"Yeori ssi !"
Aku mengalihkan wajahku dan memandang gerangan yang memanggilku.
"Ouh doktor kenapa?" tanya ku. Doktor Minghao kini sudah berada betul betul dihadapan ku.
"Awak pergi mana daripada pagi tadi?"
"Saya tak pergi mana mana pun"
"Pagi tadi saya sampai awak tak ada. Saya tanya nurse diorang kata awak dah pergi tengok patient. Bila saya turun tengok pesakit awak tak ada. Saya call, saya mesej awak satu pun awak tak reply. Sekarang baru saya jumpa awak right on the lunch time hour" kata doktor Minghao.
Aku terkedu mendengar bebelan panjang doktor Minghao.
"What is wrong with you Yeori hm? awak macam mengelat dari saya" Kata doktor Minghao. "Mana ada saya mengelat" Kata ku.
"Habistu awak kemana sepanjang hari? You should stick with me as you are my doctor practical. Banyak benda lagi yang awak perlu belajar Yeori. Sekalipun awak ada otak yang bijak, tolong hormat saya as your senior doctor. At least lapor diri dekat saya masa saya sampai pagi tadi" kata doktor Minghao.
Aku menunduk memandang lantai, tidak berani bertentang mata dengan doktor Minghao. Dia nampak marah sangat.
Yeah i know i shouldn't do that. Betul aku mengelat dari doktor Minghao sebab setiap kali aku tengok doktor Minghao aku akan teringat ayat Jisung.
Aku just nak move on, tapi mengelat adalah bukan cara yang betul.
"Jusunghamida uisanim" Kata ku lalu menunduk hormat kepada doktor Minghao.
Sebersalah pula aku dibuatnya. No matter what aku masih doktor praktikal. Banyak benda lagi yang aku perlu belajar.
Aku sepatutnya kawal diri sendiri dan tak campur adukkan hal privasi. Aku perlukan masa untuk hadam yang doktor Minghao memang tak akan pernah pandang aku.
Cuma fakta aku kena berada di sisi dia sepanjang hari itu aku tidak dapat ketepikan.
Pandai pandai kau lah Yeori, sepatutnya dari dulu kau buang perasaan kau.
Keadaan menjadi diam seketika.
"Awak nak pergi lunch ke?" tanya doktor Minghao. Aku mengangguk. "Lunch dengan saya" Kata doktor Minghao.
Terkelu lidah aku dibuatnya.
Ehh apa nih.
"Tapi doktor, saya dah janji dengan orang lain nak lunch sekali" Kata ku. "Ok lah kalau macam tu kita lunch sekali next time" kata doktor Minghao.
Aku mengangguk perlahan bersama satu sengihan janggal.
"Saya pergi dulu" doktor Minghao mengangguk. Kaki aku melangkah setapak dua kehadapan, tetapi kaki aku berhenti berjalan apabila terdengar suara doktor Minghao.
"Sunwoo"
Aku menanti ayat seterusnya.
"Awak janji nak lunch dengan Sunwoo?"
Aku memandang doktor Minghao. "Nae" Jawab ku. "Okay" dia terus beredar sejurus selepas itu.
.
.
.
"Nah"
Iphone 11 milikku diletak betul betul dihadapan mata ku. Sunwoo kemudian menarik kerusi dan duduk dihadapan ku.
"Gumawo" Kata ku. Aku hanya memandang sepi Iphone itu. Entah macam mana boleh tertinggal dalam kereta pagi tadi.
Aku tak janji dengan Sunwoo pun sebenarnya. Sebab fon aku tertinggal dalam kereta je aku terpaksa jumpa dia dan secara automatik aku kena lunch dengan dia.
YOU ARE READING
my doctor • xmh ✓
Fanfictionxu minghao, seorang doktor yang ditugaskan untuk merawat aku pada mulanya. perasaan itu datang, tetapi mungkin sekadar saja saja? atau tidak- COVER BY @CRUSHAO ✨ ° renenuna first fanfiction copyright, 2019