Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
───────•••───────
ddang ! ddang !
Kaki katil ditendang kuat , menganggu hyun yang sedang lena dibuai mimpi .
" Kau nak apa , bongok ? " soal hyun dengan nada amarah yang cuba untuk dikawal .baru sahaja dia ingin merehatkan diri sudah disuruh untuk bangun .
Hyun langsung tidak dapat tidur akibat jungkook yang mengacaunya sehingga pagi .
" Hyun sayang , bangun "panggil jungkook lembut sebaik sahaja masuk ke dalam bilik,hyun terkejut sebaik sahaja melihat badan jungkook yang mempunyai otot itu .
" p-pakai baju kau ! " jerit hyun , pipinya mula kemerahan manakala jungkook hanya tersenyum sinis dan mula menghampiri hyun yang menutup mata.
" kau malu , atau suka ? hmm ? " bisikan jungkook membuatkan bulu roma hyun mula menegak . Hyun menendang jungkook perlahan menyebabkan lelaki itu mula tertawa kecil.
Makanan yang dipesan sebentar tadi diambil . Jungkook melabuhkan punggung di atas katil bersebelahan hyun . senyuman nipis diberikan sebelum dia mula menyuakan makanan pada hyun yang memandangnya pelik .
" kau lapar kan ? makan ni lepastu kau boleh tidur , atau kau nak sambung hal semalam ? " soal jungkook , perkataan semalam ditekan .
" kau tak ingat ke ? kau suruh aku puaskan kau semalam ? " jungkook mula berbisik dengan nada romantis sebelum bangun .
" aku gurau je , kau nak makan ke tak ni ? " sambung jungkook seraya tersenyum , wajah hyun yang kemerahan amat memuaskan hatinya . seronok pula menyakat gadis itu .
Hyun memandang jungkook tajam sebelum pandangannya beralih kepada bibimbap daging yang terletak di atas meja kecil .
" Tak , aku tak lapar " kata hyun , dia mula memaki dirinya sendiri . sekali lagi jungkook tertawa apabila perut hyun mula berbunyi dengan kuat .
" Jangan sombong , bae hyunnie . kau lapar jadi aku suapkan sebab aku tak akan buka rantai besi itu " ujar jungkook dan kembali duduk di tepi hyun . Mangkuk bibimbap diambil dan menyua makanan itu pada mulut hyun .
hyun akhirnya mengaku kalah disebabkan perutnya yang kosong , suapan demi suapan dan akhirnya mangkuk itu licin .