𝗗𝘂𝗮 𝗣𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗟𝗶𝗺𝗮

72 20 157
                                    

───────•••───────

───────•••───────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

───────•••───────

Aerin , gaeul , aria dan minyoung berlari menuju ke bilik yang diminta oleh yuha dan sooya .

" Yuha ! sooya !! " teriak mereka , tetapi langsung tiada sahutan . Mereka mula berasa tidak sedap hati .

" Minyoung , cuba kau hubungi mereka " arah gaeul , aerin turut membuka jam elektronik untuk menghubungi mereka .

" tak dapat " balas minyoung dan aerin serentak .

" kita tunggu sahaja mereka dekat sini "" kata aria . pintu bilik itu mula dibuka menyebabkan mereka memandang ke arah pintu dengan perasaan takut

Seorang kanak-kanak perempuan mula masuk ke dalam , tangannya membawa satu kotak yang terdapat empat botol kecil.

" Kakak , kakak nak air ? ini Tuan Lee yang beri " ujar kanak-kanak perempuan itu dan beredar .

" Jangan minum ! aku rasa budak tu nak tipu kita , kemungkinan air itu adalah racun ! " aerin menjerit . gaeul , aria dan minyoung tertawa kecil .

" budak tu dah cakap yang Tuan Lee kirim ini pada kita . kalau dia tipu , macam mana dia tahu nama Tuan Lee ? " minyoung mula meyakinkan aerin .

Air bewarna putih yang berada di dalam botol itu diminum tanpa sebarang petunjuk .

───────•••───────

Senyuman sinis mula terukir dibibir mereka apabila lima orang mangsa mereka telah meminum air itu .

" tch , dasar naif . senang sahaja nak bodohkan mereka " kata lelaki itu sambil menggeleng kepalanya perlahan .

" Sekarang , pertunjukan bermula " sambungnya lagi .

───────•••───────

" Ark-argh ! " minyoung , aerin , aria dan gaeul mula menjerit kesakitan . Urat pada leher dan kepala mereka mula jelas kelihatan . Wajah dan badan mereka turut mengeluarkan peluh .

Derita dan seksa , tubuh dalaman mereka seperti dicucuk dengan sesuatu alat yang tajam menyebabkan mereka meraung sedemikian.

Tangan mereka mula mengetuk dada dengan kuat ingin mencari nafas .

" ahak ! ahak ! " lantai itu dibasahi dengan darah yang keluar daripada mulut mereka .

Suara tertawa sinis beberapa orang lelaki mula menghiasi bilik yang suram dan gelap itu .

Derapan kaki mula menghampiri dan bayangan lelaki itu mula jelas kelihatan .

" Kim Seokjin Ricobene "

" Nice to meet you , babe " seokjin menegur mereka mesra,dengan pantas dia menarik tangan gaeul dan memeluk tubuh gaeul erat , dia tertawa sinis.


" Akhirnya kau berada dalam tangan aku , Yeo Gaeul " ujarnya sambil membelai lembut pipi gaeul. Seokjin mula menolak gaeul dengan kuat menyebabkan kepala gaeul terhantuk pada bucu besi .

Lehernya yang diludah oleh gaeul dilap dengan kasar menggunakan sapu tangan . Air mukanya menunjukkan bahawa dia amat berang dengan tindakan gaeul yang berani .

" Lahanat kau perempuan , siap kau ! " sambungnya , gaeul yang tidak menyedarkan diri itu dibawa keluar darilada bilik .

Aerin menguatkan dirinya untuk mengejar seokjin dan gaeul tetapi dihalang oleh seorang lelaki yang baru tiba.

" Siapa suruh kau kejar mereka , Aerin Fernandez ? " soal seorang lelaki , pistol dihala tepat pada kepala aerin dari jarak jauh .

" Kau , siapa ?! " aerin menyoal , matanya dikelip beberapa kali , cuba untuk megecam lelaki yang berada di dalam kegelapan itu .

" Aku mimpi ngeri kau . Kim Taehyung Rodriguez " balasnya sinis seraya mengambil langkah ke arah aerin .

Aerin menggulingkan bebola matanya tanda menyampah , baru sahaja kakinya ingin mengatur langkah , taehyung menembak bahu aerin .

Darah mula terpancut keluar daripada bahunya , aerin menggigit bibirnya kuat apabila dia mula merasa ngilu . peluru itu menembusi telat tulang bahunya .

" Aku tak suruh kau pergi , ikut aku sekarang ! "

" Minyoung !! aria ! tolong aku ! " jerit aerin . minyoung dan aria yang masih pengsan kesan daripada racun tadi dipandang .

" ma-mana aerin dan gaeul ?!! " soal aria , tangannya memegang perut yang masih terasa berbisa .

" T-tak mu-mungkin " kata minyoung tergagap - gagap . air matanya mula mengalir dengan deras .

" Kenapa ni minyoung ? " soal aria dan mula mengesot ke arah minyoung yang berada di sudut meja .

" m-mereka dit-tangkap . a-aku tak layak jadi -ket-tua " sambung minyoung esak tangis mula kedengaran . aria menepuk belakang minyoung beberapa kali .

" Kau ketua yang terbaik kami pernah ada . jangan risau , kita selesaikan masalah ini bersama " aria tersenyum nipis .

───────•••───────

" Permainan baru sahaja bermula tetapi kau sudah menyesal ? " soalnya , sepasang mata itu tidak lepas daripada rakaman cctv .

" sekarang , semua perempuan itu dah ada dalam tangan kita "

" Selamat datang ke neraka bangtan boys , sayang "

───────•••───────

❝𝐒.𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓❞ ❪✔❫Where stories live. Discover now