" Telah kusiapkan hati untuk menjadi isterimu. Tetapi mengapa kau pergi setelah kuserahkan hati buatmu. Bagaimana harus kuteruskan hidup tanpa kau di sini" - Elleora Eunice
Pasar Tani Medan Niaga, Satok, sudah begitu sesak meski hari masih terlalu pagi.
Setelah memakirkan keretanya di atas tanah berbatu, Elleora berjalan menyeberangi jalan menuju ke bahagian jualan Pak Rahmat yang biasa dikunjunjunginya setiap hujung minggu.
Dari jauh dia sudah melihat Mak Rosimah, isteri Pak Rahmat tersenyum ramah kepadanya.
"Awal jua kitak datang, tek?" sapa wanita itu tika langkah Elleora semakin menghampirinya. Elleora menyalaminya sambil matanya melilau mencari keberadaan bunga raya yang dipesannya minggu sudah.
"Ya bunga kitak. Sik pak cik kitak lupa, deng," katanya sambil tangannya mencapai sepasu bunga yang diletakkan terasing daripada pokok-pokok bunga raya yang lain.
"Pak cik kitak sik ngengkah pokok tok sama pokok lain. Tok nang khas di reserve untuk kitak," sambungnya.
Elleora melihat pada pokok bunga yang dihulurkan Mak Rosimah. Dia tersenyum lantas menurunkan tubuh mencangkung di sebelah pokok bunga itu.
"You look so beautiful," katanya. Jari runcingnya menyentuh kuntum bunga yang sedang kembang itu.
" Ari marek bunganya start kembang," Pak Rahmat memberitahu. Hatinya terusik melihat telatah Elleora. Memang begitu sikap gadis itu. Setiap kali membeli bunga darinya, pasti gadis itu akan mengambil masa beberapa minit untuk membelai kuntuman bunga yang sudah kembang sebelum membayar dan membawanya pulang.
"Bunga kekwa ada jua mun kitak maok," tawar Pak Rahmat ketika Elleora menghulurkan wang kepadanya. RM 75.00 harga bunga itu dan Elleora membayar tanpa mempersoalkan harganya.
Seperti kedatangannya yang lepas-lepas, Elleora tetap menggelengkan kepalanya apabila ditawarkan dengan jenis bunga yang lain. Mak Rosimah cuma tersenyum, cukup faham bahawa Elleora cuma meminati bunga raya.
Elleora mencapai tangkai plastik hitam yang dihulurkan Pak Rahmat lalu menjinjingnya dengan hati-hati. Sudah tujuh puluh tujuh jenis spesies bunga raya yang dikumpulnya. Dia tersenyum puas.
Sejak tunangnya, Andre meninggal lima yang lalu, Elleora meneruskan hobinya mengumpul koleksi bunga raya. Ini juga dilakukannya untuk merawat luka hatinya. Dengan menyibukkan diri setiap masa, Elleora dapat melupakan sejenak ingatannya kepada Andre.
"Cantik sekali bunganya, kak," Elleora dikejutkan oleh seseorang yang menyapanya tika dia meletakkan pokok bunga raya itu di bonet keretanya.
Elleora mengangguk sambil tersenyum ramah.
"Ya, dik. Bunganya memang cantik," Elleora sekali lagi memandang ke arah bunga itu.
"Saya Mellisa, kak. Panggil saya Mel. Saya juga penggemar bunga raya," gadis bernama Mellisa itu menghulurkan tangannya.
"Saya Elleora. Elleora Eunice. Panggil saja Elle," dia menyambut huluran tangan Mellisa.
"Ini nombor telefon saya, kak. Nanti kak Elle missed call saya, ya. Mungkin nanti kita boleh bertukar-tukar jenis bunga raya yang kita punya, " kata Mellisa, menghulurkan kertas kecil yang di atasnya telah dicatat nombor telefon abang kesayangannya.
"Jangan lupa missed call Mel ya, kak," "pesannya sebelum melangkah meninggalkan Elleora. Setelah beberapa langkah, dia berpaling lagi dan hanya mendapati kereta Elleora yang sudah bergerak meninggalkan tempat parkir.
"Dia sangat cantik dan manis. Siapa tahu, mungkin dia masih single. Sesuai sekali jadi pasangan Alger, katanya dalam hati. Alger abangnya yang ditinggalkan lari oleh pengantin wanitanya pada malam pertama pernikahan mereka. Hingga saat ini Alger masih gagal move on meski begitu ramai gadis cantik yang ingin mendekatinya.
