"Jangan pernah kau titiskan air matamu kerana aku mencintaimu dengan sepenuh ragaku" - Alger Dmitri
Alger Dmitri's POV
Aku beberapa kali sudah menoleh pada gadis yang sedang duduk diam di sebelahku. Namun sedikitpun dia tidak mengerling padaku. Aku tahu dia sedang merajuk. Memang aku yang bersalah.
Pagi-pagi aku datang ke rumahnya. Tujuanku cuma satu, iaitu untuk meminta izin pada orang tuanya. Aku ingin meminta izin untuk membawa Elleora menemaniku ke majlis reunion yang dianjurkan oleh teman-teman sekolah menengahku dulu.
Namun, tika berhadapan dengan ibu dan ayah Elleora termasuk abangnya Royston, lidahku jadi kaku. Semua yang sudah aku simpan dalam kepalaku hilang begitu sahaja.
Aku sendiri hairan, mengapa aku terlalu gugup untuk meluahkan hasrat di hadapan ibu bapa Elleora. Mungkin aku bukan hanya sekadar gugup, tetapi juga takut. Hmm, aku lelaki yang sudah pernah menikah. Tetapi gugup melebihi orang bujang.
"El, masih merajuk lagi?" aku cuba menyentuh punggung tangannya. Dia tidak menolak sentuhanku. Tetapi tetap enggan memandang wajahku.
"Hei, love you," ucapku. Dia tetap diam. Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk memujuknya. Sejujurnya aku belum pernah melihat dia merajuk begini.
Hingga aku memberhentikan kereta di hadapan butik miliknya, Elleora tetap enggan berbicara denganku.
"Elleora," aku menahan tangannya yang ingin membuka pintu kereta.
"Jangan begini, El. Jangan siksa perasaan kita begini," pintaku. Kali ini Elleora menoleh kepadaku.
"Kamu tidak serius dengan hubungan kita, Al. Kamu tidak serius untuk mengajakku menenanimu malam esok," tuduhannya membuatku terkedu.
Aku menggaru belakang kepalaku yang tidak gatal.
"Kamu tahu aku serius, El," kataku. Matanya menatapku. Mata itu kelihatan merah. Di pelupuk matanya dapat ku lihat genangan cecair bening yang hanya menunggu masa untuk gugur.
Jangan menangis. Please, jangan menangis, pintaku dalam hati. Tapi...
" Aku tidak mahu ditinggalkan sekali lagi, Al. Aku tidak mahu kehilangan sekali lagi," lalu dia terisak.
"Shhh..," aku melepaskan tali pinggang keselamatan yang ku pakai. Aku mengalihkan dudukku agar lebih dekat dengannya.
"Elle, tiada siapa yang akan meninggalkanmu. Aku tidak akan meninggalkanmu," aku membawanya ke dalam dakapanku.
Dia masih menangis. Basah pipinya. Oh, my god, dia terlalu sensitif hari ini.
"Jangan menangis, okey," aku memujuknya.
" Nanti, kamu pilih gaun yang paling cantik yang ada di butikmu. Berapapun harganya aku bayar," kataku. Elleora menggelengkan kepalanya.
"Okey, kamu mahu cari gaun di butik lain? Nanti tengah hari aku jemput," sekali lagi Elleora menggelengkan kepalanya.
"Buat apa cari gaun?" Aku senyum sendiri. Sikapnya mencuit hatiku. Ada kalanya dia terlihat seperti bakal isteri yang sangat matang. Ada waktunya dia manja. Dan ada tikanya dia merajuk. Tetapi semua itu menjadikan dia gadis yang istimewa di mataku.
"Untuk malam reunion esok, El," aku sengaja pura-pura tidak perasan yang dia sedang merajuk.
"Kamu pergi sendiri," katanya. Ada nada kecewa dan sedih dalam suaranya. Aku tahu ke mana arah perbicaraannya.
"Sayang, kita akan pergi berdua," kataku.
