Special Chapter 2 [ Ramadhan ] 💕

6.2K 169 14
                                    

Daniel mengeluh melihat keadaan jalan raya ketika ini. Sesak dan penuh dengan kereta serta kelihatan langit sudah mulai mendung. Dia berharap sangat dia sempat sampai ke rumah sebelum maghrib

"Jangan mengeluh Daniel. Sabar itu separuh daripada iman" Daniel cuba memujuk dirinya daripada mengeluh sekali lagi

Daniel memandang sekeliling dan matanya tertancap pada susuk tubuh seorang perempuan yang dikelilingi oleh 3 orang lelaki di lorong yang agak tersorok

"Zulaikha?"

Di tempat Zulaikha...

"Tolonglah lepaskan aku" Zulaikha sedaya upaya cuba melepaskan genggaman seorang lelaki tetapi apakan daya?

Kekuatan lelaki tersebut tak dapat ditandingi oleh dirinya yang hanya seorang perempuan

Dia makin kuatkan cengkaman pada tangan Zulaikha sambil menayangkan senyuman miang. Dia merapatkan tubuh badannya kepada Zulaikha

"Lepaskan kau? Aku akan lepaskan kau lepas-" dia memandang tubuh Zulaikha sambil tersenyum miang

"Aku dan kawan aku rasa badan kau"

Menggeletar badan Zulaikha ketika ini mendengar kata-kata daripada lelaki tersebut. Air matanya mengalir dengan laju

"Woi!" kedengaran suara seorang lelaki membuatkan ketiga-tiga lelaki tersebut menoleh ke arah suara tersebut

Serta-merta cengkaman lelaki tersebut pada tangan Zulaikha terlepas. Terus Zulaikha menjarakkan dirinya daripada lelaki-lelaki durjana

Zulaikha masih lagi tertunduk sambil mengalirkan air matanya. Dia memeluk membenamkan mukanya pada lutut dan menutup telinganya apabila mendengar mereka saling bertumbuk

"Zulaikha? Are you okay?"

Zulaikha terus mengangkat mukanya dan kelihatan wajah Daniel sedang menatap dirinya dengan pandangan risau

"S-saya okay"

Daniel mengangguk sahaja. Dia memandag ke arah tiga orang lelaki yang sudah tewas dan terbaring lemah setelah dia bantai mereka bertiga

"Jom aku hantar kau balik" pelawa Daniel tetapi Zulaikha lantas menggeleng kepalanya

"Tak apalah, Tuan Daniel. Saya boleh naik teksi dan tak mahu susahkan tuan. Lagipun, kasihanlah isteri tuan tunggu di rumah"

"Panggil aku Daniel je memandangkan kita di luar kawasan pejabat. Biar aku hantar kau. Sekarang susah nak dapat teksi memandangkan sekarang dah nak senja"

Zulaikha mengemam bibirnya lalu mengangguk perlahan

"Jauh tak rumah kau?"

"Tak adalah jauh mana. Cuma ambil masa dalam 30 minit untuk sampai"

Daniel melihat jam yang berada di pergelangan tangannya

6:10 p.m.

"Jom ikut aku. Lagi cepat aku hantar kau, lagi cepatlah aku balik rumah"

"Okay"

××××××

Bella menghidangkan ayam masak merah di atas meja. Dia tersenyum melihat hidangan yang dia masak di atas meja

Semua  hidangan yang dia masak adalah makanan kegemaran Daniel. Dia melihat jam sekilas pada dinding

6:50 p.m.

"Mummy!" Laura berlari ke arah Bella sambil tersengih

"Jangan lari-lari, Laura. Nanti terjatuh, mummy juga susah"

Cintaku Hanya Untukmu [✔]Where stories live. Discover now