"Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan perkahwinan tu takkan berlaku, Daniel. Mark my word and I will make sure it happen"
Kata-kata daripada Faris bermain di fikirannya seperti kaset yang telah rosak
Rambut diraup dengan kasar lalu dengusan geram kedengaran dari mulut sendiri. Dia menyumpah seranah Faris apabila dia bercakap sebegitu
Adrian yang melihat Daniel seperit orang gila sekadar menunjukkan muka menyampah
"Kau ada masalah ke? Aku tengok kau macam orang gila pu ada juga" kata Adrian bagi memulakan perbualan mereka
Daniel memandang Adrian yang kelihatan menyampah dengan dirinya. Keluhan terbit daripada mulut Daniel
"Aku risaulah pasal perkahwinan aku"
Adrian sudah menayangkan muka menyampah lagi. Benda ini juga mereka akan bercakap setiap kali mereka bertemu
Sakit hati betul!
"Kenapa lagi kau nak risau? Kau akan berkahwin tak lama lagi dan tak perlu risaulah" kata Adrian bagi menenangkan Daniel
"Kau tak fahamlah dengan apa yang aku rasa sekarang ni!"
"Macam mana aku nak faham kalau kau langsung tak beritahu cerita sebenar?!"
Daniel mengeluh lalu menceritakan segelanya kepada Adrian. Adrian pula mengangguk seperti burung belatuk mendengar setiap kata-kata Daniel
"Itu je?"
Daniel pula rasa nak lempang je muka Adrian dengan kuat. Dia bercerita panjang lebar dan bersungguh-sunggu tapi Adrian balas 2 ayat je?
"Itu je kau balas? Kau tahu tak yang Faris cakap begitu dengan serius! Aku takut yang dia betul-betul akan ganggu perkahwinan aku"
Adriam memandang Daniel yang kelihatan risau sangat
"Kau jangan risau sangat. Aku yakin benda tu takkan berlaku tapi kalau ia berlaku sekalipun, itu merupakan takdir" kata Adrian
"No way?! Aku tetap akan pastikan perkahwinan tu berjalan dengan lancar" kata Daniel lalu segera keluar dari pejabat Adrian
Adrian mengeluh melihat sikap Daniel yang kian berubah. Ini bukan Daniel yang dia kenal sebelum ini
Deringan telefon kedengaran di cuping telinga. Adrian segera mengeluarkan telefon di poket seluarnya dan keningnya bekerut apabila private number yang sedang call
"Hello..."
××××××
A
ku melihat Laura sedang menyiapkan kerja rumahnya dengan tekun sekali. Aku mengusap rambutnya dengan perlahan
"Mummy..."
"Kenapa?"
Laura menunjukkan ke arah telefonku yang berdering. Aku segera mengambil telefon dan terangkat keningku melihat nombor yang tidak dikenali
"Mummy jawab dulu call ni dan nanti mummy masuk"
Laura sekadar mengangguk sahaja
Aku terus sahaja keluar dari bilik Laura. Butang warna hijau aku seretkan ke tepi untuk menjawab panggilan tersebut
"Siapa ni?" terus sahaja aku berkata tanpa memberi salam
"Assalamualaikum, Bella! Ini Faris"
"Waalaikumsalam. Macam mana awak dapat nombor saya ni?"
"Macam mana saya dapat nombor awak tak penting tapi saya nak beritahu benda yang lagi penting dan ia melibatkan kehidupan awak"
![](https://img.wattpad.com/cover/199864363-288-k79839.jpg)
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Fiction générale[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...