"Tangguhkan perkahwinan? Kenapa pula?" tanya Datin Liya kepada Puan Sri Zarinah
Terkejut juga Datin Liya dibuatnya. Permintaan sahabat baiknya nyaris sahaja membuat dia pengsan sebentar tadi
"Anak aku kena tahan di hospital selama beberapa hari sebab dia pengsan. Jadi, dia perlu dipantau oleh doktor" jelas Puan Sri Zarinah
Aku sekadar mendengar sahaja perbualan mereka. Terasa malas pula nak menyampuk
Datin Liya berfikir sejenak. Nampaknya mereka terpaksalah tangguhkan majlis sehinggalah Daniel sembuh sepenuhnya
"Kalau begitu, terpaksalah ditangguhkan ke minggu depanlah. Setuju tak?" kata Datin Liya
Puan Sri Zarinah mengangguk setuju dengan Datin Liya
"Bella.."
Tersentak aku apabila Puan Sri Zarinah menyeru namaku. Aku terus sahaja menoleh ke arahnya sambil tersenyum
"Mari sini" arah Puan Sri Zarinah lalu menepuk sofa yang kosong bersebelahannya
Aku terus sahaja duduk di sebelahnya dan memandang ke arah Puan Sri Zarinah yang sedang memandang aku
Puan Sri Zarinah terus membawa aku ke dalam pelukannya. Dia peluk aku dengan erat sekali
"Ibu harap Bella masih dapat terima Daniel" bisiknya secara perlahan
Aku hanya mampu tersenyum kelat sahaja
" In Syaa Allah, ibu. Bella akan cuba" kataku sebelum meleraikan pelukan
Puan Sri Zarinah tersenyum mendengar jawapan daripada Bella. Dia yakin bahawa Bella akan terima Daniel
"Bella nak lawat Daniel? Kalau Bella nak lawat, esok sama-samalah kita lawat dekat hospital" pelawa Puan Sri Zarinah
Melihat wajah Puan Sri Zarinah yang penuh dengan harapan membuatkan aku sedikit serba salah untuk menolak pelawaanya
Aku mengangguk sahaja
Puan Sri Zarina sudah tersenyum lebar
"Kalau begitu, esok ibu ambil Bella di sini"
"Tak apalah, ibu. Lagipun, esok Bella perlu jumpa seseorang dulu sebelum lawat Daniel"
"Kalau begitu, tak apalah. Pastikan datang kalau tak, ibu merajuk sebulan" ugutan Puan Sri Zarinah membuatkan aku tergelak kecil
"Bella janji akan datanglah. Ibu jangan risau sangat"
××××××
STARBUCKS☕
Aku menongkat dagu sambil menyanyi kecil. Terasa bosan semakin terasa apabila orang yang ditunggu belum muncul lagi
"Sorry, Bella kalau awak tunggu lama. Jalan sesak tadi" kata Faris seraya tersengih
Aku sekadar mengangguk sahaja sebelum memberikan air yang aku pesan untuk Faris
"Kenapa awak nak jumpa saya? Penting sangat ke benda yang awak nak bincang?" tanya Faris seraya menghirup air untuk menghilangkan rasa dahaga
"Penting sangat. Saya nak kembalikan tiket ni kepada awak" kataku lalu menyerahkan dua tiket penerbangan kepada Faris
Faris memandang tiket dan aku silih berganti. Terus tercetus ketawa daripada Faris membuatkan aku memandangnya pelik
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
General Fiction[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...
![Cintaku Hanya Untukmu [✔]](https://img.wattpad.com/cover/199864363-64-k79839.jpg)