βαβ 34

6.8K 185 11
                                    

"Sayang" panggil Daniel

"Jangan panggil sayang kalau awak tak sayangkan saya"

Daniel menghela nafas. Sejak kebelakangan ni, isterinya semakin dingin dengannya. Mungkin salah dia sebab memberitahu hasratnya untuk berkahwin dengan Farah. Tapi, salah ke dia nak bantu Farah?

"Sayang-" kata-katanya sekali lagi dipintas oleh Bella

"Jangan panggil saya sayang kalau awak tak sayangkan saya. Selagi Farah belum berambus dari rumah ni, jangan harap awak nak bercakap dengan saya" kataku dengan kasar

Baru sahaja aku ingin berlalu, Daniel segera memeluk aku. Tangannya perlahan-lahan turun ke perutku lalu diusapnya. Aku hanya membiarkan sahaja dia mengusap perutku

"Dah berapa bulan, sayang?" soalan Daniel membuatkan aku tergamam. Macam mana dia tahu aku mengandung?

Daniel menunjukkan gambar kandunganku yang baru sahaja masuk 2 bulan. Aku hanya mampu menundukkan kepala

"Kenapa sayang tak beritahu abang yang sayang ada check-up? Sayang tahu tak yang abang sangat gembira bila dapat tahu sayang mengandung. Dah lama abang tunggukan saat ni" kata Daniel lalu mengucup ubun-ubun kepalaku

"Maafkan sayang sebab rahsiakan kandungan ni daripada abang. Sayang takut abang akan buat perkara yang bukan-bukan"

"Kenapa fikiran sayang terlampau jauh ni? Abang takkan sesekali buat perkara yang bukan-bukan terutama dengan sayang dan baby dalam perut ni"

Aku berasa sangat terharu. Aku segera memeluknya kembali. Air mata mengalir kerana rasa seperti dihargai walaupun Daniel telah banya kali melukai aku tapi everybody deserve second chance, kan?

Daniel hanya mengusap belakang Bella. Dia tahu yang Bella sedang menangis tapi dia hanya membiarkan sahaja. Daniel mengesat air mata isterinya. Dah nak jadi ibu pun masih manja

"Jadi, sayang maafkan abang tak?"

"Sayang akan maafkan abang tapi abang mesti janji yang abang takkan curang dengan sayang dan hanga sayang yang ada di hati abang. Tak boleh perempuan lain" kataku dengan tegas

Daniel hanya ketawa kecil

"Abang janji" katanya sambil mengangkat tangan macam orang berikrar

Aku ketawa melihat perlakuannya. Tiba-tiba perutku berbunyi minta diisi. Aku terus menunduk malu. Alahai masa nak bersweetlah perut berbunyi

"Nak makan? Pergi bersiap. Abang nak bawa makan"

"Tak mahu makan" kataku sambil bermain jari

"Kenapa pula? Tadi perut berbunyi macam kompang minta diisi. Kalau sayang tak mahu makan, sayang nak apa?" kata Daniel

"Nak makan abang" kataku sambil tersengih

"Amboi! Kenapa gatal ni? Kita makanlah dulu baru ada tenaga nak makan abang" kata Daniel sambil tersenyum gatal

Aku segera mencubit lengannya. Berkerut dahi Daniel menahan sakit cubitan isterinya. Sakitnya kalah sengatan lebah

"Abang jangan nak gatal sangat. Sayang tak jadilah nak makan abang. Sayang nak makan nasi ayam je. Lagi sedap"

"Alaaa!"

♥♥♥♥♥♥

"Farah! Kau dari mana? Kau menghilang diri selama 4 hari tanpa khabar berita. Semua risau pasal kau" kata lelaki itu dengan tegas

Farah hanya tersenyum sinis

"Risau? Baru sekarang kamu sekeluarga risau pasal aku. Dulu, bukan main kamu sibuk mengalahkan perdana menteri. Terlampau kejarkan harta" sindir Farah

Farhan menghela nafas. Memang salah mereka sekeluarga kerana terlalu sibuk sampai mengabaikan Farah

"Memang kami salah tapi kami semua buat demi kesenangan kau supaya kau dapat hidup dengan selesa" kata Farhan dengan sayu

Farah hanya nenundukkan kepala. Memang selama ini dia hidup dengan kemewahan tapi dia kehilangan kasih keluarga. Dia hanya mahu kasih keluarga bukan harta. Farah segera mengesat dengan kasar air mata dengan cepat

"Maafkan kami, Farah. Pulanglah ke pangkuan kami. Kami semua rindu kau terutama ibu. Dia selalu menyuruh kami cari kau. Dia mahu kau, Farah" pujuk Farhan

Farah hanya mendiamkan diri. Memang dia rindu dengan keluarganya tetapi mengenangkan rancangannya untuk mendapatkan Daniel, dia segera menghalau rasa rindu dari hatinya

"Maafkan aku tapi aku takkan kembali dari keluarga ni. Aku lebih rela hidup sendiri daripada hidup dengan mewah tapi keluarga hilang entah ke mana" kata Farah lalu keluar dari kafe tersebut

Farhan meraup dengan kasar rambutnya. Dia betul-betul buntu untuk membawa kembali adiknya ke dalam keluarganya. Dia rindu sangat dengan keluarganya dulu

Sorry sebab mungkir janji saya untuk update semalam🙁 Saya terlupa😂 Minta maaf sangat😥

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now