Ninonino~
Bunyi siren ambulance menuju masuk ke perkarangan ermegency di Hallym University Medical Center.
Yeori's
Perlahan lahan,aku membuka mata. Tempat apa ni? Aku– tak dapat nak agak. Kepala aku sakit sangat.
"Yeori ah..kamu dah sedar?" Tanya seseorang. Aku cuba untuk mengecam siapa.
"Om-omma" Panggilku. "Ye sayang. Omma ni" Jawab omma. "Yeori dekat mana?" Tanya ku. "Yeori dekat hospital sayang. Dah la. Rehat ya" Kata omma lalu menyelimutkan ku. Aku mula memejam mata.
.
.
.
Aku tersedar apabila terdengar bunyi beberapa orang yang sedang berbual. Ada 2 orang doktor sedang berbual.
"Eo..awak dah sedar?" Tanya doktor tersebut selepas doktor seorang lagi keluar. Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya. Mata aku masih kabur. Mungkin atas faktor tidur yang terlalu lama.
"Mana omma?" Tanya ku dan kali ini baru mengangkat kepala dan memandang doktor tersebut. "Ouh..omma awak balik sekejap. Nanti dia datang balik" Kata doktor tersebut sambil tersenyum manis.
Aku terkedu.
Tidak berkelip aku memandangnya. Segar bugar mata aku setelah melihat gerangan tersebut.
Apa ni doktor, kenapa handsome sangat ni! Terus sihat jadinya. Haih.
"Ermm..saya masuk tandas sekejap" Kata ku lalu berlari masuk ke dalam tandas.
Aku memandang cermin. Aigoo teruknya muka aku. Dengan tahi matanya. Aku mula membasuh muka dan berkumur.
Aku memulas tombol tandas dengan hati yang berdebar laju. Tak tahu kenapa dia nak berdegup laju sangat. Haish.
Aku keluar dari tandas. Doktor tersebut masih berada di situ sedang memeriksa record kesihatan aku. Aku teragak agak menuju ke katilku.
"Awak rasa nak muntah ke? Laju awak masuk tandas tadi" Tanya doktor tersebut. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kekok.
"So..kita kenal balik lah ye. Saya Xu Minghao. Boleh panggil doktor Minghao. Saya akan pantau awak sepanjang keberadaan awak di hospital ini" Kata doktor Minghao.
Aku mengangguk.
"Saya nak tanya beberapa soalan boleh tak?" Tanya doktor Minghao. "Nae" Jawabku. "Awak sebelum ni pernah masuk hospital sebab penyakit apa apa ke?" Tanya doktor Minghao.
Aku menggeleng. "Tak pernah langsung masuk hospital" Jawabku. Doktor Minghao mengangguk sambil mencatat sesuatu di fail tersebut.
"Ermm..sekarang ada rasa sakit dekat mana mana ke?" Tanya doktor Minghao. "Ada..sakit perut" Jawab ku. "Sekarang?" Tanya Doctor Minghao. "Eo" Jawabku.
"Baring kejap" Kata doktor Minghao. Ah sudah. Aku paling tak gemar bab ni. We literally are opposite gender. U know what I mean, kinda..weird.
"Sorry ya. Izinkan saya selak baju awak. Saya nak check je jangan risau. Saya tekan sikit. Kalau sakit cakap" Kata doktor Minghao. Dia mula menyelak sedikit baju aku dan menekan perutku.
YOU ARE READING
my doctor • xmh ✓
Fanfictionxu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER BY @CRUSHAO ✨ ° renenuna first fanfiction copyright, 2019