"Tapi...," aku membekap mulutnya dengan bibirku. Bibirnya terlalu nakal hari ini. Hanya ciuman yang dapat menghilangkan kenakalan itu.
"Aku lelaki, El. Apapun akan aku lakukan demi gadis yang aku sayang," kataku.
💕💕💕
Wajahku terasa panas terbakar sebaik sahaja aku selesai mengutarakan hasratku untuk mengajak Elleora ikut bersamaku ke majlis reunion.
Ku lihat Elleora juga menundukkan wajahnya.
" Kamu sungguh-sungguh sukakan Elleora? " Aku mengangguk.
"Bukan sekadar suka, uncle. Tapi saya mencintai Elleora," jawabku berterus-terang. Aku mencintai Elleora, perasaan yang tidak boleh aku sangkal lagi.
"Kamu benar-benar akan menikahinya?" pertanyaan yang membuat Elleora kini mengangkat wajahnya, menatapku.
"Secepatnya saya ingin menikahi Elleora, uncle," aku menjawab dengan yakin. Aku mengenyitkan mata pada Elleora menyebabkan dia blushing.
"Bila keluarga kamu akan datang meminang Elleora?" Aku menggaru kepala. Apa jawapan yang harus aku berikan? Aku belum lagi membincangkannya dengan keluargaku.
"Secepatnya, uncle, auntie," balasku. Biarlah. Balik ke rumah nanti aku akan membincangkannya dengan keluargaku.
"Hmm, saya izinkan kamu membawa Elleora malam esok. Tapi seboleh-bolehnya selesai majlis, kamu terus bawa Elleora pulang. Jangan bermalam di hotel," ayah Elleora menatapku dengan tajam. Baru sekali ini aku melihatnya menatapku begitu.
"Saya berjanji, uncle, auntie, " meski sebenarnya aku tidak dapat berjanji. Tetapi lebih baik semuanya aku iyakan. Itu kunci untuk membawa Elleora ikut bersamaku.
Aku menarik nafas lega. Permit sudah aku perolehi daripada bakal ibu dan ayah mertua. Nasib baik bakal abang ipar tidak ada di rumah. Kalau ada, mesti sesei temuduga belum selesai lagi.
"Happy?" tanyaku tika Elleora mengiringiku menuju ke keretaku yang terparkir di halaman rumahnya.
Elleora mengangguk dan berusaha menyembunyikan senyumannya.
"I love you, Elleora," bisikku. Aku memanjangkan leher, meninjau ke arah pintu utama rumah besar itu. Terbatal hasratku untuk memberikan ciuman ' selamat malam'. Aku tidak nampak sesiapa, tapi siapa tahu jika bakal nertuaku masih mengintai aku dan Elleora.
"Aku ingin menciummu, El. Tapi aku risau papa dan mama masih melihat kita," bisikku menggodanya.
"Kamu serius?" dia bertanya.
"Serius? Aku serius, El, " aku memberi isyarat agar Elleora masuk ke dalam keretaku.
" Aku tidak main-main bila aku mengatakan aku ingin menciummu, Elleora," ku paut tengkuknya dan ku tempelkan bibirku pada bibirnya.
Saat ku lepaskan bibirnya, Elleora memuncungkan mulut. Aku faham apa yang membuatnya begitu.
"Aku serius untuk meminang dan menikahimu, Elle," sekali lagi ku sambar bibirnya. Kami berciuman agak lama hingga telefon di tangan Elleora berdering. Nama 'mama' terpapar pada skrinnya.
"Good night, sayang," aku mengelus bibirnya yang sedikit bengkak dengan ibu jariku sebelum membiarkannya keluar dari keretaku.
Vote dan komen.
Selamat membaca.Tbc...
YOU ARE READING
When Two Lonely Hearts Meet ✔️
RandomIni adalah kisah tentang Elleora Eunice yang ditinggal pergi buat selamanya oleh tunang tercinta. Dan juga tentang Alger Dmitri yang ditinggal pergi oleh isteri tercinta yang baru beberapa jam dinikahinya. " Bagiku jatuh cinta hanya sekali. Dan aku...