"Daniel.." panggil Puan Sri Zarinah dengan lembut
Daniel yang sedang berborak dengan ayahnya terus sahaja mengalihkan pandangannya kepada Puan Sri Zarinah
Puan Sri Zarinah lantas duduk bersebelahan katil yang diduduki oleh Daniel. Plastik yang berisi bubur terus sahaja dikeluarkan berserta sudu
Terus sahaja Puan Sri Zarinah menyerahkan kepada Daniel
"Makanlah. Bella tadi belikan untuk kamu. Nampak sangat yang Bella risaukan kamu" kata-kata Puan Sri Zarinah mengundang senyuman daripada Daniel
Tetapi, senyuman itu bukanlah senyuman seorang Tengku Daniel Darwish yang mampu mencairkan hati perempuan tetapi senyuman yang teramat hambar terbentuk di bibir yang pucat
Daniel terus sahaja mengambil bubur serta sudu tersebut daripada genggaman Puan Sri Zarinah
Daniel membuka penutup bubut dan terus sahaja hidungnya mengesan bau yang enak sekali daripada bubur tersebut
Dia perlahan-lahan menyua bubur tersebut ke dalam mulutnya. Dia memejamkan matanya apabila tekaknya terasa ingin mengeluarkan balik bubur tersebut
Terus sahaja dia menutup kembali bubur tersebut dan diletakkan pada meja yang berada di tepiny
"Kenapa tak habiskan bubur tu?" tanya Puan Sri Zarinah apabila melihat Daniel meletakkan bubur yang tidak habis di meja
"Tak ada seleralah, ibu" jawabnya bersahaja
Puan Sri Zarinah mengangguk sahaja. Biasalah kalau orang sakit kurang berselera untuk makan
"Ibu, daddy" panggil Daniel
Tan Sri Hisyam dan Puan Sri Zarinah serentak memandang ke arah anaknya. Daniel melihat wajah mereka silih berganti
"Daniel ada satu permintaan"
"Apa permintaan Daniel?" tanya Tan Sri Hisyam apabila melihat anaknya seperti teragak-agak untuk memberitahu mereka
"Boleh tak kalau Daniel nak tangguhkan perkahwinan tu lama sedikit?" terlepas juga soalan yang ingin diajukan kepada ibu dan daddynya
"Kenapa pula? Tak cukup lagi ke kita tangguhkan sampai minggu hadapan? Takkan kita nak lambatkan lagi perkahwinan kamu dan Bella?"
Daniel mengemam bibirnya. Takkan pula nak beritahu yang dia sedang hidap sakit kronik sekarang ni?
"Tapi-" terus sahaja Puan Sri Zarinah mencantas
"Bagi ibu alasan yang kukuh kenapa Daniel nak tangguhkan lagi perkahwinan tu?"
"Daniel takut Bella tak terima Daniel"
Puan Sri Zarinah tersenyum nipis mendengar alasan anaknya
"Bella akan terima kamu, Daniel. Ibu jamin yang dia tetap akan terima kamu"
Daniel sekadar mengangguk sahaja. Melihat wajah kedua ibu dan ayahnya membuatkan hatinya rasa tenang sahaja
Penyakitnya? Bila masa sudah tiba, dia akan beritahu juga
××××××
Keesokan harinya,
"Bro.." panggil Khalid apabila melihat Daniel sedang termenung jauh
"Hmm.."
"Kau okay?" tanya Khalid dengan prihatin
"Aku okay je"
"Hari ini kau boleh pulang dari hospital kan?
Daniel mengangguk sahaja seraya tersenyum nipis kepada Khalid. Dia melihat sekilas jam yang berada di pergelangan tangannya
![](https://img.wattpad.com/cover/199864363-288-k79839.jpg)
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Fiction générale[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...