan , beomgyu , scoups , sooya dan minyoung berbual sepanjang perjalanan ke kafeteria .
" pastikan awak berdua berlatih lagi , minyoung awak kena bimbing sooya , pastikan cara dia betul kalau tak dia akan cedera macam tadi " arah beomgyu , minyoung seolah - olah menabik .
" Baik , tuan ! " beomgyu tertawa kecil seraya menggeleng perlahan .
" Sooya , saya nampak kebolehan awak dalam memanah , macam beomgyu cakap , awak kena banyak berlatih dan saya pasti awak akan mahir dalam memanah "
Sambung scoups , mereka hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlatih sebelum pergi melakukan misi berbahaya itu .
" Saya faham , terima kasih tuan ! " sooya membalas dengan teruja . Scoups mengangguk seraya tersenyum .
───────•••───────
───────•••───────
YOU ARE READING
❝𝐒.𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓❞ ❪✔❫
Mystery / Thriller𝗧𝗵𝗲𝘆 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗼𝘂𝗿 𝗻𝗲𝘅𝘁 𝘁𝗮𝗿𝗴𝗲𝘁 ㅡ 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝟭𝟰𝟬𝟴𝟭𝟵 𝟮𝟵𝟬𝟵𝟭𝟵 𝗥𝗘𝗠𝗔𝗞𝗘 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗢𝗡 ㅡ 𝟭𝟲𝟭𝟭𝟮𝟬 𝟮𝟬𝟬𝟭𝟮𝟭 𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 : 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 ©𝗑𝗏𝗂𝗇𝖼𝖾𝗇𝗌𝗒𝗉𝗁𝗎𝗌 ⋮ 𝟐𝟎𝟏𝟗