"Hannah dah meninggal"
"Men-meninggal? Sebab apa Hannah meninggal?" tanyaku sambil memandang Daniel
"Hannah meninggal sebab kemalangan. Abang kehilangan dia dan anak abang sendiri. Cubalah abang teman dia masa pergi klinik, mesti ia takkan berlaku" kata Daniel dengan sayu
Aku hanya mampu mendiamkan diri
"Lagi satu, Hannah nak abang berikan sayang kertas ni. Mungkin sayang patut pertimbangkan permintaan arwah Hannah" kata Daniel lalu memberikan kertas tersebut pada aku
Aku segera membacanya
Hannah minta maaf atas segala perbuataan keji Hannah pada Bella. Hannah harap Bella maafkan Hannah
dan
Maafkanlah Daniel. Can you give him one chance?
Selepas sahaja aku menbaca, aku segera mengoyakkan lalu buang ke dalam tong sampah. Daniel kelihatan terkejut melihat tindakan aku
"Saya boleh maafkan Hannah tapi saya tak dapat maafkan awak dan awak tahu juga sebab saya tak maafkan awak"
"Kenapa pula? Abang tahu semua ni salah abang. Kalau sayang tak cintakan abang pun, bagilah abang jadi ayah Laura. Dia perlukan seorang ayah" kata Daniel lalu memegang tanganku
Aku melepaskan pegangan Daniel daripada tanganku. Aku menghela nafas dengan kasar dan memandang Daniel
"Awak mahu tahu tak? Selama kita berkahwin ni, saya hanya merasa sedikit sahaja kebahagian sebab awak dan selebihnya, saya merasakan penderitaan sebab awak juga"
Daniel terdiam apabila aku cakap begitu
"Mummy, daddy..."
Kedengaran suara Laura membuatkan aku segera datang ke arahnya. Aku mengusap lembut rambutnya sebelum aku menggendongnya. Dia memeluk leherku lalu menyembamkan mukanya
"Kenapa mummy marah daddy? Tadi Laura dengan mummy marah daddy sampai terganggu tidur Laura" kata Laura sambil memandang aku
Aku hanya tersenyum nipis
"Mana ada mummy dan daddy bergaduh. Kami bergaduh manja-manja je" kataku sambil tersenyum
"Betul cakap mummy. Gaduh manja-manja dapat mengeratkan hubungan suami dan isteri. Betul kan, sayang?" kata Daniel sambil mengenyitkan mata
Aku hanya menggulingkan mata sahaja. Cucuk mata guna garfu nanti, biar buta tak dapat tengok apa-apa
"Mummy..."
"Kenapa?"
"Nanti daddy ikut kita balik Malaysia? Kalau daddy ikut, bolehlah Laura kenalkan daddy dengan kawan-kawan Laura"
"Perlu ke daddy ikut kita balik ke Malaysia? Nanti pandai-pandailah daddy beli tiketnya sendiri. Daddy kan kaya?" sindirku
"Kalau mummy cakap begitu, Laura okay je tapi yang penting daddy mesti balik Malaysia. Kalau tak, Laura tak mahu kawan daddy" kata Laura sambil membulatkan matanya
Aku dan Daniel hanya ketawa sahaja melihat gelagat Laura. Mulutnya bercakap mengalahkan murai. Asyik nak bercakap je 24 jam
YOU ARE READING
Cintaku Hanya Untukmu [✔]
General Fiction[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami melafazkan cerai "Aku ceraikan kau dengan talak satu"- Tengku Daniel Darwish Dia sanggup membawa di...