Tok Tok Tok
"Im Yeori ssi?"
Lelaki itu melangkah masuk ke dalam ward Yeori.
"Krohh!"
"Jantan mana pula yang berdengkur ni?" Kata lelaki itu sambil menggosok dadanya perlahan.
Dia melihat sekitar ward Yeori.
"Bilik makin besar. Maksiat makin berleluasa. Ish ish ish" dia menggeleng kepala melihat keadaan Taeyong dan Jisung yang sedang tidur sambil berpelukan.
Dia beralih pula ke katil Yeori.
"Ni dah kenapa. Dah macam nak berlawan WWE je aku tengok" bebelnya lagi apabila melihat kaki Hyemin elok tersadai di atas pinggang Yeori.
"Nurse ni. Pagi pagi buta dah bising. Nak bebel tu dalam hati je la. Jangan la kuat kuat" Kata Jisung mamai.
"Lah, hidup lagi kau rupanya. Bangun anak teruna dan anak dara sekalian. Matahari dah terpancar sinar di atas sana!" Kata nurse Mingyu. Masih terdengar bunyi dengkuran. Tiada yang menyahut kata kata nurse Mingyu.
Jisung yang tadi sudah sedar, menyambung tidurnya semula. Malas mahu melayan nurse itu.
"Bertuah punya budak" Kata nurse Mingyu. Dia melihat jam di dinding, 8:15 pagi. Awal sangat ke?
"Ni macam mana ni. Nak kejut ke tak? Aduh, nak bagitahu report kesihatan Yeori. Minah ni pun tidur mati. Parents tak ada. Doktor Jaehyun pun suka hati mak nenek dia je kasi tugas dia dekat aku. Hish" Bebel nurse Mingyu lagi.
Dia meletakkan fail rekord kesihatan Yeori di atas meja tepi katil Yeori. Kemudian, dia keluar dari ward Yeori.
"Aku ingat, masuk bilik dia boleh la borak borak. Rindu katakan. Ni masuk masuk, ada pula suara orang berdengkur. Wrong timing doh" Kata nurse Minyu seorang diri.
"Weyh, gila ke cakap sorang sorang?" Tanya rakan sekerjanya. "Sibuk la kau. Pergi buat kerja sana" halau nurse Mingyu.
Tak memasal kena halau.
.
.
.
"Huahh!" Aku menguap sambil meregangkan badan. Kaki Hyemin aku tolak ke tepi. Cramp pinggang aku dibuatnya.
Aku melihat sekeliling ward. Hanya terdengar bunyi dengkuran daripada mereka.
Hampeh punya member. Sorang pun tak bangun lagi. Jam di dinding aku pandang 8:40 pagi. Padan pun, malam tadi kaum lelaki tidur pukul berapa entah. Memekak je kerja.
"Hish tengok la tu buat kerja tak ikhlas. Semua benda lupa" seseorang masuk ke dalam ward ku tanpa mengetuk pintu bilik sambil membebel.
Aku hanya melihat gerangan tersebut.
"Bebel apa tu nurse?" Tanya ku.
"Ha kau. Bangun pun" Kata nurse Mingyu. "Lah, nurse marah saya ke?" Tanya ku. "Tak ada la. Mana ada, siapa cakap" Jawab nurse Mingyu.
Aku hanya membuat muka derp.
Apa apa je la nurse.
"Saya lupa nak masukkan drip IV awak ni. Rekod kesihatan tu nanti suruh doktor Jaehyun je la eh terangkan. Nanti cakap saya malas" Kata nurse Mingyu.
Aku melihat fail rekod kesihatan yang terletak elok di atas meja tepi katil ku.
"Teruk ah nurse ni" Kata ku. "Macam tak kenal nurse awak ni macam mana. Hahaha" gelak nurse Mingyu.
YOU ARE READING
my doctor • xmh ✓
Fanfictionxu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER BY @CRUSHAO ✨ ° renenuna first fanfiction copyright, 2019