Sediakan tangan untuk tampar Adrian😂 K gurau je😂
Aku berasa amat sayu melihat keadaan omma. Banyak wayar yang disambung di badannya. Air mata sedikit demi sedikit mengalir
"Omma, tolonglah sedar. Bella rindu omma sangat. Adrian selalu mengelak daripada jumpa Bella, omma. Kenapa omma mesti selamatkan Bella? sepatutnya omma biarkan Bella yang dilanggar" kataku sambil memegang tangannya. Sungguh aku tak kuat melihat keadaan omma begini
"Omma mesti sembuh dan kuat! Bella selalu doakan supaya omma sedar dari koma dan kami semua rindu omma sangat" kataku sayu
"Kau buat apa di wad ibu aku? kau nak aku beritahu berapa kali supaya kau tak jejakan kaki di sini?!" bentak Adrian
"Saya sekadar nak lawat omma" kataku sambil memandang ke bawah
Adrian ketawa sinis. Perempuan yang dia cintai sekarang merupakan penyebab ibunya terlantar di hospital. Dasar perempuan palsu! Fake!!
"Omma? kau bukan anaknya dan kau tak layak panggil dia omma! dasar perempuan pembunuh" jerkah Adrian lalu menunjal dahiku
Aku menangis. Sesakit dahi yang ditunjal, sakit lagi hati apabila Adrian menggelarnya pembunuh. Hatiku bagai disiat dengan pisau
"Itulah kerja kau! menangis 24 jam. Kau memang bodoh sebab aku takkan percaya dengan perempuan macan kau lagi. Mulai sekarang kau dan aku tiada hubungan" kata Adrian lalu melemparkan cincin kepada aku
Aku terkedu. Aku melutut di hadapannya
"Awak janganlah begini! saya sangat cintakan awak tapi janganlah sampai putuskan hubungan kita!! takkan awak nak kecewakan keluarga awak dengan memutuskan pertunangan kita. Saya sanggup dihukum berbanding putus dengan awak!! Janganlah begini awak" rayuku sambil memeluk lutut Adrian
Aku tak sanggup memutuskan hubungan ini. Aku sangat sayangkan hubungan ni dan aku sanggup dicaci atau dimaki oleh Adrian untuk pertunangan ini
Adrian menarik lenganku lalu dia menolak aku hingga keluar dari wad ibu. Nasib keadaan agak lengang di kawasan tersebut
"Mulai sekarang kita tiada hubungan apa-apa. Kau buat urusan kau dan aku buat urusan aku" katanya lalu masuk ke dalam meninggalkan aku menangis
Aku mengetuk pintu wad tersebut berkali-kali. Sungguh aku macam orang gila bila dilayan begini
"Awak janganlah begini. Saya sayangkan awak dan semudah itu awak putuskan hubungan kita! awak ingat semudah itu saya akan move on!
Susah tahu tak!!" kataku tersedu-sedan"Buatlah macan kau move on dari bekas suami kau" katanya
Aku tergamam
"Awak bagilah saya peluang" kataku lemah
"Saya betul-betul cintakan awak" kataku lalu mengalirkan air mata. Sungguh air matanya mudah mengalir apabila Adrian membuatnya begini
"Cinta kau boleh buang sebab bagi aku sudah lapuklah. Kau tak layak untuk aku, perempuan sial!" sindir Adrian
Sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Adrian menusuk ke kalbu. Aku betul-betul sakit hati dengan sikapnya
"Baiklah kalau awak cakap begitu. Mulai hari ini Muhammad Adrian Qu Qaleef tiada dalam hidup saya" kataku lalu pergi dari situ
Aku hanya mampu menangis. Aku berjanji, aku takkan muncul depan Adrian lagi dan aku ingin pergi jauh dari sini
Ya. Dia mengaku lemah apabila cintanya disia-siakan oleh seorang lelaki. Dua orang lelaki telah kecewakan dia
Dua hati yang dahulu bahagia antara satu sama lain kini berpecah-belah
Omma- Ibu
Sorry jika tak menarik or apa-apalah☺Votelah gaiss😢 I really apreciate it❤ Kepada para readers, please vote🌝😂
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Ficção Geral[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...