Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
───────•••──────
Pada petang itu , ketujuh - tujuh agent pergi ke tempat yang diarahkan untuk berjumpa dengan jurulatih mereka merangkap sebagai agent yang mempunyai pangkat - pangkat tertinggi .
Gaeul , aria dan hyun duduk di dalam satu bilik , mereka menunduk hormat apabila tiga orang figura lelaki masuk ke dalam bilik sambil tersenyum sinis .
Siapa sahaja tidak kenal dengan mereka ini , penembak terhandal dalam kalangan agent . Oh sehun , Byun Baekhyun dan Na jaemin .
" Hai , saya pasti awak sudah kenal kami , tapi kami tetap akan memperkenalkan diri " ujar sehun , mereka mula mengenalkan diri .
" Seperti yang awak semua tahu , kami dipanggil untuk mengajar awak semua tentang menembak " kata baekhyun .
" Ikut kami " sambungnya lagi , mereka mula keluar dan menuju ke bilik latihan menembak .
Pelbagai jenis pistol dan senapang tersusun kemas pada dinding , jaemin memberikan alat keselamatan pada gaeul , aria dan hyun .
───────•••───────
" Pertama sekali , kami mahu lihat ketangkasan awak bertiga dalam menembak , Hyun awak boleh mula dulu " ujar jaemin , hyun pergi ke salah satu tempat untuk menembak .
Jaemin mula melihatnya dengan pandangan yang serius dibelakang .
Hyun mula mengambil posisi , baru sahaja dia mahu menembak , jaemin menegurnya .
" Hyun , sebelum nak menembak , pastikan lengan awak lurus , 180 darjah " jaemin merapatkan badannya pada hyun , dia memegang lengan hyun untuk membetulkan postur .
" Boleh mula "
Hyun memandang tajam ke arah papan menembak , kepalanya disengetkan sedikit , sebelah matanya ditutup rapat untuk melihat sasaran dengan teliti . Sasarannya adalah dikepala .
Gaeul , sehun , aria dan baekhyun hanya melihat dari belakang . Gaeul dan aria menghembus nafas beberapa kali untuk menghilangkan perasaan gementar .
Bang ! bang !
Hyun mula menembak , jaemin memandang ke arah televisyen untuk melihat ulangan tayangan tembakan hyun .
Terlepas .
" Tembakan awak terlepas , ulang lagi "
bang ! bang !
" lagi ! " jaemin mula menjerit , nada suaranya kedengaran sungguh tegas , wajahnya yang tersenyum hilang serta merta .
Hyun menghembus nafas beberapa kali , dia kembali mengambil posisi dan menembak . Dan dia gagal buat kali yang kelima .
" Tengok saya buat " ujar jaemin , pistol diambil daripada tangan hyun .