Hazim dan Edward hanya memandang Ryan dengan sayu. Dia tahu sangat yang Ryan amat bersedih selepas apa yang berlaku semalam. Mereka juga tak sangka bahawa Bella akan mengambil tindakan yang di luar jangkaan
"Sabarlah, Ryan. Aku tahu yang adik kau kuat orangnya. Dia mesti akan sedar" kata Edward bagi menenangkan Ryan
"Kalaulah dia tak selamatkan aku, mesti aku yang akan kena tembak. Sepatutnya aku yang terkena tembakan tersebut bukan dia" kata Ryan dengan sayu
Hazim terus sahaja menepuk dengan kuat bahu milik Ryan. Ryan menjerit kesakitan apabila dipukul dengan kuat
"Mulut kau ni memang nak kena cili oleh aku. Sudah takdir jadi kita tak boleh buat apa-apa"
Ryan hanya memdiamkan diri sahaja. Apabila dia teringat kembali kejadian tersebut, memang sayu sahaja hatinya
Flashback
BANG!!
Ryan terkejut apabila melihat tembakan tersebut di depan matanya. Jelas kedengaran terdapat dua tembakan dilepaskan pada masa yang sama
Ryan dengan pantasnya menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat Bella tersenyum kelat sebelum dia jatuh pengsan
"Ya Allah! Bella!"
Ryan segera meletakkan kepala Bella pada pahanya. Dia menepuk perlahan pipi Bella tetapi tiada langsung gerak balas
Hazim, Edward dan beberapa pihak polis turut terkejut apabila tembakan yang dilepaskan pada masa yang sama
Pihak polis segera menuju ke arah Dalisha lalu menahannya. Dalisha pula sudah ketawa seperti orang gila
"Bella dah mati ke? Padan muka betina tu! Aku harap dia mampuslah secepat mungkin" kata Dalisha sambil ketawa
"Perempuan tak guna!" tengking Ryan
Baru sahaja dia hendak mendekati Dalisha, Hazim dan Edward terus sahaja menahan Ryan
"Sabar bro. Daripada kau layan perempuan tu, bagus kau ikut adik kau dibawa ke hospital. Biar kami urus hal ni" kata Hazim
Ryan hanya mengangguk sahaja. Sebelum dia berlalu, Ryan sempat berkata kepada Dalisha
"Jangan ingat kau takkan terlepas, Dalisha. Aku akan pastikan kau akan meingkuk di penjara selama-lamanya. Ingat kata-kata aku ni" kata Ryan sebelum berlalu dari situ
"Aku tak takutlah! Aku ada peguamlah!" jerit Dalisha dengan lantang
Ryan hanya memekkakan telinganya laku segera masuk ke dalam ambulans. Ryan melihat adiknya dengan pandangan sayu
"Tolong bertahan, Bella. Abang yakin Bella kuat" kata Ryan lalu menggengam dengan erat tangan milik Bella
Air mata Ryan jatuh dan Ryan berasa sedih sangat. Semua berlaku dengan pantas sekali
'Ya Allah, selamatkankah adik aku'
End of Throwback
"Kau sudah beritahu ke pasal ni dekat keluarga kau?" tanya Edward
"Sudah dan dorang on the way pergi sini" kata Ryan
Kedengaran pintu wad dibuka dan kelihatan Datin Liya dam Dato' Fakrul masuk ke dalam. Edward dan Hazim terus sahaja meminta diri untuk keluar
Setelah mereka berdua keluar, Datin Liya terus sahaja menuju ke arah Bella. Sungguh hatinya rasa sakit sangat apabila melihat anaknya terlentang di katil
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
General Fiction[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...