BaB 72

6.7K 175 12
                                    

"D-darah?"

Daniel terus mengesat kesan darah yang berada di bibirnya. Daniel terus sahaja berlalu meninggalkan Bella

"Daniel! Tunggu dulu!" aku jerit namanya dengan kuat

Daniel terus memberhentikan langkahnya. Dia memejamkan matanya dan cuba menahan gentar di dada. Dia terus memalingkan badannya ke arah Bella

"K-kau nak apa lagi?"

"You owe me an explanation, Daniel!"

"Kenapa kau perlu kisah sangat pasal aku?"

"Sebab saya berhak tahu!"

Daniel tersenyum hambar lalu menggelengkan kepala sahaja. Dia tak mahu Bella mengetahui tentang perkara ini dan biarlah dia seorang sahaja yang tahu

"Aku okay dan kau tak perlu risau sangat pasal aku sebab aku tahu aku tak ada masa yang cukup untuk bahagiakan kau" kata Daniel

"Apa yang awak merepek ni? Apa maksud awak yang awak tak ada masa yang cukup? Awak mesti rahsiakan sesuatu daripada saya?" bertubi-tubi soalan aku tanya kepada Daniel

"Aku gurau jelah. Kau nak risau sangat kenapa? Bukan kau sebenarnya benci dekat aku ke?" giliran Daniel pula menyoal aku

Aku sekadar mendiamkan diri sahaja. Aku pun tak tahulah macam mana nak jawab soalan daripada Daniel

Aku keliru

Melihat Bella sekadar mendiamkan diri sahaja, Daniel sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh Bella

"Kau tak perlu jawab soalan aku sebab aku tahu apa jawapan kau. Aku tahu kau benci dekat lelaki yang telah musnahkan hidup kau"

"Daniel say-"

"Tak apa, aku faham sangat, Bella. Aku minta diri dulu. Assalamualaikum" kata Daniel laku segera menuju ke arah kereta Audi miliknya

"Waalaikumsalam" jawabku perlahan

Mata aku masih lagi setia memandang ke arah Daniel dan dia memandang ke arahku

Wajahnya masih lagi pucat dan dia melambai ke arahku sambil tersenyum dan aku tahu senyuman sangat hambar

Aku mengeluh

Apa rahsia lagi yang awak simpan, Daniel?

××××××

"Keadaan kau makin teruk, Tengku Daniel"

"Aku tahu" jawab Daniel dengan selamba

Khalid menggeleng sahaja mendengar jawapan selamba yang diberikan oleh Daniel. Dia terus mencapai rekod kesihatan Daniel lalu dibelek satu-persatu

"Kau sudah beritahu pasal ni dekat parents kau?" tanya Khalid

Daniel menggeleng sahaja sebelum terbatuk-batuk dan hidung Daniel mengalirkan darah

Khalid terus sahaja memberikan sekotak tisu kepada Daniel lalu menunjukkan ke arah hidung Daniel

"Kenapa kau bengap sangat? Kau mesti juga beritahu dekat ibu bapa kau, Daniel. Takkan kau nak simpan rahsia ni sampai kau mati?"

Daniel mengambil tisu lalu dilapnya darah yang mengalir dari hidungnya

"Aku tak mahu risaukan dorang, Khalid. Biarlah aku dan kau je yang tahu pasal ni. Aku tak mahu orang lain tahu"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now