βαβ 40

9.1K 194 55
                                    

Seperti yang saya janjikan, Saya akan buat triple update hari ini😜💞

"Tolonglah Daniel! Keluar dari wad ni. Saya tak mahu tengok muka awak. Menyampah tahu tak?!" kataku sambil memandang Daniel tajam

"Abang takkan keluar dari sini selagi tak ada orang teman sayang. Abang harus jaga sayang sebab sayang tu tanggunjawab abang" kata Daniel dnengan tegas

"Baru sekarang awak nak ingat saya ni tanggungjawab? Masa awak sibuk dengan kerja awak dan isteri kedua awak, ada awak fikir pasal saya? Awak abaikan saya for almost two months dan sekarang baru sedar diri"

"Sayang, please not now. Nanti kita bincang di rumah kita" rayu Daniel

"Itu rumah awak bukan saya. Rumah saya ada satu je. Saya tak inginlah duduk di rumah awak sampailah awak ceraikan saya"

"Sayang! Abang takkan sesekali ceraikan sayang. Anak ni anak abang kan? Abang percaya yang sayang takkan curang dengan abang"

"Tapi awak curang. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya bila dapat tahu yang awak kahwin dengan orang lain dan lagi terus dengan kawan baik saya. Lagi satu, ini anak saya bukan anak awak"

Daniel meraup kasar rambutnya

"Sayang memang melampau kan? Boleh tak hormat abang sebagai suami sayang?"

"Saya melampau? Bukan awak ke yang melampau sebenarnya? Kalau awak hormat saya, saya takkan kurang ajar dengan awak" kataku lagi

Daniel menghempas tangannya di meja. Terhinjut bahuku mendengarnya. Aku melihat wajah Daniel seperti menahan marah yang semakin membuak-buak

"Memang abang melampau! Memang abang curang dengan sayang! Nak tahu sebab apa? Sebab perangai sayang yang asyik nak menang je! Setiap kali kita bergaduh, mesti sayang je nak menang dan abang juga yang kena pujuk hati sayang yang bodoh tu! menyusahkan tahu tak?!" jerkah Daniel

Aku tergamam mendengar kata-kata Daniel. Aku ni menyusahkan bagi Daniel? Terasa nak meraung je aku di sini tapi aku tahan

"Keluar dari sini" kataku dengan perlahan

Daniel seakan tersedar apabila dia bercakap dengan Bella begitu. Daniel memukul mulutnya sebab mulutnya terlampau celupar kalau dia marah. Memang semua yang tak sepatutnya terluah akan diluahkan juga

"Sayang, abang tak bermaksud begitu" kata Daniel lalu cuba mendekati aku

Aku melempar benda yang berhampiran aku. Air mataku mengalir lagi sebab kata-katanya sangat mennyakitkan hati aku. Aku melempar buah, majalah serta sudu ke arahnya

Ryan dan Farah segera masuk apabila mendengar bunyi lemparan barang. Farah segera menuju ke arah Bella lalu dipeluknya. Bella meronta-meronta minta dilepaskan

"Suami tak guna! Aku benci kau sampai aku mati! Aku harap sangat kau ceraikan aku lepas aku bersalin. Aku tak mahu anak aku ni ada bapa tamak macam kau!" jeritku sambil menangis

Aku cuba melepaskan pelukan dari Farah. Aku meraung semahu yang mungkin. Sedaya upaya aku menolak Farah tapi Farah semakin mengeratkan pelukannya

"Lepaskan aku, Farah! Aku nak jantan tak guna tu mati! Dasar suami tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri" jeritku perlahan sebelum aku pengsan

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now