Izznur Sofea seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan dan cabaran hidupnya. Hatinya telah mati dengan insan yang bernama lelaki. Tanpa Rayyan dan Risya, kedua permata hatinya. Tak mungkin dia boleh bertahan hidup di dunia ini.
"Inilah tempat aku cari makan selama ni, Am. Dah bertahun aku buka. Alhamdulillah. Selamat datang ke studio buruk aku. Harap kau selesa kerja dekat sini." Jelas Fawwaz sambil tersenyum. Daniel membalas dan mata helangnya ralik memerhati dekorasi di studio gambar Fawwaz. Serba hitam dan putih. High taste juga si Fawwaz ni.
"Buruk kau kata? Cantiklah ni. Besar juga studio kau, ye? Idea siapa yang deko semua ni?" Mata Daniel menatap ke sebuah potret gambar sebuah keluarga. Setiap dinding pasti akan dihiasi bingkai-bingkai gambar. Sebagai bukti itu jasil kerja mereka. "Idea aku lah. Pastu ada minta diorang ni tolong bagi idea. Idea pakai bedal je ni. Takde tema apa-apa." Fawwaz tergelak.
"Ok lah tu. So, kiranya termasuk aku. Pekerja kau semua sekali dalam enam orang macam tu lah?" Soal Daniel. Fawwaz mengiakan. Sebentar tadi Fawwaz sudah memperkenalkan dia kepada pekerja-pekerja yang lain. Saiful turut ada di studio itu. Fawwaz sudah memberi kerja yang harus dilakukan oleh abangnya. Kerja Daniel senang saja. Hanya membantu mereka apa yang patut kerana dia tiada asas dalam bidang fotografi.
Dia mahu tengok prestasi Daniel macam mana. Dia mahu Daniel belajar dari bawah. Lepas ni, baru boleh dia mengajar Daniel soal pengurusan ataupun berjumpa dengan pelangan pula. Mulai hari ini, Daniel akan bekerja dengannya dan Daniel juga akan tinggal serumah dengan Fawwaz dan Saiful. Daniel bersetuju kerana dia memang tiada tempat tinggal lagi.
"Kau tak payah buat apa lagi untuk hari ni. Sesuaikan diri dulu. Kalau bosan, pergilah sembang-sembang dengan diorang. Aku nak keluar kejap tau." Daniel mengangguk. "Ril..." Pantas Fawwaz berpaling ke arahnya. "Terima kasih bagi aku kerja sini. Aku janji aku akan balas jasa kau." "Takde apalah. Hal kecil je ni. Aku tolong kau hari ni, nanti kau pula tolong aku. Dah lah, aku gerak dulu."
Fawwaz menepuk lembut bahu Daniel sebelum melangkah keluar. Hari ini dia mahu berjumpa dengan Sofea dan Rayyan. Dia mahi bawa dua beranak itu keluar bersiar-siar. Sudah lama, mereka tidak meluangkan masa bersama. Fawwaz berdoa dalam hati semoga urusannya hari ini dipermudahkan.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Ayahhhhhhh!!!!" Terkedek-kedek Rayyan berlari mendapatkan Fawwaz. Fawwaz juga begitu, pantas saja dia memeluk tubuh genit itu rapat ke dadanya. Pipi comel Rayyan dicium bertalu-talu. Rayyan mengekek ketawa. "Anak ayah apa khabar? Sihat tak? Kenapa makin bulat ayah tengok ni?" "Sihat... Abang sihat la, abang makan banyak-banyak. Abang nak cepat besar lepas tu abang boleh jaga mama. Abang boleh jaga ayah."
Jelas Rayyan panjang lebar. "Iya? Abang nak jaga ayah? Alhamdulillah, bagusnya dia. Macam nilah anak ayah. Mama mana?" Soal Fawwaz lagi. Tak sabar-sabar mahu bertentang mata dengan Sofea. "Mama tengah pakai tudung. Jom lah masuk dulu, yah. Panas ni, nanti kulit ayah hitam terbakar." Rayyan meniru gaya bercakap mamanya di akhir ayat itu.
"Amboi.. Kenapa kalau ayah hitam pun. Tak handsome ke nanti? Haaa... Haaa?" Fawwaz menyerang Rayyan dengan menggeletek perut anak kecil itu. Rayyan menjerit sambil ketawa. "Ampun... Ampun, ayah. Abang minta maaf." Fawwaz masih lagi dengan usiknya. Tiba-tiba... "Ehem... Ehem..." Bunyi berdehem itu membuatkan Fawwaz dan Rayyan cepat-cepat berpaling dan zasss.....
"Sayang...." Fawwaz terpaku melihat kecantikan Sofea yang bergaya dengan kimono kurung pada hari itu. Sofea nampak cantik sangat membuatkan dia menelan liur berkali-kali.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.