"Yeori awak dah tidur ke?"
Seakan-akan kaku, aku tidak langsung bergerak untuk memalingkan tubuhku.
Aku tahu, suara itu milik doktor Minghao.
"Yeori..awak betul betul dah tidur ke?" Tanya doktor Minghao lagi. Masih dengan keputusan yang sama, aku tidak bergerak dan hanya mendiamkan diri.
Sekali lagi, doktor Minghao melepaskan keluhan kecil.
"Yeori, saya..saya tahu pasal perasaan awak selama ni"
Deng!
Tersentak aku mendengar kenyataan itu keluar dari mulut doktor Minghao.
"Saya pun tak sedar macam mana kita boleh serapat ni. Masa bila awak falling love dengan saya pun saya tak tahu"
Saya pun tak tahu la dok. Mulanya minat macam tu je, sekarang perasan saya dah jatuh mendalam.
"Jujur saya kata. Saya pun dah jatuh cinta dengan awak"
Bibir aku menarik senyuman. Aku menggengam selimut ku erat.
"Tapi.."
Tapi apa lagi dok?!
"Tapi muka awak ada iras mendiang kekasih saya. Ikhlas ke saya cintakan awak Yeori? Atau hanya kerana Eunsoo semata mata"
Sekali lagi aku tersentak. Tidak dapat disangkal lagi, nurse Mingyu pernah cakap dekat aku tentang ni. Tapi tak sangka betul rupanya.
"Walaupun aura awak dan dia lain. Awak perempuan ceria. Tak macam Eunsoo dia pemalu, susah nak cakap dengan orang" Kata doktor Minghao.
"Pada mulanya, saya admit perasaan saya. Saya tahu saya ikhlas cintakan awak. Tapi lama lama, saya nampak Eunsoo dalam diri awak. Sampailah saya sedar yang, saya tak cintakan awak pun. Mungkin kerana saya terlalu rindukan bekas kekasih saya, saya tipu diri sendiri"
Aku menarik nafasku dalam, lalu dilepaskan. Rasa sesak, jantung aku tak berhenti berdegup. Sungguh pedih.
"Awak budak baik. Saya doakan awak jumpa yang lebih baik. Haha, i'm nobody. Why would you fall for me right? Kalau awak sendiri dah berpunya"
Aku mengerutkan dahiku.
Aku dah berpunya?
Doktor Minghao mengusap kepalaku. Aku memejam mata erat.
Doktor Minghao berhenti mengusap.
Tap Tap Tap
Derapan kakinya mula bergerak keluar dari ward ku.
Akhirnya, dapat aku bernafas dengan teratur. Mataku mula kabur dengan air mata. Satu pengakuan yang aku tak pernah terbayang akan keluar dari mulut doktor Minghao.
.
.
.
Minghao's
Aku melihat Yeori yang masih tidak berganjak dari tidurnya.
Perlahan lahan, kaki aku berjalan keluar dari wardnya.
Dari jauh aku dapat melihat teman lelaki Yeori berjalan menuju ke arah ku atau lebih tepat menuju ke ward Yeori.
Senyumannya terukir apabila melihat ku.
"Annyeonghaseyo uisanim" lelaki tersebut menunduk hormat kepadaku. "Nae annyeonghaseyo" Balasku semula.
"Doktor datang periksa Yeori?" Tanya lelaki itu. Soalan yang sama dia tanya.
YOU ARE READING
my doctor • xmh ✓
Fiksi Penggemarxu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER BY @CRUSHAO ✨ ° renenuna first fanfiction copyright, 2019