𝗗𝘂𝗮 𝗣𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗦𝗮𝘁𝘂

91 22 192
                                    

───────•••───────

───────•••───────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

───────•••───────

" ada hal penting ke ? " hyun menyoal sebaik sahaja dia sampai di bilik mesyuarat.

" Bangtan boys dah tukar tempat " kata yuha .

" Maksud kau ? " soal sooya , tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh yuha .

" tempat mereka di yongsan tu dah kena ceroboh , jadi mereka pindah ke port yang baharu " terang aerin , yuha menekan butang pada komputer dan terpapar peta yang mempunyai banyak titik merah.

" mereka berada di P36 " ujar aerin dan yuha serentak . Minuman yang berada di tepi disisip perlahan .

" Jadi , kita kena gerak ke sama malam ni ? " soal aria , setiap wajah mereka dipandang untuk mendapatkan jawapan .

" Ya , kalah tak buat malam ni , kemungkinan mereka akan lari dan kita tak dapat selesaikan kes ni sampai bila - bila " balas gaeul , aria mengangguk faham .

" Aerin dan yuha akan stay dalam kereta dan lihat pergerakan pengawal dan padam sistem keselamatan mereka termasuk cctv " Minyoung mula membahagikan tugas , ahli yang lain mendengar dengan teliti.

" Mereka simpan semua file dalam bilik penyimpanan , iaitu di bilik bawah tanah " ujar aerin .

" Yang masuk dalam bangunan tu nanti dua orang sahaja , aku dan aria " aria terkilan buat seketika . Perasaan takut mula menyebulungi diri .

" Seriusla minyoung ? tak akan aku dengan kau je ? gila ke apa ? " soal aria
tidak percaya , minyoung menepuk bahu aria beberapa kali lalu tersenyum.

" kes ini tak susah , jadi aku percaya kita berdua dapat selesaikannya " minyoung memberi semangat , aria mengangguk perlahan ,nafas dihembus berat.

" Habistu kita duduk dekat mana ? " soal sooya setelah lama berdiam diri .

" Kau dan gaeul  akan berada di rooftop . Sooya jangan lupa bawa alat memanah dan pistol untuk gaeul dan teropong " sempat aerin memberi peringatan .

"Hyun , kau akan berada di bangunan yang sama dengan sooya dan gaeul , cuma kau berada di tingkat bawah mereka  . Tugas kau untuk memastikan tiada siapa yang akan naik ke rooftop . Kalau ada , tembak " sambung yuha pula  .

" Mari mulakan misi "

───────•••───────

Minyoung dan aria masuk ke dalam bangunan , bangunan ini lebih besar daripada dahulu menyebabkan mereka sukar untuk mencari tempat yang ingin dituju.

selang beberapa minit , akhirnya mereka jumpa tempat yang dicari , mereka tersenyum riang .

" Berhenti ! " jerit aria , mematikan langkah mereka berdua

"  ada halangan dekat situ " aria mengambil spray yang berada dipoket belakang sebelum menyembur di seluruh kawasan itu . Laser halangan mula muncul.

" aria kau pergi dulu , tunggu aku depan pintu , nanti aku datang " ujar minyoung lalu berlari memanjat di atas almari besi , aria terdiam sebaik sahaja terdengar satu suara .

Minyoung mula melompat dan menendang kepala dua orang pengawal itu , spray pemedih mata diambil dan disembur ke arah mata pengawal itu menyebabkan mereka lari .

Zzap !

Dan untuk mengelakkan kehadiran mereka diketahui , minyoung melepaskan anak panah pada kedua - dua orang pengawal itu .

" Jom masuk " ujar minyoung , aria mengganguk perlahan dan mereka mula melepasi laser halangan itu bersama - sama

───────•••───────

" kau nampak apa - apa tak , gaeul ? " soal sooya , tangannya giat memasukkan anak panah pada alat memanah . Gaeul melihat sekeliling menggunakan teropong .

Gaeul kematian kata-kata , terkejut apabila melihat tiga orang daripada ahli kumpulan bangtan boys yang sedang berada di luar bangunan.

Yoongi , jungkook dan seokjin .

" sooya sini kejap , tengok apa yang aku nampak " sooya bergegas menuju ke arah gaeul ,teropong diambil dan dia melihat tiga orang ahli bangtan boys seperti yang dikatakan gaeul tadi.

" Suruh hyun tengok apa yang berlaku ! " arah sooya , dia mula memanah ke arah beberapa orang pengawal yang melihat kehadiran mereka .

Zzap ! zzap ! zzap !

" Hyun , serang mereka sekarang ! jangan sampai mereka tahu kehadiran kita " ujar gaeul , dia mendekatkan wajah pada jam tangan miliknya . Selepas itu pistol diambil dan dia mula menembak ke arah pengawal yang baru sahaja naik ke rooftop .

Bbang !

───────•••───────

Hyun mengambil shotgun lalu memfokuskan jarak pada bangunan di hadapan mereka .

Tujuannya adalah untuk mencederakan tiga orang ahli bangtan boys itu , senyuman sinis terukir  . akhirnya bangtan boys akan ditangkap !

Matanya ditutup sebelah , dia membetulkan jarak .lubang peluru dihalakan tepat pada mereka bertiga.

bbang !

Pelurunya tersasar ke atas , degupan jantung mula berdegup dengan kencang , nafas dihembus dengan laju , selamat mereka tidak perasan kewujudannya di situ.

Hyun mula menyorok apabila tiga orang ahli bangtan boys itu mula mencari orang yang ingin menembak mereka .

Hyun kembali untuk menembak , senyuman sinisnya hilang serta - merta apabila salah seorang darilada mereka sudah tiada .

" Hai , Bae hyunnie " tegur seseorang , hyun terkilan sebaik sahaja melihat wajahnya.pistol dihalakan tepat pada wajah hyun , lelaki itu tersenyum sinis.

Jeon Jungkook Federici .

" Sooya , gaeul ! tolong ak-aku !! "

───────•••───────

❝𝐒.𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓❞ ❪✔❫Where stories live. Discover now