βαβ 36

7.1K 191 28
                                    

Nah double update untuk semua!

-Unknown Number
Datang sekarang ke kondonium Daniel

-You
Kenapa pula? Aku tak kenal kau pun dan kau suka hati mak bapa kau je suruh aku datang ke kondo Daniel tengah malam ni

-Unknown number
Datang jelah! Nanti kau akan tahu perkara sebenar kenapa dia menghilang selama 1 minggu

Selepas mendapat alamat kondo Daniel, aku masih lagi berfikir. Nak pergi ke tidak? Kalau aku pergi, betul ke aku dapat tahu perkara sebenar?

Pergi jelah. Aku bersiap seringkas yang mungkin. Aku segera turun ke bawah lalu menuju ke bilik Pak Akil. Aku mengetuk beberapa kali sebelum tersembul kepala Pak Akil. Berkerut dahinya melihat aku

"Kenapa puan?" tanya Pak Akil

"Boleh tak Pak Akil tolong saya hantar ke alamat ni?" kataku lalu menunjukkan alamat rumah yang aku tulis di kertas

"Tak boleh ke pergi esok pagi? Lagipun dah tengah malam ni" kata Pak Akil

"Bolehlah Pak Akil. Tolonglah saya sebab ini kondo suami saya. Saya rindu sangat dia" kataku sambil menayangkan muka simpati

Pak Akil hanya menggelengkan kepala melihat Bella yang minta simpat. Macam budak-budak

"Tunggulah Pak Akil di luar. Pak Akil bersiap dulu"

"Terima kasih, Pak Akil! Sayang Pak Akil ketat-ketat" kataku lalu segera menunggunya di luar rumah

Pak Akil tersengih melihat kelakuan Bella. Dah nak jadi ibu pun perangai masih kebudak-budakan

♥♥♥♥♥♥

"Betul ke ni tempatnya, Pak Akil?" tanyaku apabila melihat bangunan mewah di depan mataku

"Di sinilah tempatnya, puan. Pak cik GPS pun tunjukkan arah ke sini" kata Pak Akil sambil bergurau

Aku hanya tersengih mendengar gurauan Pak Akil. Aku segera keluar dari kereta lalu dengan lafaz bismillah aku masuk ke dalam bangunan tersebut

Aku segera masuk ke dalam lif lalu aku segera menekan butang tingkat 20. Setelah beberapa minit, Aku segera keluar dari lif. Aku mengambil telefonku apabila berdering dan terdapat mesej dari nombor yang sama

-Unknown number
Sekarang, kau pergi kondo yang bernombor 2030. Di situlah kondo suami kesayangan kau. Aku harap kau bersabar eh?

Aku segera mencari kondo Daniel

2028, 2029, 2030...

Aku berdiri di hadapan kondo seperti yang diberitahu. Perasaan gementar memenuhi diriku. Aku segera mengetuk pintu dan aku menunggu orang yang membuka pintu tersebut. Aku ketuk banyak kali sampai naik lenguh juga tangan aku ni

Aku cuba memulas tombol pintu tapi yang peliknya tidak berkunci. Aku mendengus dengan geram. Ingatkan berkunci rupanya tak. Aku segera masuk ke dalam kondo tersebut

Aku melihat sekeliling

Bersih macam tiada langsung penghuni rumah. Aku cuba melihat ruang tamunya tetapi tiada langsung kelibat Daniel. Lampu berpasang tapi orang tiada

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now