"Saya akan ceraikan awak"
Kedengaran sebuah tepukan membuatkan kami serentak menoleh ke arah bunyi tersebut. Aku terkejut melihat orang tersebut
"Mummy buat apa di sini?" tanyaku apabila melihat mummy berdiri sambil memeluk tubuhnya
"Nak lawat anak dan menantu kesayangan pun tak boleh ke?" kata Datin Liya sambil tersenyum
Datin Liya mendekati kami sambil tersenyum tapi senyuman tersebut mati apabila dia melihat Daniel. Datin Liya terus sahaja tersenyum sinis
"Baguslah kau ceraikan anak aku. Aku pun takkan anggap kau menantu akulah sebab perangai kau dan kau lelaki dayus!" sindir Datin Liya
"Mummy!" aku menjerit kecil apabila dia bercakap sebegitu
"Kenapa? Betullah apa yang mummy cakap. Daniel tak layak dengan Bella sebab dialah Bella tanggung semua penderitaan!"
Aku terdiam apabila mummy cakap begitu. Aku tak sangka mummy yang lemah lembut kini sudah mulai bercakap kasar
Datin Liya segara mengeluarkan surat lalu dilemparkan pada Daniel. Daniel mengambil surat tersebut lalu membacanya. Aku perasan yang Daniel seperti ingin menangis apabila membacanya. Aku segera merampas surat tersebut dari tangannya
Aku terkedu apabila membaca surat tersebut
"Bo-borang penceraian? Kenapa mummy sediakan borang ni?"
"Soalan apa yang Bella cakap ni? Mestilah mummy nak Bella bercerai dengan Daniel. Mummy tak mahu Bella terseksa lagi"
"Tapi penceraian ni lagi buatkan Bella terseksa. Bella tak mahu dan takkan cerai dengan Daniel" kataku dengan tegas
"You still love him after what he do to you?! You such a dumb girl, Bella"
"I'm not dumb! I will and always love him" suaraku naik seoktaf
"Sudahlah, Bella. Dia ibu awak dan awak sepatutnya ikut cakap dia. Awak jangan jadi anak derhaka disebabkan saya" kata Daniel lalu merampas borang penceraian tersebut
"Betul cakap lelaki tu. Seorang anak tak sepatutunya derhaka dengan ibunya. Sekarang Bella patut pilih antara Daniel atau mummy" kata Datin Liya sambil tersenyum
"Kenapa mummy tak faham Bella? Bella dah cakap yang Bella cintakan Daniel dan Bella sayang sangat mummy! It's unfair!" kataku sambil menahan srbak di hati
Daniel menyerahkan pen dan borang penceraian kepadaku. Aku hanya memandang sepi sahaja kerana aku betul-betul rasa nak menangis
"Pilihlah mummy, Bella. Dia yang lahirkan Bella dan jaga Bella sampai besar. Saya rasa ini masa yang terbaik untuk kita berpisah" kata Daniel sambil tersenyum
Terketar-ketar sahaja tanganku mengambilnya borang tersebut. Datin Liya segera mengambil borang daripada tangan Daniel lalu menyerahkan kepadaku bersama pen
"Mummy tolonglah! Bella merayu sangat supaya kami tak bercerai. Bella masih cintakan Daniel dan Daniel masih lagi cintakan Daniel"
"Siapa cakap yang aku cintakan kau?"
Aku terus memandang Daniel. Kelihatan wajah sangatlah tegang dan serius
"A-apa yang awak c-cakap ni? Awak tak cintakan saya? Tapi baru tadi awak luahakan perasaan awak"
"Aku tipu kau. Aku langsung tak cintakan kau. Maafkan aku" kata Daniel dengan dingin
"Awak jangan bergurau, Daniel?! Awak tipu kan? Awak sengajakan? Tolonglah Daniel jangan buat saya begini!" kataku sambi memegang tangannya
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Ficción General[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...