Throwback
"Akak dah gila ke?! Kenapa akak buat begitu dengan Kawan Hannah?!" jerit Hannah kepada kakaknya
"Aku buat begitu sebab aku sayangkan Daniel. Kami dah lama bercinta tapi kawan kau yang dapat kahwin dengan Daniel! Dasar perampas" jerit Dalisha
Hannah memandang tajam ke arah kakak kembarnya, Hannah Dalisha. Nasiblah dia sedang memandu kalau tak, sudah lama dia cekik leher kakaknya tu
"Hannah tak pernah ada akak perampas. Disebabkan akak, Bella sengsara tahu tak?! Kenapalah ibu boleh lahirkan anak tak guna macam akak? Mesti ibu menyesal sangat" sindir Hannah
"Kau jangan nak kurang ajar sangat! Kalau Bella sengsara sekalipun, aku tak kisahlah. Padan mukanya sebab rampas buah hati aku" kata Dalisha dengan sinis
"Hannah harap sangat manusia macam akak ni mati mereput di hutan! Akak memang tak layak jadi manusia tapi binatang" sindir Hannah
"Kau..." Dalisha menahan amarah yang semakin membuak apabila adinya bercakap sebegitu
"Kenapa terasa ke? Ingatkan tiada perasaan sebab masa akak rampas Daniel, mesti akak tak ada rasa bersalah kan? Biasalah kalau perampas memang selamanya perampas" sindir Hannah
Dalisha terus sahaja menarik tudung adiknya. Hannah cuba sedaya upaya melepaskan tudungnya daripada ditarik. Pada masa yang sama Hannah cuba sedaya upaya untuk memandu dengan stabil
"Lepaslah akak! Akak tahukan yang Hannah sekarang tengah memandu?! Akak nak kita mati ke?!" jerit Hanna
"Bukan kita tapi kau yang akan mati! Biarlah kita kemalangan bersama-sama!" jerit Dalisha
Kelihatan sebuah kereta menghala ke arah mereka. Hannha cuba sedaya upaya untuk menggelakan daripada kemalangan tapi Dalisha menahan Hannah
"Apa yang akak buat ni?! Lepaslah!" jerit Hannah
"Aku harap kau tenang di sana, Hannah Daliyana" kata Dalisha lalu segera membuka pintu kereta lalu melompat keluar
Bamm!!
Dalisha melihat kereta adiknya sudah selamat dilanggar kereta. Dalisha tersenyum sinis
'Aku harap kau tenang, adikku'
End of Throwback
Dalisha terkedu mendengar cerita Farish. Banyak betul dia tahubpasal kemalangan tersebut. Farish hanya tersenyum sinis lalu mengelus lembut pipi Dalisha
Dalisha segera menepis tangan Farisj daripada menyentuhnya
"Macam mana? Aku dapat agak yang kau sudah lama rancang kemalangam tu. Nampaknya perangai serupa binatang! Kau bunuh adik kau!" tengking Farish
Dalisha segera menampar dengan kuat pipi Farish. Farish menyentuh pipinya yang ditampar oleh Dalisha. Farish hanya tersenyum sinis
"Aku tak bunuh adik akulah! Sudah tiba masanya ajal dia sampai jadi memang padanlah dia mampus! Dasar adik tak guna!"
"Bukan adik kau yang tak guna tapi kau! Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya bunuh adik kau. Kau suruh orang suruhan kau bunuh dia. Kau tahu tak yang dia pun meninggal sebab rancangan bodoh kau" tengking Farish
"Kau siapa sebenarnya?" tanya Dalisha
Dalisha amat terkejut apabila lelaki yang menolongnya tahu pasal rancangan jahatnya
"Aku rasa kau tak perlu tahu pun sebab kau pun tak kenal aku. Aku tak mahu berkenalan dengan orang yang tak guna macam kau"
Dalisha segera memegang kolar baju milik Farish dengan kasar
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Ficção Geral[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...