"Abang, ini siapa?" tanyaku lalu melempar gambarnya bersama seorang wanita dan mereka kelihatan mesra sangat
"Kawan" jawabnya sepatah
"Tak mungkin kawan abang sampai berpeluk lengan bagai!! Bagus abang cakap betul-betul" kataku tegas seraya menjeling tajam ke arahnya
Aku tahu Daniel dah banyak berubah dan aku perasan yang dia selalu dingin dengan aku dan lagi teruk dia pernah menengking aku
Dia sekadar diam dan melayan telefonnya tanpa menghiraukan aku yang dalam keadaan panas hati
Aku terus merampas telefonnya lalu melemparkan ke arah dinding
"Kau dah kenapa?!! Otak kau tak berfungsi ke apa?!!" tengking Daniel
"Abang!! Tell me the truth now!!" suaraku naik seoktaf
"Kau mahu tahu sangat kan?!! Dia isteri aku dan merangkap madu kau!!" Tengking Daniel
Aku terkedu dan kata-katanya terus menusuk ke hatiku... Aku tak sangka lelaki di hadapan aku curang
Aku terduduk dan menahan sebak di dada... Aku memandangnya dan dia setakat menunjukkan muka yang tidak bersalah... Adakah lelaki di hadapanku ini sekarang manusia atau syaitan?
"Kenapa abang lakukan saya begini? tak cukup ke cinta yang saya berikan kepada abang? ataupun disebabkan saya tidak mengandung?" kataku gagap sambil air mata mengalir dari mata
Daniel sekadar diam
"Kenapa abang?!! saya ni tak cukup cantik ke? ataupun perempuan yang abang kahwin tu mengandukan anak haram!!" jeritku
Daniel terus menampar aku dengan kuat hingga menyebabkan bibirku luka... Aku menahan amarah yang makin membuak serta kecewa yang semakin menggunung
Aku ketawa sinis dan memandang dia tajam
"Kau jangan sesekali hina isteri aku!! dulu memang aku cintakan kau sekarang cinta tu dah hilang" Kata Daniel
Kata-katanya cukup membuat hatiku retak dan aku meluru ke arahnya lalu menampar dia
"Kau memang gila Daniel Darwish!! semudah itu kau cakap sedangkan aku masih cintakan kau separuh mati!" tengkingku
"Memang aku gila!! mulai esok Farah akan tinggal disini dan kau boleh berambus dari rumah aku" tengking Daniel
Sah!! memang sah Tengku Daniel Darwish ada sakit mental!! Aku ketawa sinis
"Aku takkan keluar dari rumah ni selagi aku masih sah sebagai isteri kau" kataku sinis
"huh! aku akan pastikan dalam masa terdekat ni aku akan ceraikan kau, Bella Ayana" Kata Daniel lalu berlalu naik ke atas
Manakala aku bagaikan terkaku apabila dia cakap cerai... Aku meraup kasar mukaku dan menyebabkan aku menangis lagi
"Dasar suami tak guna!!" jeritku lantang
Siapa suka untuk bekongsi kasih sayang dengan suami? Siapa tak kecewa bila suaminya kahwin tanpa pengetahuan? semestinya kecewa begitu juga dengan aku
Azan Maghrib kedengaran dan aku terus naik untuk menunaikan solat... Dulu aku solat berimankan suami sekarang aku solat secara sendirian
Jomlah support cerita author ini 😌
Sorry kalau ayat agak tak matang sbb author sendiri tak matang😂😂
Sorry kalau bab 1 ni awal-awal dah ada scene gaduh😜 tetiba telintas di benak fikiran author😝
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
General Fiction[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...