Bab 87

10.5K 348 13
                                        

Alhamdulillah, dengan satu lafaz Fawwaz Nazril kini bergelar suami kepada Ainnur Sofea. Seakan mimpi dia sedang berjabat tangan dengan kadi disaksikan dengan orang ramai. Masih terasa lagi sentuhan bibirnya apabila mencium dahi wanita yang kini sudah pun bergelar isterinya. Senyuman tak lekang di bibir Fawwaz, begitu juga dengan Sofea.
“Okay, senyum.... One, two, three..." Biasan dari lensa kamera dihalakan ke arah mereka oleh salah seorang dari pekerja Fawwaz yang merangkap photographer mereka hari ini. Dia berusaha menjalankan tugas buat pasangan mempelai itu dengan sebaik mungkin.

Fawwaz memeluk pinggang Sofea rapat, dibuang terus rasa kekok di dalam dirinya. Berdebar juga menyentuh tubuh wanita yang baru saja bergelar isterinya itu. Tambah-tambah dengan ada orang ni.  Ketika itu mereka berada di luar perkarangan masih untuk sesi photoshoot akad nikah. Sofea melayan saja kerenah Hadi dan Fawwaz. Pelbagai gaya romantis yang dibuat untuk menjadikan satu kenangan yang terindah. Fawwaz memang pandai bergaya dan kreaktif, mungkin sudah terbiasa menyuruh model-modelnya melakukan gaya macam-macam. Kini tiba gilirannya pula untuk beraksi.

“Kenapa? Malu ke?" Soal Fawwaz tatkala melihat wajah Sofea yang agak berkerut itu.
“Bie tu... Peluk sayang kuat sangat. Nak bernafas pun tak boleh." Fawwaz ketawa, serentak dia merenggangkan pelukan.  Dahi Sofea dicium.
Sorry, sayang. Sakit, eh? Ermm... Nasib tak patah pinggang isteri saya ni.." Bicara Fawwaz dengan romantis. Sofea tersenyum malu. Sesi penggambaran diteruskan lagi. Tiba-tiba, pandangan mata Fawwaz tertatap pada satu tubuh yang dia sangat kenal walaupun orang itu seakan bersembunyi dari pandangannya. Fawwaz membisikkan sesuatu kepada Sofea dan menyuruh Hadi memberhentikan kerjanya buat seketika.

Lantas, Fawwaz melangkah perlahan ke arah sudut masjid menghala ke arah figura tadi. Dia menarik nafas dalam menenangkan diri.

 Dia menarik nafas dalam menenangkan diri

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

“Assalamualaikum..." Fawwaz memberi salam. Serentak susuk tubuh dari menunjukkan diri. Dia menjawab salam yang diberikan oleh Fawwaz. Melihat wajahnya yang pucat tanda takut membuatkan hati Fawwaz tersentuh.
“Nazril... Tolong jangan marah ayah, nak. Ayah minta maaf sebab curi-curi datang ke majlis kamu. Ayah... Ayah teringin nak tengok kamu dinikahkan kamu dengan isteri kamu." Entah kenapa Fawwaz rasa air matanya bergenang saat ini. Cepat berpaling ke arah lain. Takut orang tua itu perasan dia mahu menangis.

“Ril.... Ayah tahu Ril tak suka ayah da... Datang sini. Kalau Ril tak suka ayah datang. Ayah boleh balik." Sayu sekali suara itu berkata. Fawwaz menggigit bibirnya kuat. ‘Ya Allah... Kenapa hati aku sakit sangat sekarang ni? Perasan apa ni?'
“Minta maaf sebab tak beritahu saya bernikah hari ni." Balas Fawwaz perlahan sambil memandang ke bawah.
“Takpe, nak. Ayah tak kisah. Ni pun, pembantu ayah nampak Am post dekat instagram dia gambar Ril tengah akad nikah. Itu yang terus ayah ke sini. Ril... Ayah minta maaf. Ayah tahu Ril masih marahkan ayah, cuma ayah nak beritahu. Ayah tak kan pernah putus asa untuk cuba mendapatkan kemaafan dari Ril. Ayah yang memang berdosa dengan Ril, dengan mak. Ayah harap sangat Ril maafkan ayah..."

Tan Sri Iskandar mendekati tubuh Fawwaz.
“Selamat pengantin baru, nak. Ayah harap Ril bahagia di sisi isteri Ril. Nanti dah ada anak, jaga zuriat tu baik-baik. Ja... Jangan ikut perangai ayah..." Bersama linangan air mata, Tan Sri Iskandar menghulurkan tangan ke arah Fawwaz. Dia mahu terus pulang selepas itu. Dia tidak mahu merosakkan majlis ini dengan kehadirannya. Fawwaz memandang lama wajah Tan Sri Iskandar dengan satu rasa yang berat. Salam yang dihulurkan tidak disambut, sebaliknya dia terus memeluk tubuh Tan Sri Iskandar erat. Dia menangis di bahu lelaki itu.

LARA SOFEA {Complete}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang