Dalisha sedang duduk sambil minum air tin yang dibelinya. Dari tadi hanya senyuman sinis sahaja yang terlakar pada bibirnya
"B-bos, sebenarnya saya nak berhenti daripada melakukan semua ni" kata-kata lelaki tersebut membuatkan Dalisha tersentak
"Apa kau cakap tadi? Cuba kau ulang sekali lagi" kata Dalisha sambil memandang orang suruhannya
"Saya nak berhenti buat kerja ni, cik Dalisha. Saya tak sanggup nak tambah lagi dosa saya" kata lelaki tersebut lalu tundukkan kepala. Tak sanggup dia nak pandang wajah Dalisha
Dalisha hanya tepuk tangan sahaja sambil memandang lelaki tersebut dengan tajam
"Kau nak berhenti?"
Lelaki tersebut mengangguk
"Aku akan benarkan kau berhenti"
"B-betul ke bos?" jelas suaranya agal gembira mendengar respon ppsitif dari Dalisha
Dalisha sudah tersenyum penuh makna
"Betul Hazim tetapi sebelum kau berhenti, aku nak kau buat pilihan" kata Dalisha penuh makna
"Pilihan apa?" tanya Hazim. Dia rasa sedikit tak sedap hati mendengar bicara Dalisha
"Bawa dorang masuk!"
Dua orang lelaki yang berbadan tegal masuk sambil membawa seorang perempuan bersama budak lelaki. Terbuntang luas mata Hazim melihat isteri dan anaknya dalam keadaan lemah
Dalisha berjalan mendekati mereka. Dia mengambil pistol yang berada di meja lalu dihalakan kepada isteri Hazim. Pucat sahaja wajah Hazim melihat Dalisha sekarang
"Kau pilih sekarang. Kau nak isteri dan anak kau mati atau kau tarik balik kata-kata kau tadi dan mereka akan selamat" kata Dalisha lalu memandang Hazim sepeeti sedang memeikirkan sesuatu
Hazim rasan nak bunuh je Dalisha tapi dia tak boleh sebab nyawa keluarganya lagi penting berbanding nyawa Dalisha
"Saya akan tarik balik kata-kata saya dan saya akan berkerja dengan bos tapi bos mesti lepaskan mereka" kata Hazim secara terpaksa demi keselamatan keluarganya
Dalisha sudah tersenyum
"Kau buat pilihan yang baik, Hazim tetapi aku tetap akan buat perkara ni"
Hazim sudah terpinga-pinga mendengar kata-kata Dalisha
Dalisha mendekati isteri Hazim lalu dia meletakkan pistol tersebut pada kepala isteri Hazim. Hazim terkejut melihat Dalisha dan dia segera mendekatinya tetapi sempat ditahan oleh orang suruhannya
"Jangan bos! Janganlah bunuh isteri saya, bos! Saya sudah tarik balik kata-kata bos dan bos takkan apa-apakan mereka" jerit Hazim
"Aku tak janji pun sebenarnya. Sebelum tu, kau cakaplah selamat tinggal pada suami kau sebab ini kali terakhir nampak dia" kata Dalisha seranya menekan picu pistol tersebut
BANG!!
Hazim terduduk lemah melihat isterinya ditembak di depan matanya. Anaknya pula sudah menangis melihat ibunya dibunuh. Lelaki yang memegang budak lelaki tersebut segera membawa dia pergi dari situ
Dalisha mencampak pistol tersebut pada meja makan. Dalisha tersenyum puas melihat Hazim seperti orang tak bermaya
Dalisha perlahan-lahan mendekati dia lalu duduk mencangkung di hadapannya
"Kalau kau nak berhenti kerja sangar, kau mestilah berkorban sesuatu yang berharga seperti isteri kau. Kau buat lagi, anak kau lagi akan mati" kata Dalisha lalu menepuk perlahan bahunya
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Fiksi Umum[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...
![Cintaku Hanya Untukmu [✔]](https://img.wattpad.com/cover/199864363-64-k79839.jpg)