♥️♥️♥️♥️♥️
Elleora duduk di pondok kecil yang dibina di tengah-tengah Hibiscus Garden itu. Pondok itu dulu dibina oleh Andre seminggu setelah mereka rasmi mengikat tali pertunangan. Andre tahu Elleora begitu meminati bunga raya hingga dia sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk mewujudkan taman bunga raya untuk bakal isteri tercintanya.
"Hai, Andre. Sekarang sudah ada tujuh puluh tujuh spesies bunga raya di taman ini," Elleora berbicara sambil tersenyum seolah-olah Andre ada di hadapannya saat ini.
"Aku hanya perlu mencari dua puluh tujuh spesies lagi untuk menjadikan angkanya seratus. Sayangnya kamu sudah tidak ada di sampungku, Dre. Kamu tidak ada untuk menemaniku menunaikan impianku," Elleora menyeka air matanya. Lima bulan pemergian Andre belum cukup untuk menghilangkan rasa rindunya terhadap lelaki itu.
" Elle.. " suara ibunya dari dapur memutuskan lamunan Elleora.
" Mari masuk, nak. Bantu ibu memasak makan malam, " kata ibunya.
" Ya, ibu," Elleora menghapus kesan air mata di pipinya dengan hujung bajunya. Dia tidak mahu ibunya tahu dia masih meratapi pemergian Andre.
"Elle menangis lagi?" tanya Melin. Seorang ibu tidak begitu mudah untuk dibohongi meski Elleora menggeleng perlahan.
"Sudah lima bulan Andre pergi. Lupakan dia, nak. Relakan dia agar rohnya lebih tenang di sana," Elleora mencapai bawang dan halia yang sudah dikupas ibunya lalu memasukkannya ke dalam lesung batu.
"Ini ditumbuk ya, bu?" tanyanya tanpa memandang wajah ibunya. Melin menghampiri anak gadisnya. Diangkatnya dagu Elleora yang sedari tadi menunduk.
"Lihat ibu, Elle. Andre bukan satu-satunya lelaki di dunia ini. Dia sudah pergi. Kesimpulannya dia bukan jodoh Elle. Buka mata, nak. Masih ramai lelaki di luar sana. Mungkin salah satunya jodoh Elle. Elle hanya perlu membuka mata dan hati. Jangan tutup pintu hati Elle. "
" Ibu tak faham perasaanku, bu. Aku dan Andre begitu mencintai,"Elleora tidak lagi menyembunyikan tangisnya.
" Ibu faham, sayang. Tetapi Elle tidak boleh selamanya begini. Andre sudah pergi. Sampai bila-bilapun dia tidak akan kembali. Dia tidak akan dapat mendampingi Elle lagi. Elle masih muda. Perjalanan hidup Elle masih panjang. Elle mahu sendirian sampai tua, tanpa suami dan anak-anak menemani Elle? " tanya ibunya.
" Maafkan Elle, bu, " dia menangis dalam pelukan ibunya. Royston yang baru masuk ke dapur duduk senyap-senyap di kerusi makan memerhatikan ibu dan adiknya.
Seluruh ahli keluarga tahu kesedihan berlarutan yang dialami Elleora. Andre, tunang adiknya meninggal dua minggu sebelum pernikahan mereka dilangsungkan. Kereta yang dipandu Andre terbabas ketika lelaki itu dalam perjalanan untuk menjemput Elleora fitting gaun pengantin.
"Janji dengan ibu, Elle. Jangan tutup pintu hatimu untuk menerima cinta yang lain. Janji, Elle," Melin mengusap air mata Elleora dengan hujung jarinya.
Tidak tahan melihat air mata adiknya, Royston bangun. Diraihnya tubuh adiknya. Kini, Elleora beralih dari pelukan ibunya ke pelukan abangnya.
" Abang ada untuk Elle. Kongsikan kesedihan Elle dengan abang," katanya. Air mata lelakinya turut menitis setitik dua.
"Elle tak kuat, abang. Terlalu sukar untuk melupakan dia. Begitu banyak kenangan yang mengingatkan Elle padanya," Elleora menumpahkan air mata di atas bahu Royston, satu-satunya saudara untuk dia berkongsi pahit manis kehidupannya.
Hai, ini cerita baru. Vote ya dan komen.
Selamat membaca.
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
RandomIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...