guys em since kita ada 3 chap lgi sebelum ending aku nk mintk target 25 vote dgn comment 30 ke atas bolh tk 👉👈 (aku tau aku tk bolh mntk lebih2 sjajsjajs)
___
Enjin kereta dihidupkan sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Seat belt aku pakai lalu membuka penghawa dingin.
Aku termenung seketika
"Doktor suka saya ke?"
"Yeori saya nak nombor Sunwoo. Saya tak tahu rumah awak dekat mana" doktor Minghao mengabaikan soalan aku.
aku mencebik.
Dalam keadaan mamai aku membuka takifonku lalu menyerahkannya kepada doktor Minghao.
"Yeori, saya sebenarnya dah lama-"
"Uwek !"
Aku menekup mulutku lalu berlari ke arah tong sampah. aku memuntahkan segala isi di dalam perutku.
"Doktor hik saya nak balik hehe~" kata ku.
"Ye lah jom, kita balik. Jom Mingyu" kata doktor Minghao sambil tersenyum.
"Ha jom jom" balas Mingyu.
klek
Sunwoo selamba masuk ke dalam keretaku mematikan lamunanku.
Aku memandangnya hairan.
"Aku ada benda nak cakap dengan kau" kata Sunwoo. Aku mengangguk perlahan tanda faham mengapa dia masuk ke dalam keretaku secara tiba tiba.
"Nak singgah mana mana cafe ke?" soalku. "Boleh juga" jawab Sunwoo.
.
.
.
"Aku nak minta maaf, aku tahu aku nampak macam terdesak sangat nak dekat kau" kata Sunwoo. Aku tersenyum hambar.
"Tak apa" jawabku sepatah.
"Aku nampak doktor Minghao dah mulakan langkah dia" kata Sunwoo. Aku mengerutkan dahiku. "Apa maksud kau?" tanyaku.
"Kau tak perasan?" Sunwoo menyoal aku semula.
"Aku tak faham kau maksudkan apa Sunwoo" Kata Yeori.
"Malam tadi dia cuma mesej aku tanya alamat rumah kau. Bukan aku yang hantar kau" kata Sunwoo."Tapi omma cakap kau yang hantar" Kata ku.
"Aku tak tahu pasal tu yang pasti bukan aku yang hantar kau. Maybe doktor Minghao suruh omma kau bagitahu kau aku yang hantar" kata Sunwoo.
"Kau mabukkan semalam?"
Aku mengangguk.
"Mungkin dia taknak kau terus ingat apa yang jadi masa kau mabuk" kata Sunwoo. "Ouh" aku terdiam.
Ya banyak benda yang memalukan terjadi malam tadi.
"Tapi dia tiba tiba yang mengaku dia hantar aku semalam" kata ku.
"Sebab dia nak kau ingat apa yang dia cakap dekat kau. Something like dia confess perasaan dia dekat kau" kata Sunwoo.
"Doktor Minghao complicated kau slow witted. Bagus sangat lah tu"
Aku masih tercengang mendengar ayat Sunwoo.
"Apa apa pun, aku tahu kau akan bahagia dengan dia"
YOU ARE READING
my doctor • xmh ✓
Fanfictionxu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER BY @CRUSHAO ✨ ° renenuna first fanfiction copyright, 2019