Sehari sebelum majlis perkahwinan💎
Aku melihat suasana taman perumahan yang agak sunyi tetapi pemandangan di taman perumahan tersebut amat cantik walaupun banyak rumah yang tersergam indah
Aku tersenyum sendirian seraya memejamkan mata dan membiarkan
angin di awal pagi menerpa ke kulit
"Bella.."
Aku terus membuka mata dan menoleh ke belakang. Kelihatan kelibat daddy sedang duduk di kerusi roda dan tersenyum kepada aku
Mak Ina terus meletakkan kerusi roda bersebelahan dengan aku. Dia terus pamit untuk memberikan ruang kepada majikannya
"Awalnya daddy bangun. Biasanya jam 6:30 baru daddy bangun" kataku seraya menolak kerusi roda tersebut mendekati sebuah meja kecil yang terletak di beranda
"Mata daddy rasa nak bangun awal, Bella. Lagipun, daddy nak juga luangkan masa dengan anak kesayangan daddy ni" kata Dato' Fakhrul seraya mengusap rambut Bella dengan lembut
Aku tersenyum manis ke arahnya. Tangannya aku capai lalu digenggam dengan erat. Sesekali aku mencium tangannya
"Bella.."
"Hmm?"
Dato' Fakhrul tersenyum melihat gelagat anaknya. Tahu sangatlah anaknya ni amat manja orangnya walaupun sudah jadi seorang ibu
"Anything you want to tell me?"
"I'm nervous for tomorrow, daddy"
Dato' Fakhrul tergelak kecil mendengar kata-kata Bella. Makin galak tangannya mengusap rambut kepunyaan Bella
"Kenapa daddy ketawa? Bella serius ni"
Terus terhenti ketawa Dato' Fakhrul. Dipandang wajah Bella dengan penuh kasih sayang
"Bella jangan gementar sebab bukan Bella yang lafaz akad nikah tapi Daniel. Bella cuma duduk je dan sarungkan cincin"
Aku muncung sedepa
"Janganlah muncungkan bibir tu. Serupa itik pula daddy nampak" Dato' Fakhrul mengusik anaknya dan makin muncunglah bibir Bella
"Sampai hati daddy samakan Bella dengan itik!"
"Daddy gurau jelah. Kamu satu-satunya anak perempuan kesayangan daddy dan satu-satunya puteri kesayangan yang ada di keluarga ni"
Aku tersenyum. Memang patutlah mummy sayang sangat dekat daddy. Daddy pandai pujuk hati kita!
Keadaan kembali senyap. Mataku ralit melihat langit yang semakin cerah dan matahari pun akan terbit tak lama lagi
"Bella"
"Ya, daddy?"
"Daddy rasa berat hatilah"
Aku mengalihkan pandanganku ke arah daddy
"Berat hati nak lepaskan Bella kepada Daniel?" aku cuba meneka perkara yang membimbangkan daddy
Dato' Fakhrul mengangguk. Dia memandang Bella yang sejak tadi hanya tersenyum sahaja
"Daddy risau dan takut Bella dilukai dan dikecewakan oleh Daniel. Ini kali ketiga Bella akan kahwin dengan Daniel dan daddy ragu-ragu sedikit dekat Daniel"
Aku menarik nafas panjang lalu dilepaskan. Aku hanya mampu tersenyum kecil melihat kerisauan daddy
"Everything will be fine, daddy. Daddy jangan risau sebab Bella yakin Daniel takkan kecewakan Bella lagi" aku tak meragui cuba meyakinkan daddy agar dia Daniel
ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
Ficción General[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...
![Cintaku Hanya Untukmu [✔]](https://img.wattpad.com/cover/199864363-64-k79839.jpg)