βαβ 53

6.4K 172 12
                                    

"Bella!"

Aku segera menoleh apabila mendengar namaku dipanggil. Aku segera menjeling tajam ke arahnya. Kenapalah minah ni tunjuk mukanya lagi?

"Kau nak apa lagi? Nak hancurkan hidup aku lagi? Kau boleh berambus sebab aku nak muntah tengok muka tak guna kau tu"

Dalisha tersenyum sinis. Dalisha berjalan mengelilingi aku tapi aku hanya membuat muka menyampah

"Tak sangka kau makin cantik tapi aku lagi cantiklah dari kau. Tapi aku kasihan dengan kau sebab kau tak sedar yang kau akan kehilangan sesuatu yang berharga" kata Dalisha dengan sinis

"Kau diamlah! Sebelum tangan aku sampai dekat pipi kau, bagus kau berambus" ugutku

"Kenapa kau halau aku? Kau tak mahu tahu sesuatu yang Farhan buat dekat kau? Aku yakin yang dia takkan kahwin dengan kau" kata Dalisha dengan angkuhnya

Aku segera menampar mukanya dengan kuat. Orang yang melihat kami mulai berbisik tapi aku tak kisah

"Kau jangan nak masuk campur urusan aku. Aku tak mahu dengar apa-apa dari mulut kau. Aku tahu kau sengaja nak cakap begitu untuk aku runtuhkan kepercayaan aku pada Farhan" kataku dengan sinis

"Kau tak percaya? Tak sangka kau bodoh juga. Harapkan pandai tapi terserlah juga kebodohan kau sebab terlampau percaya dekat tunang kesayangan kau. Kalau kau tak mahu tahu, tak apalah" kata Dalisha

Sebelum dia berlalu dari situ, Dalisja segera menoleh ke arahku. Dia mendekati aku lalu membisikkan sesuatu

"Aku nak kau ingat kalau kau ambil Daniel dari aku, kau bersedia sebab aku akan buat hidup kau hancur berkecai" kata Dalisha dengan sinis lalu dia menepuk perlahan bahuku

Aku segera menepis tangannya drngan kasar. Dalisha hanya tersenyum sinis lalu segera berlalu meninggalkan aku

'Ambil jelah Daniel tu. Aku pun tak mahulah dengan lelaki tu. Aku ada Farhan jadi buat apa aku nak lelaki yang selalu curang tu?'

Sepanjang aku berjalan, aku hanya membebel dalam hatiku. Aku betul-betul panas hati dengan minah gedik tu

Aku terlalu leka membebel sampai secara tak sengaja aku terlanggar dengan manusia membuatkan aku terjatuh. Apalah benda yang aku langgar ni?

"Bella..."

Aku memandang ke arah manusia yang melanggar aku. Riak wajahku terus berubah apabila nampak dia

Ya Allah, kenapa aku mesti jumpa lagi dia?

♥♥♥♥♥♥

"Cakaplah cepat! Saya tiada masa ni" kataku dengan dingin

Daniel tersenyum kelat. Tak sangka dia dapat berjumpa dengan Bella selepas setahun tak berjumpa. Makin cantik apabila dia melihat Bella

"Saya dengar yang awak akan berkahwin dengan Farhan, betul ke?" tanya Daniel untuk meminta kepastian

"Memang saya dan Farhan akan berkahwin pun. Saya rasa dia lelaki yang terbaik untuk saya" kataku dengan yakin

Daniel menghela nafas. Dia hendak beritahu perkara sebenar tetapi dia yakin bahawa Bella takkan percaya kata-katanya. Daniel takut Bella akan semakin sakit hatinya apabila mendengar perkara sebenar

"Awak tak ada nak cakap apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya nak minta diri dulu" belum sempat aku nak pergi, Daniel segera memegang tanganku. Aku memandang Daniel dengan tajam

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now