"Weh, sepupu kau tu..hensem juga kan?" Kata Hyemin. Taeyong sudah menjeling Hyemin tajam.
"Handsome ke? Aku tengok biasa je" Kata ku. "Ceh" Hyemin menolak bahuku. "Taeyong jeling nak tembus kau dah tu Hyemin. Sudah sudah la tanya pasal sepupu aku. Broken tak habis ni dia dah balik Busan" Kata ku mencebik.
"Tapi bila dia datang sini?" Tanya Hyemin. "Isnin hari tu. Tu lah kau sibuk dating dengan Taeyong. Lawat aku pun tak nak" Perliku.
"Eh kau ni. Pandai pandai je" Kata Hyemin. "Tak payah nak berdolak dalih la Shin Hyemin" Kata ku.
Hyemin sudah tersipu malu. Taeyong pula sudah tersengih suka. Geli pula aku yang tengok ni.
"Kau okay tak?" Tanya Jisung tiba tiba. "Aku okay la. Kau pahal tiba tiba?" Soalku balik. "Tak adalah. Wohyun ni, risau betul dia dekat kau" Jawab Jisung.
"Korang ni rapat lain macam. Dah la dia panggil kau princess. Orang yang tak kenal korang boleh ingat korang ni couple tau" Kata Taeyong mencelah.
"Alah, aku anggap dia macam abang aku je. Even kitaorang sebaya. Even perangai dia macam bangang kadang kadang. Tapi aku sayang dia as seorang sepupu and abang je. Ya lah,tiap tiap tahun aku balik Busan. Hadap muka dia" Kata ku.
"Pft-no wonder" Kata Taeyong.
"Nih aku nak tanya. Apa jadi kau dengan doktor Minghao tu? Kau tahu tak tadi Wohyun marah kau sebenarnya sebab dia panggil kau banyak kali. Tapi sedap kau je tengok doktor Minghao dengan doktor perempuan tu bermesra. Muka tu dah tayang muka broken tahap gaban" Kata Jisung.
Aku hanya tersengih.
"Entah la" Sepanjang panjang ayat yang Jisung cakap tu. Itu je lah yang aku mampu balas.
"Tak payah menipu aku. Kau terus terang dengan aku sekarang" Kata Jisung. "Haih, doktor Minghao nak kahwin" Kata ku.
Prang!
Segelas cawan pecah-
Okay tak gurau. Hehe
Ternganga luas mulut Jisung apabila aku berkata sebegitu. Tidak lupa Hyemin dan Taeyong turut melakukan perkara yang sama.
"D-doktor yang kau minat tu? Dah nak kahwin?" Tanya Hyemin. "Haah" Jawab ku. "Kau tak main main kan Yeori?" Tanya Jisung pula.
"Mana ada. Tadi kau sendiri nampak kan doktor Minghao dengan sorang doktor perempuan. Tu lah bakal isteri dia" Jawab ku.
Jisung menarik nafas panjang. Kemudian lepas. Eh eh, bukan patutnya aku ke yang broken. Dia yang melebih kenapa.
"Tabahla kawan" Jisung menepuk bahuku. Aku sudah membuat muka cemberut. Hanat punya member.
"So sekarang macam mana?"
"Macam mana--"
Tok Tok Tok
"Yeori ssi" Panggil doktor Jaehyun. "Eh doktor, ada apa?" Tanya ku. "Datang periksa awak la. Tadi dah ada nurse datang ambil darah dengan air kencing kan?" Tanya doktor Jaehyun.
Aku menganggukan kepalaku.
"Okay so result awak normal and kita tunggu esok untuk last antibiotik. Lepastu kita buat ultrasound" Kata doktor Jaehyun. "Lepastu boleh balik?" Tanya ku.
"Kalau result ultrasound okay. Awak boleh balik lah" Kata doktor Jaehyun. Aku sudah menyangkan senyuman lebar.
Yeay! Balik!
"Tapi dok. Kenapa macam awal je kali ni? Bukan hari tu dia kena tahan lama ke?" Tanya Jisung. Alah dia ni, aku balik awal ni kira bersyukur la.
"Dia dah sihat. Jadi boleh balik la" Jawab doktor Jaehyun selamba sebelum tergelak. "Ish doktor ni. Main main pula" Kata Jisung.
YOU ARE READING
my doctor • xmh ✓
Fanfictionxu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER BY @CRUSHAO ✨ ° renenuna first fanfiction copyright, 2019