βαβ 32

6.8K 194 14
                                        

Nah another update kepada para readers muahh❤

"Sayang bukalah pintu ni. Itu bukan seperti apa yang sayang sangkakan. Let me explain" rayu Daniel

Aku mengendahkan ketukan dan panggilan daripada Daniel. Hati aku lagi sakit bila teringatkan kejadian yanh berlaku tadi. Sampai hati dia buat aku begini

Air mata kembali mengalir. Bila kita tak mampu berkata, air mata sahaja mampu mengungkapkan perasaan kita, betul kan?

Throwback

Ketika aku ingin turun ke bawah, pintu bilik tetamu terbuka luas. Aku sudah mulai berasa pelik. Kenapa Farah buka pintu biliknya luas?

Aku masuk ke dalam bilik tersebut.
Tak salah kan kalau pemilik rumah masuk ke dalam bilik tetamu?

Aku melihat keadaan bilik tersebut. Gelap semacam. Aku segera masuk ke dalam bilik tersebut dan cuba mencaru kelibat Farah. Ketika aku mencari kelibatnya
, aku ternampak 2 bayangan manusia di sebalik langsir

Bukan hantu okay tapi manusia. Jangan salah faham hehehe

Aku mendekati langsir tersebut dan aku segera menarik langsir tersebut. Nak tercabut jantung aku nampak 2 orang manusia tu. Kemarahan aku ni hampir meletup melihat keadaan mereka

Daniel dan Farah sedang berpelukkan dan lagi teruk hampir sahaja mereka kiss!! Nasiblah tergerak hati aku masuk bilik ni. Kalau tak, mesti dorang buat lebih ni

Daniel dan Farah terkejut melihat kehadiran aku. Daniel segera merapati aku tetapi aku segera menjauhkan diri. Aku memandang Farah dengan tajam tapi dia hanya mampu menundukkan kepala

"Wow! I kagum dengan korang berdua dan terutama you Farah. You baru sehari menetap tapi dah keluarkan perangai syaitan you" sindirku

Aku mengalihkan pandangan ke arah Daniel. Aku segera menamparnya dan air mata terus mengalir. Sungguh Daniel sangatlah melampau!

"Awak memang jantan tak gunalah! Saya benci awak!" jeritku lalu segera keluar dari bilik tu

Panggilan Daniel aku mengabaikan sahaja. Sakit hati ni memang parah

Bila kita sudah mempercayai dia, dia dengan sekelip mata hancurkan kepercayaan kita

End of Throwback

Aku membuka pintu bilik. Hampir 2 jam jugalah aku berkurung untuk menenangkan perasaan sakit hati. Aku memandang Daniel dengan tajam. Baru sahaja dia ingin memeluk aku, aku segera menolak badannya dengan kasar

"Awak jangan nak peluk saya bagai"

"Sayang, abang boleh jelaskan. Abang tak sengaja! Farah letak ubat khayal dalam minuman abang sebab itu abang tak sedar apa yang abang buat" jelas Daniel

"Ubat khayal? Saya tengok keadaan awak dengan Farah macam okay je. Macam abang rela je dia sentuh abang" kata-kataku membuatkan Daniel terdiam

Aku tersenyum sinis. Aku mendekatinya

"Awak memang suami tak guna. Saya ingat awak akan berubah tapi saya salah. Awak masih dengan perangai tak senonoh awak"

Jelas sangat bahawa aku sangatlah kecewa dengan Daniel. Takkan dia tak tahu beza baik dan buruk?

"Baiklah. Abang mengaku memang abang peluk dan Farah yang mulakan dulu dan abang memang-" aku segera memotong kata-katanya

"Kenapa awak tak tolak dia? Kenapa awak biarkan dia sentuh awak? Kenapa awak biarkan dia sentuh hak saya? Jawab soalan saya"

Daniel hanya mampu menunduk. Dia tak tahu bagaimana nak jawab soalan isterinya. Dia tahu yang isterinya betul-betul kecewa dengan sikapnya

Melihat keadaan Daniel yang hanya diam tak berkutik, Aku segera turun ke bawah dan menuju ke bilik Farah. Perempuan tu harus keluar dari rumah ni!

Farah kelihatan terkejut dengan kehadiran aku. Aku segera menarik lengannya

"Mulai sekarang, you boleh berambus dari rumah ni. Dasar perempuan murahan dan tak kenang budi! Kalau I tahu benda ni akan jadi, Dah lama I biarkan you mati kesejukan semalam" jerkahanku cukup membuat Farah ketakutan

Aku segera turun ke bawah manakala Farah meronta-ronta minta dilepaskan. Aku makin menguatkan cengkaman di lengannya

"I minta maaf, Bella tapi suami you yang tiba-tiba masuk bilik I. I tak goda suami you tapi dia yang goda I. Janganlah halau I, Bella" rayu Farah

Aku segera menolak dia keluar dari rumah. Aku mendekatinya lalu mencengkam dengan kuat mukanya

"Bella Ayana!" jerit Daniel

Daniel segera mendekati kami lalu menolak aku dengan kasar. Aku tergamam dengan tindakannya. Semakin sakit hati aku apabila melihat Daniel memeluk Farah. Dah tak tahu beza haram dengan halal ke?

"Kalau sayang marah pun, jangan libatkan Farah. Ini masalah kita bukan dia"

Aku ketawa sinis

"Masalah kita? Memang masalah kita pun tapi perempuan tak guna ni juga yang termasuk dalam masalah tu. Masalah kecurangan" kataku dengan sinis

"Jangan cakap dia perempuan tak guna, Bella. Dia ada nama jadi tolonglah hormat dia sedikit" kata Daniel

"Hormat? Kalau dia hormat saya, saya pun akan hormat dia tapi saya sudah hilang kehormatan dengan dia" kataku lalu masuk ke dalam

Lantak doranglah nak buat apa di luar. Aku segera masuk ke bilik. Aku menyandarkan tubuhku ke pintu. Air mata semakin mengalir dengan deras. Perlahan-perlahan badanku melorot ke bawah

Ya Allah, sakitnya hati ni. Aku segera memegang perutku. Aku hanya mampu tersenyum nipis

'Mummy janji akan jaga kandungan ni dengan baik. Mummy harap baby baik-baik sahaja dala kandungan ni'

Suprise!! Akhirnya, Bella mengandung juga😀

Okay tak bab ni? Saya harap okaylah hehehe❤ Makin bencilah pula saya sama Farah😂

Okaylah bye!!!

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang