"Kalau aku cakap yang kau sebenarnya perempuan yang curi hati aku, kau percaya tak?" kata Farhan sambil memandang ke arahku
Aku terkedu
"A-awak bergurau kan? Jangan nak mengarutlah, Farhan. Saya rasa nak ketawa je" kataku sambil buat-buat ketawa
Aku terus berhenti ketawa apabila melihat wajah serius Farhan. Rasa nak meletup jantungku apabila Frahan melihat aku seperti nak baham orang je
Farhan mendekatkan mukanya ke arah mukaku. Aku segera berundur sedikit apabila jarak muka kami teramatlah rapat
"Aku bukan main-main, Bella. Semua yang aku kata adalah benar. Aku suka kau tapi sejak kau berkahwin dengan Daniel, aku terpaksa pendam perasaan sayang aku terhadap kau" kata Farhan
Jantungku berdegup kencang mendengar semua bicara Farhan. Sudahlah aku ada di hospital. Janganlah aku sakit jantung dan ditahan lagi sebab Farhan
"Memandangkan hubungan kau dan Daniel tak berapa baik, aku ada peluanglah nak ambil hati kau. Aku dah lama pendam perasaan ni"
"Ta-tapi saya tak sukakan awak. Ada banyak lagi perempuan di luar sana yang lagi cantik dan lebih layak dengan awak. Sa-saya tak pernah ada perasaan pada awak" kataku cuba menyembunyikan perasaan gemuruhku
Farhan tersenyum
"Aku tak mahu perempuan lain dan aku hanya mahu kau sahaja. Kalau kau tiada perasaan terhadap aku, aku akan pastikan perasaan tu akan hadir pada kau" kata Farhan dengan yakin lalu mengenyitkan mata ke arahku
Aku segera menyorokkan diriku ke dalam selimut. Aku rasa malu sangat bila dia kenyit mata. Tak sangka gatal juga Farhan ni?
"Kenapa sorok dalam selimut? Malu ke?" usik Farhan
Semakin membahang muka aku mendengar dia usik aku
"Woi! Sedapnya engkau usik kawan aku?! Kalau dah minat sangat, pergilah masuk meminang. Jangan nak menggatal macam ulat bulu" sindir Farah
Meremang bulu romanya bila mendengar abangnya keluarkan ayat-ayat manis kepada Bella. Nak muntah dia mendengarnya
"Suka hati akulah! Aku bukan gelojoh sangat nak masuk meminang dengan Bella! Aku nak bagi dia tenangkan diri dia dulu dan selesaikan semua masalahnya. Barulah aku masuk meminang" kata Farhan sambil tersengih
"Tapi saya dah banyak kali dah cakap, saya tak sukakan awak" aku mencelah
"Seperti yang aku cakap tadi, aku akan pastikan kau ada perasaan tu"
Aku hanya membuat muka menyampah. Dah banyak kali aku reject dia tapi dia makin nak pikatkan hati aku adalah
"Sudahlah kau! Jomlah balik. Aku tak mahu kawan aku suka dekat kau. Sudahlah miang, ada hati nak pikat Bella" sindir Farah
Farhan hanya menggulingkan matanya ke atas. Aku hanya tertawa melihat pergaduhan mereka. Comel sangat!
Farah segera ke arahku lalu memeluk aku. Aku membalas balik pelukannya
"I balik dulu, Farah. Sebelum I balik, boleh tak I minta nombor telefon Ryan?" tanya Farah yang mulai tersipu malu
"Engkau menggatal dengan abangnya boleh pula?! Siap minta nombor lagi! Dasar adik tak sedar diri" jerit Farhan
"Diamlah!" jerit Farah kembali kepada Farhan
Farhan pula ketawa sakan melihat muka cemberut adiknya. Suka betul dia menyakat adiknya
"Boleh tak, Bella?"
"Boleh je"
Baru sahaja aku ingin mengambil telefon Farah, Ryan segera mengambil telefon Farah. Aku dan Farah terkejut melihat Ryan yang tiba-tiba sahaja muncul
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Fiction générale[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...