Update setelah sekian lama off😖 Tq keoada sesiapa yang sudi tunggu Update☺ Banyak doh notifikasi masuk 😂BTW Enjoy the story!!👏👏
"Bella, aku minta maaf" kata Hannah sambil memeluk aku
"Kau dah kenapa? tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak minta minta maaf" kataku sambil menghirup jus oren
"Aku nak minta maaf pasal soalan semalam tu... Aku tahu soalan tu buat kau rasa janggal tapi aku betul-betul mahu tahu kau suka sama si Jungkook?" katanya
"Maaf kau diterima dan pasal Jungkook tu, sebenarnya aku agak sukalah juga dengan dia" kataku perlahan tapi mampu didengar oleh Hannah
"Kau biar betul?! tak sangka kau jumpa pengganti dengan cepat" kata Hannah
Aku segera memukul kepalanya menggunakan cawan yang aku gunakan dan dia mengaduh sakit
"Sakitlah Bella!! nasib plastik kalau kaca tak ke naya" jerit Hannah sambil menggosok kepalanya
"Pengganti kepala kaulah!! memang aku suka si Jungkook tapi sedikit je... Kalau aku suka dia pun sia-sia je sebab dia bukan orang Islam" kataku
"Kau doalah kepada Allah semoga Jungkook diberikan hidayah untuk belajar tentang Islam dan convert to Islam with open heart" Kata Hannah
Aku sekadar mengaminkan doanya dalam hati
🌺🌺🌺
"Abang!! sayang boleh jelaskan!" jerit Farah
"Jelaskan apa? aku nampak dengan mata aku sendiri yang kau sedang berpeluk dengan jantan Korea tu" tengking Daniel
"Sayang minta maaf... sayang ingat itu abang jadi sayang pe-peluklah tapi tak sangka orang lain pula" kata Farah dengan gagap
Daniel menghela nafas... Dia segera membawa isterinya ke dalam pelukannya
"Abang percaya yang sayang takkan curang dengan abang... tapi kalau abang nampak lagi, You will get a heavy punishment" Kata Daniel dengan tegas
"Baiklah, Abang... sayang janji takkan buat lagi" kata Farah sambil tersenyum sinis
'Tak sangka kau mudah diperbodohkan... Sedikit lagi dan aku akan dapat harta kau, Tengku Daniel'
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
General Fiction[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...