𝗟𝗶𝗺𝗮 𝗕𝗲𝗹𝗮𝘀

114 22 154
                                    

───────•••───────

───────•••───────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

───────•••───────

" ada apa puan panggil kami ? " soal aria , mereka mula berdiri di hadapan seorang perempuan .

" Duduk dulu " ujarnya dengan nada kosong , mereka dapat merasakan aura yang agak menyeramkan . Seolah - olah dia sedang marah .

" Saya dengar awak semua batalkan misi semalam sebab sesetengah daripada awak semua tercedera , betul ? " soalannya dibalas dengan anggukan .

" B-betul puan " balas minyoung dengan nada gementar .

Dush !

Mejanya dihentam kuat , wanita itu mula memandang setiap seorang daripada mereka dengan pandangan yang tajam dan menyeramkan .

" Aku nak tanya , korang ni agent ke ? betulkah korang semua rancang strategi yang betul ? Aku rasa korang tak layak digelar agent kalau berita tentang ahli tercedera dan mati pun korang dah menangis dan terus batalkan misi ! " wanita itu mula menjerit .

Nama wanita itu ialah Hong Suzu , dia adalah ketua special agent . Suzu adalah ketua yang dilantik oleh Tuan Lee untuk menguruskan semua agent .

Hong Suzu amat digeruni oleh semua agent disebabkan perwatakannya yang tegas , serius dan tidak pernah senyum .

Dia akan memecat sesiapa sahaja yang tidak melalukan tugas dengan betul . Sebagai contoh , situasi sekarang .

Tapi disebabkan Tuan Lee telah memilih mereka bertujuh sebagai agent yang melakukan misi menangkap bangtan boys , dia tidak dapat berbuat apa - apa .

" Tak kesahlah kawan kau ke keluarga kau mati , kau kena teruskan misi walau apa pun berlaku . Faham tak ?! " sergahnya buat kali kedua .

" f-faham p-puan ! " balas mereka serentak , air liur ditelan perit .

" aku nak korang berjaya dalam misi ni . Kalau tak , jangan gelar diri korang tu agent . Sebab korang tak layak dan korang akan malukan nama agensi kita " katanya dengan nada amarah . Perasaan geram yang berputik dalam hati ketujuh orang ahli itu hanya mampu dipendam .

───────•••───────

" aku tahu kenapa mereka takut dengan puan suzu " kata - kata aerin dibalas dengan anggukan .

" Betul tu , tambah pula kejam . Tak semestinya dia ketua dia boleh hemburkan kata - kata macam tu " ujar hyun dengan amarah , geram dengan perangai ketua mereka yang keras kepala .

" walau apa pun , kita kena buktikan pada dia yang kita akan berjaya " kata yuha .

" Betul tu , kenapa kata kita tak layak sedangkan dia juga pernah gagal lakukan misi ? " gaeul tertawa sinis seraya menggeleng kepalanya perlahan .

" Dah , mari kita buat strategi " arah sooya , mereka mula berkumpul .

───────•••───────

───────•••───────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

───────•••───────

❝𝐒.𝐀𝐆𝐄𝐍𝐓❞ ❪✔❫Where stories live. Discover now